Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu akan melaksanakan Urusan Pengisian Pegawai Perkhidmatan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 (KUP) Time Base Ke Jawatan Gred DGA32 Hakiki Tahun 2014 bagi mereka yang memenuhi syarat-syarat sebagaimana berikut:
- PPLD DGA32 (KUP) yang dilantik ke DGA32 (KUP) pada tahun 2007 dan ke atas sahaja;
- Berminat untuk bertugas sebagai GPK/Pengelola;
- Prestasi yang baik bagi tahun 2010,2011 dan 2012
- Berpengalaman dalam urusan pentadbiran
- Bebas dari tindakan tatatertib
- Lulus pengistiharan harta
Permohonan hendaklah menggunakan borang khas melalui Guru Besar / Ketua Jabatan masing-masing untuk dipanjangkan kepada PPD masing-masing pada atau
sebelum 16 Oktober 2013.
Maklumat lanjut mengenai urusan ini boleh dimuaturun:
- Surat Siaran dan syarat permohonan
- Borang Permohonan Khas
No comments:
Post a Comment