UPSR hanya tinggal lebih kurang tiga bulan sahaja lagi. Tiga bulan atau 90 hari tidak lama. Pejam celik, pejam celik dah sampai . Ianya menjadi lama dan membosankan bagi orang yang tidak buat apa-apa. Ianya menjadi lambat bagi orang yang malas. Orang yang malas selalu banyak hari "esok".
Saya merasa kagum dan teruja bila ada guru yang mulai melahirkan keresahan dan kerisauan melalui Bualbicara USR. Beliau resah dan bimbang kerana menurut dakwaan beliau ada PPD yang masih sepi dengan gerakan kecemerlangan UPSR. Masih lemah.Masih lesu. Masih kaku. Beliau bimbang dan takut nanti pencapaian UPSR 2013 juga turut lesu dan layu.
Kebimbangan dan kerisauan ini sebenar bagus. Bagus sebagai tanda keperihatinan. Bagus kerana kita peka dan inginkan kecemerlangan. Ia juga sebagai petunjuk bahawa budaya sibuk dan demam UPSR telah menjadi budaya dalam minda guru dan juga masyarakat kita. Saya teringat sewaktu menjadi Guru Besar di sebuah sekolah dahulu ada ibubapa bertanyakan tentang kelas malam sekolah nak buat atau tidak. Seolah-olah sekolah yang tidak buat kelas malam tu komang, low class. Seolah-olah kelas malam UPSR itu wajib. Kalau sekolah tidak buat ia sebagai petanda "Guru Besar tidak rak cetong". Begitulah perihatin dan semangatnya ibubapa untuk melihat anak mereka cemerlang. Kita patut berterima kasih kerana mereka berani memberi tahu apa yang mereka mahu.
Justru itu di semua peringkat kita perlu menyemarakkan iklim UPSR. Hasrat YAB Menteri Besar Terengganu yang mahu Terengganu terus mengungguli UPSR di persada negara perlu di sahut bersama dengan jiwa dan semangat yang positif. Komitmen dan iltizam kerajaan negeri terhadap kecemerlangan pendidikan sewajarnya menjadi cabaran kepada kita warga pendidik di semua peringkat. Biarpun kita dipandang serong akibat segelintir rakan kita kerana penglibatan tidak wajar dalam PRU13 hingga menjejaskan integriti kaum guru namun dengan terus konsisten memainkan peranan dan tugas menjana kecemerlangan akan memulihkan imej guru yang sedikit tercalar itu. Marilah kita buktikan bahawa dalam menjayakan kecemerla ngan pendidikan kaum guru tiada kompromi. Kita kota apa yang kita kata.
Jangan kita terlalu sibuk dengan urusan naik pangkat, naik gred kerana , naik gaji ataupun personaly busy semata-mata sehingga orang membuat persepsi negatif hasil dari sikap dan tingkahlaku yang kita paparkan.
Kita tentunya tidak suka mendengar kata-kata dan pandangan sinikal kepada keluarga besar kita kaum guru.
Oleh yang demikian kita perlu menjaga etika dan tata kelakuan kita agar masyarakat mempercayai kita . Dalam analisa "kepercayaan" masyarakat kepada pelbagai profesion, kerjaya guru berada di tempat kedua amat dipercayai selepas doktor. Kepercayaan ini harus kita tingkat dan kekalkan. Tanpa kepercayaan masyarakat tiada ertinya kerjaya kita.
Para pemimpin sekolah juga perlu peka dengan semangat dan keinginan guru. Jangan sesekali kita kendur , lumpuh dan padamkan semangat mereka yang sedang membara atau sebab-sebab yang tidak masuk akal.
Berilah mereka inspirasi dan dorongan. In Sha Allah mereka mampu mengubah dunia.
No comments:
Post a Comment