Seringkali
tulisan-tulisan berkaitan atau menyentuh isu naik pangkat mendapat rating yang
tinggi. Tulisan terakhir bertajuk “Penyandang gred jawatan hakiki perlu lebihtinggi daripada Time Base” yang disiarkan pada Sabtu, 3 September 2013 hingga
kita telah dibaca sebanyak 1252 kali. Ini menunjukkan kepada kita bahawa isu
urusan naik pangkat dan perjawatan bukan perkara remeh-temeh tetapi sesuatu
yang penting dan utama serta perlu difahami secara meluas dan mendalam agar
tiada siapa yang layak teraniaya.
Kemunculan
laluan naik pangkat secara hakiki dan time base serta laluan tertentu telah
menimbul sedikit kekeliruan yang kadang sukar untuk guru-guru terlibat merujuk
. Apalagi jawapan diberi kabur dan tidak berasaskan dasar, perinsip atau
pekeliling yang kukuh.Kadang-kadang berdasarkan ikut rasa dan logika yang tidak
boleh disandarkan sebagai aviden untuk hujjah membela diri.
Beberapa
bulan dulu sewaktu ada urusan pemangkuan PPS DG44 (hakiki/KUP) ke DG48 hakiki
pegawai dari Unit Naik Pangkat mengadu kepada saya ada seorang Guru Besar DG44
(KUP) ingin memohon dan apabila diberi penjelasan dia tidak boleh memohon
kerana berada dalam laluan lain Guru Besar itu tetap hendak memohon juga dan
sanggup hendak meletak jawatan sebagai Guru Besar. Saya hanya tersenyum.
Petang itu
sewaktu balik dari pejabat saya menerima panggil dari Guru Besar yang dianggap kontraversi
itu lalu memberhentikan kereta. Guru Besar berkenaan telah memaklum kepada saya
bahawa dia telah berusaha mendapat pandangan dari mereka yang urus hal naik
pangkat ini tetapi jawapan yang diberi tidak memuaskan hatinya. Oleh itu dia
ingin meminta pandangan saya. Saya ketawa kuat-kuat. Saya bertanya apa yang
tuan hendak. Jawabnya dia mahu mohon jawatan naik pangkat hakiki DG48 kerana
masa untuk pencen dah tidak lama dan takut tidak sempat.
Saya bertanya
beliau lagi tolong beritahu saya dalam ABM Perjawatan Sekolah Rendah dekat mana
ada jawatan DG48 hakiki. Beliau terdiam lama kemudian menyebut satu sekolah
yang ada Guru Cemerlang DG48. Saya kata itu bukan DG48 hakiki . Itu DG48 KUP.
Saya meneruskan “serangan” di Sekolah Rendah belum ada jawatan hakiki DG48 apalagi untuk pengurusan. Yang ada dan paling
tinggi jawatan hakiki di Sekolah Rendah ialah DGA38 untuk Guru Besar SKK dan
selainnya DGA34 dan DGA32. DG48 hakiki hanya untuk GPK SM, Timbalan PPD, KPP di
JPN sahaja. So tuan mahu pilih yang mana tanya saya. Beliau mengeluh. Dan
sebagai helah bela diri beliau berkata ‘ohh baru saya faham”. Dia mula nampak
lemah.
Saya asak
lagi kalau tuan hendak letak jawatan tuan kena mohon kepada BPSM melalui
Pengarah Pendidikan Negeri dengan memberi justifikasi yang munasabah dan logik.
Ini tentunya mengambil masa. Andainya diluluskan tuan barangkali akan diturun
dari jawatan Guru Besar kepada Guru Penolong DG44 (KUP). Maka tuan mungkin
lepas itu boleh memohon ke DG48 hakiki bersama calon hakiki DG44 seperti Ketua Bidang
sebagainya. Dan sesuatu yang tuan perlu tahu bila “pemangkuan” permohonan tuan
akan dinilai oleh pasukan panel bukan seperti Time Base hanya perlu perakuan
Ketua Jabatan sahaja. Saya bertanya beliau apakah tuan yakin dengan prestasi
tuan dan sumbangan serta penglibatan tuan, tuan akan diterima panel untuk
mengisi jawatan hakiki DG48 ini? Beliau semakin gelabah dan kendur lulut. Saya
kata jika tidak dapat tuan akan kekal sebagai Guru Penolong. Jelas beliau tidak
sanggup dan faham konsep “hakiki”, konsep “KUP” konsep perjawatan.
Beliau
mengucap terima kasih kerana memberi penjelasan begitu rupa dan saya berkata
yakinlah dengan rezeki yang Allah tentukan. Beliau nampak berpuashati dan saya minta
beliau sampaikan penjelasan kepada rakan-rakan Guru Besar yang mungkin keliru
agar tidak mengelirukan diri sendiri dan orang lain. Esoknya sampai ke pejabat
saya ke Unit Pangkat dan hulurkan catatan ringkas jika ada mana-mana Guru Besar
yang DG44(KUP) bertanya jawablah sebagaimana catatan ringkas itu.
Banyak lagi
isu-isu yang mengelirukan seperti ada mengatakan bahawa mereka berada pada gred
DG34(KUP) TBBK boleh dilantik GPK, kalau dilantik GPK DG32 hakiki tiba-tiba
dapat DG34(KUP) TBBK lebih awal dari tarikh lantikan GPK boleh kekal GPK
ataupun dilantik Guru Besar atau GPK kemudian datang DG41 lebih awal dari
tarikh lantik Guru Besar atau GPK mereka kata boleh kekal. Begitu juga Guru
Penolong Time Base DGA32 (KUP) yang dapat pemangkuan DGA34 tidak perlu ditawar
dan berbagai lagi isu yang dihujah berasaskan logik bukan sumber kuasa atau
dasar yang dan prinsip ditetapkan.
Satu
kekeliruan dan kecelaruan besar ialah ramai tidak memahami gred naik pangkat.
Bagi sesetengah pihak naik pangkat secara TBBK seperti tiada apa-apa berbanding
naik pangkat secara pemangkuan sedangkan kedua-duanya adalah naik pangkat dan
menikmati kemudahan gaji dan elaun naik pangkat. Yang membezakan TBBK dan
Hakiki ini ialah jawatan mereka.TBBK naik pangkat tanpa jawatan. Hakiki naik pangkat dengan mengisi jawatan. Jawatan ada hubungkait dan konotasi dengan tanggungjawab dan kuasa. Sebab kalau faham konsep ini kita tidak keliru
lagi. Kita faham hiraki dan kronologi.
Misalnya seseorang yang dapat TBBK DG34
misalnya tidak layak lagi ditawar GPK kerana jawatan GPK hanyalah DGA32. Bahkan
jika dilantik GPK DG32 tiba-tiba dapat lantikan TBBK DGA34 lebih awal dari
tarikh lantikan GPK maka mereka mesti melepaskan jawatan kerana tarikh lantikan
TBBK DGA34 tidak boleh dipinda. Begitulah juga mereka yang dilantik Guru Besar
atau GPK tiba-tiba tarikh tawaran lantikan DG41 backdated lebih awal dari
tarikh lantikan Guru Besar dan GPK maka diberi pilihan menerima tawaran DG41
dan melepaskan Guru Besar/ GPK atau kekal atas jawatan Guru Besar/ GPK dengan
menolak tawaran DG41 dan mohon semula atau memohon pindaan tarikh tawaran
pelantikan tawaran DG41 kepada SPP (jika mereka benarkan) selepas tarikh
pelantikan Guru Besar/GPK.
Begitu juga
guru Time Base DGA32 (KUP) yang berpotensi dan disenarai oleh Panel untuk
pemangkuan DGA34 pada pandangan saya wajib ditawarkan kerana dalam syarat
permohonan jelas dinyatakan selain mereka yang memegang jawatan hakiki DGA32
mereka yang berada pada gred TBBK DGA32 juga boleh memohon. Mungkin calon TBBK
DGA32 yang masuk dalam senarai pemangkuan DGA34 mereka yang mempunyai
keistimewaan dan skor markah penilaian keseluruhan yang tinggi . Beza markah
mereka yang pegang jawatan hakiki dan TBBK hanyalah 4 markah maksima sahaja namun jika
TBBK DGA32 juga ada pengalaman pernah memegang jawatan GPK mereka layak
menerima markah berkenaan.
Kadang-kadang
kita merasa sangat kecewa bila mana rakan Guru Besar sekolah SKM DGA32 tidak
pernah masuk-masuk dalam senarai pemangkuan DGA34. Bermacam tohmahan dan
tuduhan dibuat. Bila kita semak memang prestasi mereka baik tetapi prestasi
hanyalah 80% dari keseluruhan markah. 20% lagi pengalaman dan pengetahuan yang
perlu dilengkap di dalam borang permohonan dan disertakan bukti (aviden). Ramai
kalangan mereka ini menghantar borang dengan ruangan “kosong”. Ada juga kes
lain seperti tarikh pengistiharan harta tamat tempoh. Tidak cukup dengan title
Guru Besar SKM dan prestasi sahaja untuk masuk dalam senarai pemangkuan DGA34.
80% prestasi bermakna dalam masa tiga tahun seseorang itu memperolehi 100%
setiap tahun. Adakah Guru Besar SKM yang dapat seperti itu? Atas nama Guru
Besar SKM maksima boleh dapat 4 markah .Cuba kaji garis panduan pemarkahan
ini.
Berdasarkan
pekeliling penurunan kuasa pertukaran kepada Pengarah Pendidikan
Negeri bahawa Pertukaran dalam daerah dan negeri bagi semua kategori Guru
Besar, GPK dan Guru Cemerlang diputuskan Pengarah Negeri kecuali urusan antara
negeri hendaklah melalui BPSM. Begitu juga pertukaran TBBK DG34 hanya setara
dalam grednya bukan ke gred jawatan naik pangkat hakiki DGA34. Ini jelas
menunjukkan belum ada dasar untuk menghakiki TBBK DGA34.
Dan apa yang
menarik berdasarkan maklumat dan penerangan terkini peluang naik pangkat TBBK
juga bukan lagi secara automatik. Ada makanisma penilaian prestasi dan prinsip
kecemerlangan yang dinilai. Jika calon tidak mencapai standard minima prestasi
78% atau 80% mengikut kategori mereka tidak akan layak untuk dinilai bahagian
kecemerlangan dan seterusnya tidak layak untuk naik pangkat TBBK. Komponen
penilaian aspek Nilaian Prestasi vatage 80% dan bidang kecemerlangan 20%. Maklumat
boleh diperolehi melalui web JPN Terengganu.
Apa yang
penting ingin kami tegaskan dalam urusan naik pangkat jangan buat andaian dan
keputusan berasaskan logik semata-mata. Semua urusan naik pangkat ada dasar,
peraturan dan prosidur. Rujuklah kepada pegawai atau rakan-rakan kesatuan guru
yang banyak didedahkan dengan maklumat ini. Platform seperti Majlis Bersama
Jabatan adalah saluran yang sangat praktikal untuk dikemukakan isu bagi
mendapat penjelasan tentang sesuatu yang kabur dan kurang jelas. Jangan kita
jadi keliru dan mengelirukan terhadap isu-isu naik pangkat yang sangat jelas
dan nyata.