Friday, September 6, 2013

Renungan Jumaat : Doa ibu bapa untuk anak menghadapi peperiksaan



Assalamualaikum,

Ini adalah doa yang anda boleh baca untuk membantu anak anak anda yang sedang belajar dan akan menghadapi peperiksaan.

Jika anda rasa ia bermanfaat untuk anda. Anda boleh copy, paste, edit ikut kesesuaian anda, dan print. Anda boleh baca doa ini hari hari.

Dan tolong berikan doa ini kepada sahabat sahabat anda yang lain.

Sama sama kita mencari 'pencen kubur'. Ingat, ilmu yang bermanfaat pahalanya akan berterusan walaupun kita berada di alam kubur selagi mana ilmu itu diamalkan.

DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.
Ya Allah, 

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.
Ya Allah, 

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.
Ya Allah, 

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.
Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ya Allah, 

Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah, 

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

* Penulis doa di atas asalnya dari seorang anak kampung yang kurang cemerlang dalam pelajaran, kemudian bangkit semula dan terus berusaha dan akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara dan menjadi pelajar terbaik di University of Sheffield United, Kingdom.

Jika anda mahu anak-anak anda berjaya, sila dapatkan EBOOK  beliau . Sila layari : 
http://www.mariafirdaus.com.my/2013/06/pelancaran-ebook-rahsia-kejayaan_6.ht


17 comments:

  1. Doa yang agak pelik, bagaimana pemeriksa yang amanah akan tutup mata melihat jawapan yang salah dan beri markah? Adakah itu adil dan beretika dalam pentaksiran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul, perenggan tu saya pun xsetuju,

      Delete
  2. hmmm tak mungkin pemeriksa yg amanah menutup matanya apabila memandang kesilapan....doa yg lain lain tu amat baik...utk anak anak berjaya dlm pelajaran...ibubapalah perlu mendoakan anak anak mereka....biarlah lama doa dilafaskan...biarlah panjang berjela jela..biarlah bercucuran air mata ibubapa mendoakan anaknya....tiada ibubapa yg tidak sayangkan anaknya....

    ReplyDelete
  3. tutup mata tu maksud nya atas pertolongan Allah. bukan pemeriksa buat2 tak nampak

    ReplyDelete
  4. Dah bagi doa free tu pun ada je komen yang tak betul.....

    ReplyDelete
  5. Allah Maha Mengetahui..maknanya dengan berkatnya usaha ank2 kita tiadalah kesalhan yg dia buat..so Allah akan permudahkan segala2nya..think positif..faham kan maksud doa tu yer..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, sebuah doa yang baik. Tentang "Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan", pada pandangan saya ialah kesilapan-kesilapan murid yang kecil. Sebab pemeriksa ada yang sangat "tegas" dalam pemberian markah dan ada pula sedikit "bertolak-ansur". Jadi, saya berpendapat, penulis bermaksud supaya "pemeriksa bertolak ansur apabila terlihat kesilapan yang kecil". Contohnya, dalam subjek Bahasa Malaysia, selepas nokhtah murid sepatutnya menulis huruf besar "M" untuk perkataan "Makan", tetapi dia mungkin menulis bentuk huruf "m" (huruf "m" kecil) tetapi hanya dibesarkan saiznya berbanding huruf-huruf "a-k-a-n". Maka, di situlah pemeriksa akan menggunakan budi bicaranya samada untuk memberi markah secara "tegas" atau "tolak-ansur". Dan disitulah peranan doa tadi agar dilembutkan hati pemeriksa agar dia berlaku "tolak-ansur". Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  7. Syukran, moga Allah membalas jasa kalian, aamiin...

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum WM WB, doa yang paling indah buat saya untuk mendoakan anak-anak serta cucu-cucu yang masih ada dan sentiasa ada menduduki peperiksaan setiap tahun. Izinkan saya untuk copy & paste doa ini. Semoga Allah SWT membalas jasa anda semua. Amin. W'sallam.

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum..saya minta izin utk copy & paste. Anak saya akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini..

    ReplyDelete
  10. Doa yg baik...minta izin copy,
    Terima kasih

    ReplyDelete
  11. Saya da baca doa ini,terima kasih ,alhamdulillah...
    Izinkn saya copy ya..

    ReplyDelete
  12. Assalam. Izinkan saya gunakan doa ini

    ReplyDelete
  13. assalam...minta izin copy paste yer...t.kasih

    ReplyDelete
  14. assalam...minta izin copy paste yer...t.kasih

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum tuan,
    Doa yg cukup baik
    Saya mohon izin utk copyphase .
    Semoga tuan di rahmati Allah. Aamiin

    ReplyDelete