Pada suatu
masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil Haram. Dia telah
bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada
yang lain,
“Berapa
banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?”
Jawab yang
lain, “Enam ratus ribu.”
Lalu ia
bertanya lagi, “Berapa banyak yang diterima ?”
Jawabnya,
“Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik
bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga
semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq.”
Ketika
Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari
tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq
itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya,
keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya.
Jawab orang
itu, “Muwaffaq.”
Lalu
Abdullah bin Mubarak bertanya padanya, “Kebaikan apakah yang telah engkau
lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?”
Jawab
Muwaffaq, “Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku,
tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus dirham
dari pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalu aku berniat haji pada tahun
ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari
rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan
menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.
Jawab
jiranku, “Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah
tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka.
Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong
sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan
haram untuk makanan kamu.”
Ketika aku
mendegar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus
dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang
itu untuk keperluan anak-anak yatim
yang ada dalam jagaannya itu.
“Sebenarnya
hajiku adalah di depan pintu rumahku.” Kata Muwaffaq lagi.
Demikianlah
cerita yang sangat berkesan bahawa membantu jiran tetangga
yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat
anak-anak yatim.
Rasulullah
s.a.w. ada ditanya, “Ya Rasullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila
kuamalkan akan masuk syurga.”
JawabRasulullah
s.a.w., “Jadilah kamu orang yang baik.”
Orang itu
bertanya lagi, “Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku
telah berbuat baik?”
Jawab
Rasulullah s.a.w., “Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata
engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat,
maka engkau sebenarnya jahat.”
No comments:
Post a Comment