Friday, September 13, 2013

Lawatan Timbalan PPD Kuala Terengganu



Semalam, Khamis 12 September 2013, merupakah hari ketiga dan terakhir Peperiksaan UPSR dijalankan. Semua murid tahun 6 di seluruh negara sedang menghadapi Peperiksaan UPSR dengan tekun. Segala ilmu yang dicurahkan kepada mereka selama ini akan digunakan sebaik-baiknya untuk menjawab setiap kertas soalan yang mereka hadapi.

Kami warga Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman II merasa amat gembira kerana sekolah kami dihadiri oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu iaitu En Azahar bin Abu Bakar yang datang kesekolah untuk berjumpa dengan calon UPSR kami seramai 144 orang. Tuan Penolong PPD telah sudi berjumpa dan memberi kata-kata perangsang kepada calon UPSR sekolah kami sebelum mereka memasuki dewan peperiksaan.

Diharap dengan keperihatinan tuan, murid sekolah kami dan juga semua murid tahun 6 di Terengganu akan mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR tahun ini, insyaallah.
Terima kasih tuan.










Cebisan catatan oleh Cg Abdul Rahman - GPK Hem SK Sultan Sulaiman 11 


No comments:

Post a Comment