Saturday, September 21, 2013

Sembang Sabtu : Naik pangkat jangan kita keliru dan mengelirukan



Seringkali tulisan-tulisan berkaitan atau menyentuh isu naik pangkat mendapat rating yang tinggi. Tulisan terakhir bertajuk “Penyandang gred jawatan hakiki perlu lebihtinggi daripada Time Base” yang disiarkan pada Sabtu, 3 September 2013 hingga kita telah dibaca sebanyak 1252 kali. Ini menunjukkan kepada kita bahawa isu urusan naik pangkat dan perjawatan bukan perkara remeh-temeh tetapi sesuatu yang penting dan utama serta perlu difahami secara meluas dan mendalam agar tiada siapa yang layak teraniaya.

Kemunculan laluan naik pangkat secara hakiki dan time base serta laluan tertentu telah menimbul sedikit kekeliruan yang kadang sukar untuk guru-guru terlibat merujuk . Apalagi jawapan diberi kabur dan tidak berasaskan dasar, perinsip atau pekeliling yang kukuh.Kadang-kadang berdasarkan ikut rasa dan logika yang tidak boleh disandarkan sebagai aviden untuk hujjah membela diri.

Beberapa bulan dulu sewaktu ada urusan pemangkuan PPS DG44 (hakiki/KUP) ke DG48 hakiki pegawai dari Unit Naik Pangkat mengadu kepada saya ada seorang Guru Besar DG44 (KUP) ingin memohon dan apabila diberi penjelasan dia tidak boleh memohon kerana berada dalam laluan lain Guru Besar itu tetap hendak memohon juga dan sanggup hendak meletak jawatan sebagai Guru Besar. Saya hanya tersenyum. 

Petang itu sewaktu balik dari pejabat saya menerima panggil dari Guru Besar yang dianggap kontraversi itu lalu memberhentikan kereta. Guru Besar berkenaan telah memaklum kepada saya bahawa dia telah berusaha mendapat pandangan dari mereka yang urus hal naik pangkat ini tetapi jawapan yang diberi tidak memuaskan hatinya. Oleh itu dia ingin meminta pandangan saya. Saya ketawa kuat-kuat. Saya bertanya apa yang tuan hendak. Jawabnya dia mahu mohon jawatan naik pangkat hakiki DG48 kerana masa untuk pencen dah tidak lama dan takut tidak sempat.

Saya bertanya beliau lagi tolong beritahu saya dalam ABM Perjawatan Sekolah Rendah dekat mana ada jawatan DG48 hakiki. Beliau terdiam lama kemudian menyebut satu sekolah yang ada Guru Cemerlang DG48. Saya kata itu bukan DG48 hakiki . Itu DG48 KUP. Saya meneruskan “serangan” di Sekolah Rendah belum ada jawatan hakiki DG48  apalagi untuk pengurusan. Yang ada dan paling tinggi jawatan hakiki di Sekolah Rendah ialah DGA38 untuk Guru Besar SKK dan selainnya DGA34 dan DGA32. DG48 hakiki hanya untuk GPK SM, Timbalan PPD, KPP di JPN sahaja. So tuan mahu pilih yang mana tanya saya. Beliau mengeluh. Dan sebagai helah bela diri beliau berkata ‘ohh baru saya faham”. Dia mula nampak lemah.

Saya asak lagi kalau tuan hendak letak jawatan tuan kena mohon kepada BPSM melalui Pengarah Pendidikan Negeri dengan memberi justifikasi yang munasabah dan logik. Ini tentunya mengambil masa. Andainya diluluskan tuan barangkali akan diturun dari jawatan Guru Besar kepada Guru Penolong DG44 (KUP). Maka tuan mungkin lepas itu boleh memohon ke DG48 hakiki bersama calon hakiki DG44 seperti Ketua Bidang sebagainya. Dan sesuatu yang tuan perlu tahu bila “pemangkuan” permohonan tuan akan dinilai oleh pasukan panel bukan seperti Time Base hanya perlu perakuan Ketua Jabatan sahaja. Saya bertanya beliau apakah tuan yakin dengan prestasi tuan dan sumbangan serta penglibatan tuan, tuan akan diterima panel untuk mengisi jawatan hakiki DG48 ini? Beliau semakin gelabah dan kendur lulut. Saya kata jika tidak dapat tuan akan kekal sebagai Guru Penolong. Jelas beliau tidak sanggup dan faham konsep “hakiki”, konsep “KUP” konsep perjawatan.

Beliau mengucap terima kasih kerana memberi penjelasan begitu rupa dan saya berkata yakinlah dengan rezeki yang Allah tentukan.  Beliau nampak berpuashati dan saya minta beliau sampaikan penjelasan kepada rakan-rakan Guru Besar yang mungkin keliru agar tidak mengelirukan diri sendiri dan orang lain. Esoknya sampai ke pejabat saya ke Unit Pangkat dan hulurkan catatan ringkas jika ada mana-mana Guru Besar yang DG44(KUP) bertanya jawablah sebagaimana catatan ringkas itu.

Banyak lagi isu-isu yang mengelirukan seperti ada mengatakan bahawa mereka berada pada gred DG34(KUP) TBBK boleh dilantik GPK, kalau dilantik GPK DG32 hakiki tiba-tiba dapat DG34(KUP) TBBK lebih awal dari tarikh lantikan GPK boleh kekal GPK ataupun dilantik Guru Besar atau GPK kemudian datang DG41 lebih awal dari tarikh lantik Guru Besar atau GPK mereka kata boleh kekal. Begitu juga Guru Penolong Time Base DGA32 (KUP) yang dapat pemangkuan DGA34 tidak perlu ditawar dan berbagai lagi isu yang dihujah berasaskan logik bukan sumber kuasa atau dasar yang dan prinsip ditetapkan.

Satu kekeliruan dan kecelaruan besar ialah ramai tidak memahami gred naik pangkat. Bagi sesetengah pihak naik pangkat secara TBBK seperti tiada apa-apa berbanding naik pangkat secara pemangkuan sedangkan kedua-duanya adalah naik pangkat dan menikmati kemudahan gaji dan elaun naik pangkat. Yang membezakan TBBK dan Hakiki ini ialah jawatan mereka.TBBK naik pangkat tanpa jawatan. Hakiki naik pangkat dengan mengisi jawatan. Jawatan ada hubungkait dan konotasi dengan tanggungjawab dan kuasa. Sebab kalau faham konsep ini kita tidak keliru lagi. Kita faham hiraki dan kronologi. 

Misalnya seseorang yang dapat TBBK DG34 misalnya tidak layak lagi ditawar GPK kerana jawatan GPK hanyalah DGA32. Bahkan jika dilantik GPK DG32 tiba-tiba dapat lantikan TBBK DGA34 lebih awal dari tarikh lantikan GPK maka mereka mesti melepaskan jawatan kerana tarikh lantikan TBBK DGA34 tidak boleh dipinda. Begitulah juga mereka yang dilantik Guru Besar atau GPK tiba-tiba tarikh tawaran lantikan DG41 backdated lebih awal dari tarikh lantikan Guru Besar dan GPK maka diberi pilihan menerima tawaran DG41 dan melepaskan Guru Besar/ GPK atau kekal atas jawatan Guru Besar/ GPK dengan menolak tawaran DG41 dan mohon semula atau memohon pindaan tarikh tawaran pelantikan tawaran DG41 kepada SPP (jika mereka benarkan) selepas tarikh pelantikan Guru Besar/GPK.

Begitu juga guru Time Base DGA32 (KUP) yang berpotensi dan disenarai oleh Panel untuk pemangkuan DGA34 pada pandangan saya wajib ditawarkan kerana dalam syarat permohonan jelas dinyatakan selain mereka yang memegang jawatan hakiki DGA32 mereka yang berada pada gred TBBK DGA32 juga boleh memohon. Mungkin calon TBBK DGA32 yang masuk dalam senarai pemangkuan DGA34 mereka yang mempunyai keistimewaan dan skor markah penilaian keseluruhan yang tinggi . Beza markah mereka yang pegang jawatan hakiki dan TBBK hanyalah 4 markah maksima sahaja namun jika TBBK DGA32 juga ada pengalaman pernah memegang jawatan GPK mereka layak menerima markah berkenaan.

Kadang-kadang kita merasa sangat kecewa bila mana rakan Guru Besar sekolah SKM DGA32 tidak pernah masuk-masuk dalam senarai pemangkuan DGA34. Bermacam tohmahan dan tuduhan dibuat. Bila kita semak memang prestasi mereka baik tetapi prestasi hanyalah 80% dari keseluruhan markah. 20% lagi pengalaman dan pengetahuan yang perlu dilengkap di dalam borang permohonan dan disertakan bukti (aviden). Ramai kalangan mereka ini menghantar borang dengan ruangan “kosong”. Ada juga kes lain seperti tarikh pengistiharan harta tamat tempoh. Tidak cukup dengan title Guru Besar SKM dan prestasi sahaja untuk masuk dalam senarai pemangkuan DGA34. 80% prestasi bermakna dalam masa tiga tahun seseorang itu memperolehi 100% setiap tahun. Adakah Guru Besar SKM yang dapat seperti itu? Atas nama Guru Besar SKM maksima boleh dapat 4 markah .Cuba kaji garis panduan pemarkahan ini.

Berdasarkan pekeliling penurunan kuasa pertukaran kepada Pengarah  Pendidikan Negeri bahawa Pertukaran dalam daerah dan negeri bagi semua kategori Guru Besar, GPK dan Guru Cemerlang diputuskan Pengarah Negeri kecuali urusan antara negeri hendaklah melalui BPSM. Begitu juga pertukaran TBBK DG34 hanya setara dalam grednya bukan ke gred jawatan naik pangkat hakiki DGA34. Ini jelas menunjukkan belum ada dasar untuk menghakiki TBBK DGA34.

Dan apa yang menarik berdasarkan maklumat dan penerangan terkini peluang naik pangkat TBBK juga bukan lagi secara automatik. Ada makanisma penilaian prestasi dan prinsip kecemerlangan yang dinilai. Jika calon tidak mencapai standard minima prestasi 78% atau 80% mengikut kategori mereka tidak akan layak untuk dinilai bahagian kecemerlangan dan seterusnya tidak layak untuk naik pangkat TBBK. Komponen penilaian aspek Nilaian Prestasi vatage  80% dan bidang kecemerlangan 20%. Maklumat boleh diperolehi melalui web JPN Terengganu.

Apa yang penting ingin kami tegaskan dalam urusan naik pangkat jangan buat andaian dan keputusan berasaskan logik semata-mata. Semua urusan naik pangkat ada dasar, peraturan dan prosidur. Rujuklah kepada pegawai atau rakan-rakan kesatuan guru yang banyak didedahkan dengan maklumat ini. Platform seperti Majlis Bersama Jabatan adalah saluran yang sangat praktikal untuk dikemukakan isu bagi mendapat penjelasan tentang sesuatu yang kabur dan kurang jelas. Jangan kita jadi keliru dan mengelirukan terhadap isu-isu naik pangkat yang sangat jelas dan nyata.


36 comments:

  1. Salam hormat. Memang masih banyak kekeliruan dalam urusan naik pangkat terutama di sekolah rendah sejak wujudnya TBBK. Misalnya, terdapat beberapa kes di sekolah SKM yang GB nya menjawat jawatan Hakiki DGA32 dan telah berjaya memohon dan diluluskan kenaikan pangkat TBBK DGA34 bermula pada tahun lepas(2012). Persoalannya, adakah memang layak dan wujud gred jawatan GB SKM yang menjawat jawatan hakiki DGA32 dan seterusnya dinaikkan pangkat ke TBBK DGA34? Mohon penjelasan,terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Di mana kewajarannya seorang guru baru mengajar 10 tahun( Dg29) terus diberi dg32 hakiki dengan jawatan gpk. Jika alasan kuota 20 %. Siapa yg mencipta kuota yg tak logik ni. Sila tuan jelaskan

    ReplyDelete
  3. Saya setuju dgn tuan bahawa sistem kenaikan pangkat berpandukan peraturan yang ada. Tp masalahnya peraturan itu peraturan lama. Tidak adil. Menganiaya guru guru senior menguntungkan guru guru muda.

    ReplyDelete
  4. Dulu semasa ditawarkan kepada yang senior dg 32, tak mahu kerana tak beza mana gaji, satu kenaikan jeee, kerja sukor semban. Maka ditawarlah sebahagiannya kepada guru muda dg 29 yang berwibawa dan memang ye. Maka mulalah kiata dok sibuk dengan senioriti. Sebenarnya penggunaan senioriti tu lah yang tak betul. Beri pangkat pada yang layak bukan kerana dia tu tua. sampai tua lal looo

    ReplyDelete
  5. TBBK DGA34 diberi kepada mereka yang mencapai prestasi baik dan berada 8 tahun di DGA32 tak kira dia GB SKM ke, GPK dan GPenolong DGA32. Tengok menu sebelah kanan bawah untuk faham dlm blog ini berkait perjawatan, gred dan kategori sekolah

    ReplyDelete
  6. Yang tanya DGA29 dpt hakiki DGA32 ni sah tak baca iklan yang dihantar ke sekolah...tanya GB, PK1 bro iklan tu dari mana....kpm

    ReplyDelete
  7. TBBK DGA34 diberi kepada mereka yang mencapai prestasi baik dan berada 8 tahun di DGA32 tak kira dia GB SKM ke, GPK dan GPenolong DGA32. Tengok menu sebelah kanan bawah untuk faham dlm blog ini berkait perjawatan, gred dan kategori sekolah

    ReplyDelete
  8. USR BLOGGER TEAM said...

    "TBBK DGA34 diberi kepada mereka yang mencapai prestasi baik dan berada 8 tahun di DGA32 tak kira dia GB SKM ke, GPK dan GPenolong DGA32. Tengok menu sebelah kanan bawah untuk faham dlm blog ini berkait perjawatan, gred dan kategori sekolah"

    Admin, bermakna GB SKM tersebut mempunyai dua gred penjawatanlah ye, Hakiki DGA32 manakala TBBK DGA34? Jika mengikut gred perjawatan GB SKM hanya layak gred DGA32(hakiki), yg gred TBBK DGA34 tu dianggap sebagai jawatan apa? Sekadar nak tahu, terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Tak dinafikan ada guru senior yang menolak jawatan GPK tapi jgn pakai borong semua tokse, masih ramai yang memohon. Jangan ingat semua guru senior tok rok. kalu tok rok pun menasabah juga sebab lama dah kerja. Kalu muda lagi dah tok rok baik berhenti.
    Saya cerita tentang kuota kenaikan pangkat yang tidak adil. Tak kiralah KPM ke JPN SPP ke. Peraturan dicipta supaya keadilan dapat ditegakkan. Tapi kalu tidak adil, mesti diubah dengan segera. Seorang guru patut dinaikkan pangkat di atas prestasi dan senioriti bukan DG. Kalau dia layak beri lah pangkat tak layak biarlah dia. Tapi dinafikan kenaikan pangkat kerana DG. Ini tidak adil. Maaf. Saya tau ini bukan bidang kuasa JPN. Saya saja luahkan.

    ReplyDelete
  10. Tak dinafikan ada guru senior yang menolak jawatan GPK tapi jgn pakai borong semua tokse, masih ramai yang memohon. Jangan ingat semua guru senior tok rok. kalu tok rok pun menasabah juga sebab lama dah kerja. Kalu muda lagi dah tok rok baik berhenti.
    Saya cerita tentang kuota kenaikan pangkat yang tidak adil. Tak kiralah KPM ke JPN SPP ke. Peraturan dicipta supaya keadilan dapat ditegakkan. Tapi kalu tidak adil, mesti diubah dengan segera. Seorang guru patut dinaikkan pangkat di atas prestasi dan senioriti bukan DG. Kalau dia layak beri lah pangkat tak layak biarlah dia. Tapi dinafikan kenaikan pangkat kerana DG. Ini tidak adil. Maaf. Saya tau ini bukan bidang kuasa JPN. Saya saja luahkan.

    ReplyDelete
  11. TBKK DGA34 adalah KUP bukan hakiki.GB SKM B gred hakiki. Macami GB Gred A yang dpt DGA38 (KUP) gred hakiki GB Sk Gred A ialah DGA34. Bukan GB SK A ni milik 2 gred jawatan. Tak yah tanya sinilah nampak sgt jahilnya . Nak beza gred hakiki dgn KUP pun tak tahu...

    ReplyDelete
  12. Kepada yang kelabu dan tak clear baik tanya pegawai unit pangkat atau En.Mat Lazim Unit Rendah...tq

    ReplyDelete
  13. Kepada mamat yg diatas tu bacalah post yg terbaru. Ada lg guru dga32 yg memohon naik pangkat. Tahniah kpd mereka. Saya sokong. Beri dulu kpd dga32 jawatan pk. Kalu takada baru ditawarkan kpd dga29. Lu karut la mamat.

    ReplyDelete
  14. Salam pegawai kpm jpn ppd. Semua di atas tu karut blaka. Skrg cuba tuan2 cari guru yg msih dga29 dga32 brapa kerat lg yg ada. Skrg buka dan celik mato luas2 ramai doh guru2 yg degree tp dinafikan utk jd gpk. Mereka ni semua nk jd gpk tp peraturan yg karut ni masih lg guna.

    ReplyDelete
  15. Memang karut. Kementerian yang paling karut sekali di malaysia. Sesama guru pun pelik. Kalau cakap dengan orang yang bukan guru, mereka lagi pelik dan tak percaya. Kata kita pelawok. Jadi terbalik. Orang yang ada ijazah tak boleh naik pangkat jadi GB. Org yang tak ada ijazah pulak yang jadi GB. Kepada guru guru DG41 dan 44 jangan haraplah. Kementerian dan Jabatan akan cari juga DG32 sampai ke lubang cacing. 41, 44 sampai pencen la kau orang jadi guru penolong.

    ReplyDelete
  16. sesama cikgu pun nak berbalah..rezki tu Allah yg bagi..kt usaha ikut prosedur,buat keje kt..soal pangkat jawatan tu nak drebut knp?kan besar tggjwab tu bg yang pegang amanah la..pepun sabar.

    ReplyDelete
  17. jika guru biasa sekolah menengah dengan dg48(kup) , apabila pencen nanti, pencen bulanannya dikira berdasarkan gaji dg41(hakiki), adakah ini betul?

    ReplyDelete
  18. Anonymous said...

    jika guru biasa sekolah menengah dengan dg48(kup) , apabila pencen nanti, pencen bulanannya dikira berdasarkan gaji dg41(hakiki), adakah ini betul?

    JAWAPAN: Tidak Betul. Pencen ikut gaji terakhir yang diterima.

    ReplyDelete
  19. Siapa boleh respon situasi berikut :

    Seorang guru telah berjaya dalam urusan kenaikkan pangkat dari Gred DG32(KUP) ke gred DG34 (KUP) TBBK melalui semakan online. Tarikh naik pangkat pada 1.1.2004. Pada 16.9.2014 beliau ditawarkan jawatan Guru Penolong Kanan Pentadbiran DG32 Hakiki. Bolehkah situasi seperti ini berlaku?

    ReplyDelete
  20. Siapa boleh respon situasi berikut;
    seorang guru kanan dg44 ditangga gaji rm4880.23 dan kemudian dinaik pangkat ke penolong kanan dg48 pada 1 julai bagaimanakah mengira gaji beliau

    ReplyDelete
  21. Anonymous said...

    Siapa boleh respon situasi berikut;
    seorang guru kanan dg44 ditangga gaji rm4880.23 dan kemudian dinaik pangkat ke penolong kanan dg48 pada 1 julai bagaimanakah mengira gaji beliau

    JAWAPAN :
    Pada 1 Julai tarikh dinaikkan pangkat gajinya bertambah sebanyak RM250 (satu kenaikan gaji gred DG44) menjadi 5130.23. Pada 1 Julai tahun berikutnya gaji bertambah RM270 ( kenaikan gaji tahunan) menjadi RM5400.23

    ReplyDelete
  22. Saya mendpt pertukaran ke negeri Perak berkuatkuasa 1Jan 2015 dan pada masa yg sama saya terima surat kenaikan pangkat gred DG41 ke ke Gred Dg44(KUP) mulai 1 sept 2014. Masalah skrg, kerani sekolah lama yg akan menguruskan kenaikan pangkat saya atau kerani di sekolah baru?

    ReplyDelete
  23. Seorang guru tingkatan 6 DG48(KUP) mulai 1.4.2011 ditempatkan disekolah yang sama sebagai guru tingkatan 6 DG48(hakiki) mulai 2.3.2014. Ada perubahan gaji? Adakah guru itu boleh ditukarkan balik ke DG48 (KUP)?

    ReplyDelete
  24. Tolong jelaskan....
    Kaedah pengiraan kenaikan gaji dr dg41 ke dg44......naik oktober 2014.

    ReplyDelete
  25. Assalam, bagaimana prosedur melepaskan jawatan GPK dan kembali kepada guru akademik biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... saya juga berhasrat kembali menjadi guru biasa. Telah 2 Kali memohon diPPD tetapi masih tidak diluluskan.
      Mohon share caranya jika berjaya. Tq izurina76@gmail.com

      Delete
    2. Salam... saya juga berhasrat kembali menjadi guru biasa. Telah 2 Kali memohon diPPD tetapi masih tidak diluluskan.
      Mohon share caranya jika berjaya. Tq izurina76@gmail.com

      Delete
  26. Nak lepas gpk. Pergi Jabatan bahagian sekolah jumpa pegawai. Selasai.

    ReplyDelete
  27. salam.. bagaimanakah pengiraan kenaikan gaji / tunggakan gaji untuk guru g.a. t.6 dg44 yang pergerakan gaji asal ialah januari. ttapi dinaikan pangkat ke dg48 pada 1 april pada tahun yang sama. gaji semasa dg44 ialah 5130.23.

    ReplyDelete
  28. Salam.....nak tanya mengapa kiraan latikan DG42 saya pada tahun JULY 2014 ialah gaji pokok tambah RM155( Sebelum itu ialah DG32),dan RM 225 pada tahun berikutnya,
    sedangan latikan DG42 kawan saya pada July 2015,tiada perubahan pada gaji,tetapi memperoleh elaun DG42 ( RM300 + RM 250 )dan satu elaun pemangku RM225? Adakan mereka akan menerima pemulangan perbezaan gaji pada tahun 2016?
    Kami merupakan guru akademik biasa tanpa memegang sebarang jawatan pentadbiran.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  29. Adakah gred hakiki bagi jawatan Pegawai Teknologi Pendidikan sangat terhad diberi oleh KPM? Ya/Tidak

    ReplyDelete
  30. Saya gc dg 44 kup di sek ren...saya berminat utk menjawat jwatan gpk..didpti gc perlu mendpt kebenaran dr BPSM ( gugur jwtan gc). Adakah jika saya berbuat demikian, gred dg 44 akan diturunkn menjadi dg 41....

    ReplyDelete
  31. Salam..sy nk tau..kalau guru sek rendah hakiki 41..then dpt kup dg44..slps 8tahun berikutnya..bolehkah dia memohon kup dg48?

    ReplyDelete
  32. Salam.....Saya ingin tahu tentang jawatan KUP yang diserap jadi hakiki di gred yang sama dalam Jabatan sama......Ada ke senioriti Jawatan KUP yang dia sendang sebelumnya terbatal atau pun macam mana?...Minta pencerahan kepada yang perihatin.

    ReplyDelete
  33. Salam..mohon penjelasan..
    Bgmna dgn penolong kanan yg dg42(smbung bljar)..adakah tempoh utk ke dg44(kup) dlm tempoh 8 tahun mcm guru akademik biasa atau ditolak tempoh perkhidmatannya sbg PK?

    ReplyDelete
  34. Salam.Saya telahpun mendapat tunggakan kenaikan gaji tahunan dg32 yg bermula jan 2020. Dan saya baru mendapat keputusan kenaikan pangkat ke dg34 beberapa hari lalu. Tarikh kenaikan pangkat adalah pada bulan feb 2020. Bagaimanakah cara pengiraannya? Dg32 155. Dg34 165. Adakah dikira 165 juga atau tambah 10 sahaja memandangkan saya telahpun mendapat tunggakan kenaikan dg32.

    ReplyDelete