Tuesday, September 3, 2013

Penyandang gred jawatan hakiki sewajarnya perlu lebih tinggi dari gred "Time Base"

Kita sangat bersyukur atas usaha kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia memperluaskan pelbagai jawatan naik pangkat khususnya di kalangan guru sama ada naik pangkat secara menyandang jawatan hakiki mahupun secara "Time Base" atau Time Base Berasaskan Kecemerlangan. Kita juga percaya ini adalah sebahagian usaha-usaha perjuangan kesatuan-kesatuan guru bagi menentukan kedudukan kebajikan guru sentiasa terpelihara.

Sebelum naik pangkat TBBK diperluas ke gred DG34 dan DG38 secara Khas Untuk Penyandang (KUP) telah diperkenalkan naik pangkat secara Time Base gred DGA32 (KUP) sekitar tahun 2005 atau lebih awal dari itu bagi guru-guru lepasan diploma. Kalau tidak silap gred naik pangkat secara Time Base bagi guru adalah antara terawal diperkenalkan sebelum diperluas kepada kakitangan  awan dalam sektor perkhidmatan yang lain.

Semasa gred naik pangkat secara Time Base DGA32 (KUP) kita tiada masalah untuk melaksanakan proses menghakiki bagi mengisi gred jawatan naik pangkat hakiki DGA32 kepada guru-guru Time Base DGA32 sama ada sebagai Guru Penolong Kanan atau Penyelia di PPD ataupun JPN. Proses melaksanakan  penghakikian telah diperturunkan kuasanya kepada Pengarah Pelajaran Negeri. Program yang bermula tahun 2010 telah dilaksanakan dengan baik dan sambutan daripada guru yang berminat mengisi jawatan GPK khususnya amat menggalakkan.

Walau bagaimanapun apabila diperkenalkan TBBK DGA34 mulai 2012 permohonan bagi menghakiki DGA32 (KUP) ke jawatan GPK Tahun 2013 merosot . Ramai tidak berminat. Bahkan calon yang telah layak disenarai untuk dilantik yang memperolehi DGA32 Time Base 2005 tidak dapat dilantik kerana mereka diberi tawaran TBBK DGA34 (KUP) terutama 1 Jan 2013 atau lebih awal dari itu. Banyak daerah yang tidak cukup calon untuk mengisi jawatan GPK yang mana dasar yang ditetapkan 80% pengisian GPK mesti dari DGA32 (KUP) Time Base dan 20% calon Pemangkuan DGA29.

Beberapa daerah telah berusaha mendapatkan calon dan ada daerah yang berkali-kali berusaha termasuk mengiklankan tapi tiada sambutan. Selain dari itu didapati kecenderungan dan minat guru untuk mengisi jawatan hakiki di PPD atau JPN semakin berkurangan. Terdapat segelintir mereka yang mendapat TBBK DGA34 dan memohon ke Lembaga Naik Pangkat dan disenaraikan layak apabila ditawar mengisi jawatan hakiki DGA34 di PPD atau JPN atau sebagai Guru Besar juga ada yang menolak. Mereka mungkin lebih selesa berada dalam jawatan gred tinggi dalam TBBK dari memegang sesetengah jawatan hakiki dengan gred gaji sama dan hanya tambah Elaun Tanggungjawab RM60.00 tetapi beban tugas yang berat. Sementara Penyelia yang berkhidmat di PPD atau JPN yang sedang menyambung pengajian peringkat ijazah lebih berminat untuk mengisi jawatan di sekolah apabila menerima tawaran DGA34 bagi mengejar insentif awal pelantikan DGA44 nanti dari terus kekal di JPN atau PPD.

Selain dari itu dengan sistem kita sekarang mereka yang berpengalaman tidak lagi berpeluang mengisi jawatan GPK apabila mereka memperolehi TBBK DGA34. Oleh itu jawatan GPK atau mana-mana jawatan hakiki DGA32 akan diisi oleh guru-guru yang lebih muda. Ini kadangnya menyemarakkan lagi konflik dalam organisasi. Sebagai contoh untuk pengisian 80% GPK dari DGA32(KUP) pada tahun 2014 hanya DGA32(KUP) yang dilantik tahun 2007,2008 dan ke atas sahaja yang layak. Manakala DGA32 (KUP) tahun 2005 mungkin sudah dapat TBBK DGA34 dan yang dilantik DGA34(KUP) Tahun 2006 akan memperolehi TBBK DG34(KUP) pada 2014. Maka mereka tidak layak dan kita tidak mahu selepas seronok dua tiga bulan pegang GPK tetiba dapat lantikan TBBK DGA34 "back dated" yang memaksa mereka perlu lepaskan jawatan GPK seperti yang berlaku dalam beberapa kes tahun ini. Manakala mereka yang layak kita tidak jamin 100% mereka memohon. Mungkin mereka tunggu TBBK DGA34 yang mereka anggap lebih santai dan gajinya sama je dengan rakan mereka yang bersungkur-sembam pegang jawatan hakiki itu.

Fenomena ini bukan boleh dipandang mudah kerana jawatan-jawatan hakiki ada konotasi kuasa, amanah dan penanggungjawab besar dan sebagai pemimpin dalam organisasi. Mungkin sesetengah pihak kata lantik sahaja sesiapa yang layak. Benar semua orang mungkin layak tetapi belum tentu semua orang sesuai dengan sahsiah, ilmu, kemahiran dan penampilan dengan jawatan itu. Kita memerlukan satu makanisma bagi menarik mereka yang berkelayakan dan berkesesuaian mengisi jawatan hakiki ini. Mungkin sebagai insentif gred jawatan hakiki perlu lebih tinggi dari gred TBBK atau insentif-insentif lain seperti penambahan ETJ atau elaun-elaun khas yang bersesuaian.

Selain dari itu rasanya pihak kerajaan dan KPM dalam melaksanakan gelombang tranformasi pendidikan perlu melaksanakan segera ura-ura atau cadangan mengangkat gred jawatan hakiki Guru Besar dan GPK sekolah rendah ke gred lebih tinggi sesuai dengan cabaran dan perubahan. Guru-guru di SR sudah ramai yang siswazah dan sedang menyiapkan kursus-kursus siswazah mereka maka selari dengan perkembangan itu gred hakiki pengurusan sekolah rendah Guru Besar DGA34 dan GPK DGA32 sudah tidak relevan lagi.
Mungkin gred DG42 sebagai gred asas perjawatan hakiki pengurusan  sekolah rendah lebih sesuai dan munasabah ?

Sama-sama kita tunggu dan lihat.

40 comments:


  1. BUKAN SAHAJA GURU BESAR DAN GPK SAHAHA YANG PERLU DIBERI TARAF DG 41 ATAU DG 42. PENGELOLA DI JPN/PPD/PKG/BTPN/KPM JUGA PERLU DI BERI GRED DG 41(KUP) ATAU DG 42.

    SERONOK SANGAT JADI PENGELOLA DI JPN/PPD/BTPN. BILA DAPAT TAWARAN DG 41, KENA PENEMPATAN BARU MENGAJAR DARJAH 1-3, JADI GURU TUA BIASA.MASA DI JPN JADI PENASIHAT GURU BESAR. BILA DAPAT DG 41, JADI GURU TUA BIASA TIADA KUASA. SISTEM INI PERLU DIPERBAIKI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.Gred pejawatan di PPD patut diubah semula. Sekarang ni mana ada lagi DG32 yg berminat berkhidmat di PPD.

      Delete
    2. Sangat setuju. Sekarang ni semua org dah muda muda Dah DG41 paling kurang. Kenapa tidak semua pejawatan di PPD / JPN DG 41@42 ke atas. Laksanakan segera DTP.

      Delete
    3. Kerja di PPD sbb nak kan kuasa ke jadi pens sihat GB pastu blh arahkan guru buat kerja dengan arahan-arahan yang mengarut dan adakalanya tak selaras dengan kehendak KPM..... Kerja pun x sebeban guru disekolah... Lepastu ada hati minta dinaikkan gred gaji.

      Delete
  2. Dalam penstruktur baru JPN dan juga mungkin PPD non gradute mungkin dah tak ada . Dah jumud cuma yang ada dan tidak sambung mungkin diberi gred DG42 jika diujudkan kalau tidak tutup buku ler.

    ReplyDelete
  3. Gred 41 ke atas biasanya untuk berijazah. Pihak atasan sepatutnya lebih cerdik dalam menangani isu ini. Benda dah jadi, baru nak rancang. Tanah airku yang merdeka.

    ReplyDelete
  4. Perkara sebegini harus dipandang serius dan diambil tindakan segera oleh pihak KPM

    ReplyDelete
  5. Di sekolah rendah ramai guru yang dah dapat 34(TBBK)dan 44(TBBK) Guru besar dan GPk masih yang dg 32 /GPK dga 32.....Transformasi harus dilakukan segera.

    ReplyDelete
  6. Semoga suara-suara kecil kita dapat didengari oleh pihak pengubal dasar..

    ReplyDelete
  7. guru penolong di SK DG41, DG44, DG48
    pk DG32, GB DG34. mana mungkin

    ReplyDelete
  8. Penstrukturan semula perlu dilaksanakan,demi peningkatan kualiti pengurusan.
    Pada saya hanya alam bidang pendidikan perkara ini berlaku.

    ReplyDelete
  9. Sekarang ke arah tu la...mana ada lepasan PPLD lagi maka Jawatan Naik Pangkat Pentadbiran sikit masa lagi mesti DG42 ke atas...

    ReplyDelete
  10. Akan terjadilah guru2 muda jd gpk...kalu layak tak pe..tp biasanya jarang yang boleh jd 'guru'..

    ReplyDelete
  11. Msh ramai guru ijazah DG44 SR yg tidakberpeluang menikmati DGA32 terus dilantik ke DG41,ketinggalan jauh dgn gaji guru2 DGA34. Kecewa dan rs menyesal myambung pngajian lbh awal berbanding guru2 DG 41 skrg. Tidak adakah pihak yg berjuang utk guru malang spt ini?????

    ReplyDelete
  12. Sekiranya Jawatan GB dan GPK SR dihakikikan pada Gred 44, 48 ...maka berduyun-duyunlah guru SM yang DG 44, 48 dah langgar dinding akan layak dan turut memohon. Fenomena ini akan berlaku...sanggup ke guru SR terima nanti?

    ReplyDelete
  13. Mengapa tak diberi peluang guru DG44 SR berjawatan di Sek Menengah.... Kalau memang mereka ni tidak ada peluang di sekolah rendah

    ReplyDelete
  14. BUKAN SAHAJA GURU BESAR DAN GPK SAHAHA YANG PERLU DIBERI TARAF DG 41 ATAU DG 42. PENGELOLA DI JPN/PPD/PKG/BTPN/KPM JUGA PERLU DI BERI GRED DG 41(KUP) ATAU DG 42.

    SERONOK SANGAT JADI PENGELOLA DI JPN/PPD/BTPN. BILA DAPAT TAWARAN DG 41, KENA PENEMPATAN BARU MENGAJAR DARJAH 1-3, JADI GURU TUA BIASA.MASA DI JPN JADI PENASIHAT GURU BESAR. BILA DAPAT DG 41, JADI GURU TUA BIASA TIADA KUASA. SISTEM INI PERLU DIPERBAIKI.

    mcm kenal je suara hati ni. ada hikmahnya lah tu cikgu. mungkin dapat mendidik hati kita supaya insaf.....

    ReplyDelete
  15. betul tu..dah lama duduk kat jpn/ppd susah nak lepas kuasa

    ReplyDelete
  16. Macam tu le legesi sistem kita. Ada yang untung, untung dan yang rugi tak kurang. Mukin ini pengalaman dilantik menjadi guru besar dga34 dengan beban dan tanggung jawab yang amat besar sedangkan ada rakan kita mendapat kenaikan pangkat TBBK DGA34 hanya menjadi guru biasa. Gaji sama je tanggongjawab lain-lain. Satu perkara lagi memegangjawatan guru besar DGA34 tetapi bila lantik DG41 back dated masalahnya mana yang perlu dilepaskan. Jawatan GB atau Gred 41.
    Kalau ambil jawatan kehilangan seniority 2 tahun dengan gred gaji DG41. Kalau ambil dg41 pula akan hilang jawatan yang sedang disandang. Kadang-kadang nampak pelik tapi itulah hakikatnya. Belajar penat2 sudahnya rugi. Sedangkan rakan yang sama-sama belajar potong kita kat jalan lurus je. tak sakit kepala tapi gaji lebih dari pentadbir. Tak tau apa nak jadi Allahualam....

    ReplyDelete
  17. elaun RM60 dapat beli beras 1 1/2 kampit beras aja

    ReplyDelete
  18. Gred44 tp gaji jauh di belakang 41ex32kup.....huhuhuhu





    ReplyDelete
  19. Pangkat gred rendah Guru Besar /PK memberi arahan kepada Guru gred yg lebih tinggi 41 dan 44 contoh kalau di Jabatan Kerajaan Pen Pegawai memberi arahan pada Pegawai tak ke pelik? Sesuatu yg ganjil tapi benar.

    ReplyDelete
  20. Sapa pun tak mahu jadi GB/PK harap elaun RM60 sajas sepatutnya benda ni dah lama pehak kementerian sedar.

    ReplyDelete
  21. Guru gred tinggi dan lulus Universiti mana nak dengar arahan GB/PK sebab mereka mengaji pandai dan tinggi mana bolik ikut arahan pegawai bawahan. Benda ini berlaku di kesemua sek rendah semua guru tahu orang tahu tapi hairan macam mana kementerian terlepas pandang.

    ReplyDelete
  22. Ramai PK dan guru besar dah tak mahu sambung hingga umor 60 sebab rasa tanggung jawab berat tak berbaloi dgn elaun RM60

    ReplyDelete
  23. Sebagai kakitangan kerajaan,kadang2 perlu fikir macam syarikat kat syarikat swasta atau perniagaan,Tokeh(yang tak berkelulusan) beri arahan kepada pekerjanya yang ada PHD,Master dan Ijazah yang tak masuk universiti berlambak.Pegawai kerajaan jangan lah perasaan sangat,kelulusan tinggi tapi hasil keputusan peperiksaan tak setaraf dgn kelulusan.kadang2 pegawai yang senior tu dulunya tak de peluang nak belajor agajnya.sorry, saya minda bisness sape kuat kerja dan pandai,untung banyak... keuntungan tak bergantung kepada kelayakan akademik sangat .ha.ha.ha.........

    ReplyDelete
  24. Penstrukturan di sekolah perlu diubah dengan segera, jika tidak dalam masa 3 tahun lagi banyak masalah kecelaruan akan berlaku. Guru Besar perlu di Gred DG48 dan GPK Gred DG44. Mulai tahun 2014 dah ramai guru yang Gred DG41 dan DG42. Jika dasar sekarang tidak diubah, tiada yang berminat untuk menjawat jawatan Guru Besar dan GPK di sekolah. Tidak perlu nak naik pangkat, tunggu masa 8 tahun, 5 tahun dah boleh dapat TBBK.

    ReplyDelete
  25. BSM yang menjawab

    ReplyDelete
  26. Tuan admin..adakah guru2 dg32 kup, dg34kup, dg 44 kup faham apa yg dimaksudkan dgn jawatan hakiki dan kup? Jika mereka di beri penerangan jelas terutamanya berhubung pengiraan pencen oleh JPA bila bersara nanti dan lain2 kelebihan memegang jawatan pentadbir nescaya ada ramai cikgu2 yg berminat.

    ReplyDelete
  27. Mohon pencerahan..apakah skop kerja pegawai di BTPN? Sesuaikah jawatan tersebut utk perempuan? Hrp sudi membantu.tq

    ReplyDelete
  28. Saya guru penolong DG44 di Sekolah Rendah yang telah tamat NPQEL pada tahun 2013. Permohonan saya ke jawatan Guru Besar ditolak atas alasan tidak memenuhi syarat iaitu kena pegang jawatan PK terlebih dahulu. Namun Jawatan PK yang ditawarkan pada saya dalam tahun 2008 ditarik balik kerana masuk DG41 lebih awal 3 bulan dari tarikh naik pangkat. Saya sudah masuk DG44 pada 2013 dan masih mengharapkan jawatan PK akan ditawarkan kepada DG41 dan 44. Saya rasa kecewa dengan sistem yang bercelaru dan laluan kerjaya yang menyakitkan hati.

    ReplyDelete
  29. pada tahun 2014 gpk berumur 33 thn. sedangkan kami dh mengajar 24 thn dan dlm dg44 masih dipandang dingin oleh KPM

    ReplyDelete
  30. Gaji guru biasa dg41 ex ppld yg pernah lulus ptk 2 kali smasa dg29 n dg32... lebih byk dr gb.yg 2 thn lagi nak pencen.. sayu...

    ReplyDelete
  31. PPP Gred DG41 mendapat pertukaran sbg Peg. Teknologi Pendidikan di bwh pentadbiran bhg. teknologi pendidikan negeri, PPP gred DG41, jawatan hakiki gred DG29. Adakah ia memberi kesan kepada kenaikan pangkat ke DG44 memandangkan jawatan hakiki DG29 sedangkan guru siswazah gred tinggi tetapi jawatan hakiki gred rendah. mohon pencerahan utk membuat keputusan sama ada terima tawaran ini atau tolak. ...

    ReplyDelete
  32. Kenaikan ke dg42 setelah berhempas pulas sambung belajar amat menyedihkan..tiada lagi kenaikan satu tangga seperti dg41..akibatnya seperti tiada kenaikan gaji..hanya elaun sahaja bertambah..:( feeling demotivated

    ReplyDelete
  33. I dg41 dan tak lame lagi naik time based dga44... I tak kesah kalau yang para gb dan pk pk nye ni dga34 dan dga32... tapi cube le pihak kpm jpn dan ppd, tengok2 le pengalaman dan sahsiah mereke yang nak jadi pentadbir ni... ade yang baru jek 4 5 tahun mengajar dan masih pppld, apply masuk pejabat dan dapat hakiki... lepas tu minta pergi ke sekolah rendah dan jadi pk... lepas tu gaye dan kepale lebih tinggi dari guru besar... ape hal?

    ReplyDelete
  34. Patut nye, ada ujian sahsiah atau temuduga kepada mereka yang ada hati nak jadi pentadbir ni... saring tapis berabis dahulu... ni tak... nak tangkap muat je... lepas tu pk pk yang walaupun masih dg32, tak sedar diri langsung guru guru guru guru penolong ni, ade yang dah 15 - 20 tahun berkhidmat bertugas d sekolah dan dah sambung belajar dapat dg41 dg44... pengalaman guru penolong dan gaji guru penolong ni ni dah jauh lebih dari pk pk ni... cube la ambil tindakan kepada pihak pihak yang berkenaan...

    ReplyDelete
  35. Hebat sangat ke nak tengok gred bagai... Kalu Gred tinggi tapi ego macam Pengarah, baik tak payah duk sekolah. Orang yang di amanahkan pegang jawatan GPK ni adalah orang yang diyakini mampu menjalankan tugas. Kalu tuan tuan gred tinggi ni mampu menjalankan tugas, buktikan. Jangan hanya tahu nak mengomen dan merendah-rendahkan gred orang lain. Banyak cara nak naik pangkat. Tak perlu nak bangga dengan gred. Masing-masing dah ada gaji yang berhak. Sepatutnya kita kena bersatu tingkatkan taraf pendidikan kepada pelajar, bukannya sibuk nak berebut jawatan dan menghina gred. Ingatlah orang luar sedang perhatikan cikgu yang tak habis-habis mengomel kerja banyak dan ketidakpuasan hati. Bersyukurlah kita dilahirkan menjadi seorang guru. laksanakan tugas kita. Ikhlas pasti ada ganjarannya di akhirat kelak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tingkatkan taraf pendidikan macammana kalau sistem pendidikan sentiasa berubah-berubah dek tangan - tangan yang kononnya bijak pandai kat atas tu... Ukur baju dibadan sendiri buatlah acuan sendiri jgn asyik nak ciplak sistem pendidikan negara luar yg belum tentu keberkesanannya... X Salah minta naik gred gaji kalau memang itu layak diterima dengan kos Sara hidup sekarang ni yg meresahkan semua rakyat. Ini bukan zaman guru ibarat lilin yang membakar diri lagi..Kerja ya perlu ikhlas tapi hingga korbankan masa keluarga tu dah x sesuai dah skrg ni..

      Delete
  36. Perbanyakkan jawatan hakiki disekolah Jangan hanya utk GB dgn GPK shj...sbg contoh wujudkan jawatan hakiki untuk Guru Data, Guru Penyelaras Bestari (DG44) /Guru Penyelaras ICT, Guru Media, warden asrama, Guru Buku Teks sbb guru-guru ni tugasnya lebih berat dan pikul lebih banyak tanggungjawab dlm kelancaran urusan di sklh.

    ReplyDelete