Saturday, June 29, 2013

Sembang Sabtu : Krisis dan salah faham komunikasi zaman siber ..



Kita selalu dan diperkatakan bahawa pada zaman siber ini semua urusan menjadi cekap, pantas dan segera. Cukup dengan satu sms, satu email atau maklumat di dinding facebook segala maklumat dapat disebar dengan cepat dan meluas Kita akui kebenaran dan kemudahan itu. Namun kadangnya kita hilang privicy kita kerana atas tuntutan tugas kita terpaksa melayan kehendak dan keperluan pelanggan sepanjang masa.

Kebiasaan dalam rutin komunikasi harian kita terbawa sama dalam penulisan teknologi komunikasi canggih sms,facebook dan sebagainya. Kalau kita suka panggil cikgu kita atau kerani kita dengan panggilan dan gelaran  manja kerana rapatnya perhubungan seumpama adik-beradik seperti “comel”, “baby”, “sayang”, “makcik”, “adik”, “abang’ dan sebagainya ianya kadang-kadang terbawa-bawa dalam penulisan sms kita dan seumpamanya . Tanpa kita sedari bahawa bahasa tulisan adalah kaku dan mati dan bila terbaca oleh seseorang yang tidak faham maka ia bakal mengundang padah dan fitnah.

Begitu juga kalau dalam kebiasaan harian kita bergurau secara kasar atau sedikit lucah atau “double meaning” maka ia juga kadangnya tanpa kita sedari terbawa-bawa dalam bahasa tulisan kita. Bahasa tulisan yang akhirnya menimbulkan masalah walau hakikat sebenar jauh daripada itu.

Kita mungkin pernah alami atau mendengar pelbagai peristiwa tentang salah faham. Mungkin kita pernah mendengar seorang isteri Guru Besar datang ke sekolah suaminya menyerang seorang guru perempuan kerana terbaca sms ‘ Esok nak pakai baju aper”. Seolah-olah guru itu tukang sibuk bertanya suaminya dan ingin tahu suaminya mahu pakai baju apa. Atau seolah-olah guru ini gundik sulit Guru Besar yang menyediakan baju untuk Guru Besar. Walhal hakikat sebenar guru itu bertanya apa yang patut beliau pakai esok jika hari Selasa adalah hari badan beruniform atau Khamis hari berbaju batik apabila  bertembung dengan sesuatu majlis.

Begitu juga pernah seorang kawan memberitahu dia terpaksa bertaklik dengan isterinya kerana untuk meyakinkan isterinya bahawa dia tiada apa-apa hubungan atau melakukan perbuatan terkutuk seperti “jika saya melakukan hubungan sex dengan mana-mana perempuan dalam dunia selain awak maka tertalaklah dengan satu talak”. Ianya berpunca dari sms seorang kawan perempuan lama yang dia dan isteri kenali . Tetapi dalam hpnya tidak ada nama perempuan tersebut. Antara dialognya kawan perempuan bertanya, ‘dok kat mana ?. Guru itu jawab, “kl”. Kawan tanya lagi, “Gi ngan sapa”. Guru ini jawab “ dengan dia”.

Apabila isterinya terbaca maka mengamuk satu dunia dengan menuduh suaminya ada perempuan lain. Walhal “dia” itu gantinama isterinya tadi. Isterinya mengamuk lagi sakan mengapa tidak tulis nama dia betul-betul. Hinggalah bertaklik baru isterinya percaya. Mungkin ramai antara kita juga bertaklik kerana stail pengurusan dan hubungan zaman moden ini banyak membuahkan prasangka dan keraguan melampaui batas.

Namun ada juga pelakuan pelik dan aneh manusia zaman siber ini. Kesibukan tugas atau urusan seringkali pasangan merasa terpinggir dan tidak dipedulikan. Satu cara bagaimana untuk menarik perhatian pasangan  ialah meminta kawan-kawan menyamar jadi kekasih dan menghantar sms cinta, ghairah dan erotik kepada  telefon mereka. Apabila suami atau isteri atau pasangan terlihat maka akan timbul perasaan cemburu. Perasaan cemburu itu bagi mereka adalah indikator bahawa mereka masih laku dan diperlukan pasangan. Teknik komunikasi dan stail provokatif sebegini memberi impak tinggi dan juga berisiko tinggi kepada pasangan atau kawan mereka. Namun bagi mereka ini pengajaran paling berkesan justru manusia secara fitrah bertindakbalas apabila haknya “dicabuli” walaupun  dalam masa sama ia mengabaikan dan membiarkan. Saya pernah menggunakan teknik ini bagi membantu seorang rakan dan saya teruk diugut suaminya tapi kerana niat baik walaupun caranya kurang sesuai, hubungan mereka yang hambar semakin rapat dan intim. 

Kadang-kadang sifat cemburu melampaui batas akan disemarakkan lagi dengan cara hidup moden ini. Seorang kawan memberitahu suami seorang guru setiap kali isterinya balik kerja akan menganalisa seluar dalam isterinya bagi mencari bukti-bukti kecurangan sang isteri. Selain itu akan memeriksa seluruh badan isteri bagi mencari tanda-tanda kecurangan seperti “love bite” dan sebagainya. Mereka seolah menganggap isterinya yang baik tiada iman selain menuduh isteri secara sambarangan dan sembrono. 

Pengalaman sendiri yang dilalui selain cerita rakan-rakan menjadi kita takut, bimbang dan risau untuk  menghantar sms kepada sahabat atau rakan perempuan apalagi lagi sms gurauan yang berbaur kelucahan, kelucuan dan sebagainya. Begitu juga hendak respone facebook, email dan sebagainya. Kadang-kadang kita rasa hubungan pengurusan secara berdepan lebih baik kerana ia berlaku pada dan ketika itu sahaja. Kadang-kadang biar orang kata kita sombong,payah nak jumpa daripada terlalu telus, baik, mudah kira kerana caragaya kita itu kadang-kadang memakan diri sendiri. Bahkan terkadang menjadi fitnah yang tidak pernah kita jangkakan.

Apapun apa yang berlaku ada hikmahnya. Setidak-tidaknya mengajar kita sedar bahawa kita tidak boleh samakan satu perkara untuk semua. One fit saiz for all. Dunia hubungan di pejabat dan di sekolah adalah lain berbanding dengan rumah. Bahasa dan gurau pengucapan tidak sama dengan penulisaan. Kita atau rakan-rakan kita tahu had dan sempadan. Tahu nak pilih dan simpan mana satu sms yang sesuai dan tidak menimbulkan salah faham. Jangan terlalu ego dan sombong dengan menganggap orang lain tidak tahu dan bodoh. Akhirnya bodoh itu kita yang terima kerana cuai dan ambil mudah dalam segala hal.

Kita berharap melalui Sembang Satu yang santai pada kali ini dapat mengajar kita berhati-hati menggunakan kemudahan teknologi. Teknologi adalah alat, yang kontrol untuk jadikannya baik dan buruk adalah diri kita. Kita mesti boleh menyesuaikan diri dengan zaman dan teknologi dengan penentuan sempadan had nilai diri kita. Kalau tidak kita hancur dalam putaran krisis dan fitnah kerana kedangkala kita sendiri.Dan bagi penerima atau pembaca sms khususnya jangan cepat melenting..yang nampak cantik tidak semesti baik dan yang nampak buruk tidak semestinya jahat.


3 comments:

  1. Salam, saya ada isu berkaitan ICT jugak, tapi di sesetengah sekolah rendah, saya harap admin dapat highlightkan bidang tugas sebenar Guru Penyelaras ICT & Makmal Komputer dengan bidang tugas sebenar Guru Penyelaras Bestari supaya difahami oleh pentadbir, perlukah di sekolah rendah yg dah ada jawatan Guru Penyelaras Bestari, diwujudkan juga Guru Penyelaras ICT. Ramai guru yg berminat dgn jawatan ini kerana ada lantikan jabatan dan waktu mengajar pun dikurangkan, malangnya tugas-tugas ICT ini ditanggung oleh Guru penyelaras ICT dan Guru Penyelaras Bestari goyang kaki jer, harap admin dapat jelaskan kekeliruan Isu ini disekolah. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Saya setuju dgn kenyataan saudara diatas, macam ada pertindihan tugas..

    ReplyDelete