Tuesday, June 11, 2013

Tawaran Pelantikan DG41 , PJJ Siri 9 dan 10



Tahniah dan alhamdulillah Jabatan Pelajaran Negeri menerima 16 orang lagi guru-guru PJJ yang ditawarkan ke DG41 bagi Siri 9 dan 75 orang lagi bagi Siri 10.
Jika tuan/puan memerlukan pertanyaan, penjelasan dan rayuan dan sebagainya tuan/puan hendaklah berhubung terus dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran kerana kuasa melantik DG41 terletak di bawah bidang kuasa mereka .Seelok-eloknya urusan dibuat secara individu.

Surat-surat tawaran bagi Siri 9 telah diposkan ke sekolah masing-masing sementara Siri 10 boleh diperolehi mulai sekarang di USR, JPN Terengganu dan akan dipos ke sekolah masing-masing selepas tiga hari bermula hari ini.Sila tanya  Pn. Bibah Bibi ditalian 09-6213390 di Unit Sekolah Rendah sebelum datang ke Unit Sekolah Rendah.

Senarai lengkap: KLIK

1 comment:

  1. Tahniah.. semoga menjadi pembakar semangat untuk meneruskan 1 agenda 1 aspirasi

    ReplyDelete