Setelah selesai mesyuarat aku bergegas ke lobi hotel untuk "check out". Aku mahu cepat. Aku bercadang untuk makan tengah hari di Hentian Rehat Temerloh. Aku perlu segera meninggalkan Kuala Lumpur ini. Aku perlu sampai ke rumah lewat petang atau malam ini. Esok pagi-pagi isteriku aku akan berlepas ke Sabah.
Apabila sampai post keluar parking aku terkejut kerana charge parking berjumlah RM25.00 semalam sedangkan sehari sebelumnya aku dikenakan RM5.00 sahaja. Namun kakak yang menjaga parking dengan senyum ikhlas mencadangkan aku mendapat pengesahan dari hotel. Lantas aku mengundur dan mencari parking baru semula.
Sekali lagi bila aku ke kereta semula aku bertembung dengan rakan yang ingin pulang ke Terengganu dan berjanji untuk berhenti di Hentian Rehat Temerloh. Masuk ke kereta aku setup GPS. Maklumlah Kuala Lumpur ini bukan aku punya. Bila keluar ke jalan besar, aku tidak tahu jalan mana yang diambil kawan aku. Bayangnya sudah tidak kelihatan. Aku menurut arahan GPS aku. Pusing kiri, pusing kanan dan jalan.
Satu jam kemudian aku masih belum dapat keluar dari Kuala Lumpur. Masyaallah aku sendiri merasa hairan. GPS aku ini seperti pening dan mabuk. Kawan aku tadi telah berada di Lebuhraya Karak. Namun aku bersyukur kerana hati aku tenang dan tidak panik. Aku akhirnya membuat keputusan untuk mengikut seratus peratus arahan GPS aku.
Akhirnya setelah berpusing kiri kanan dan keluar masuk lebuhraya aku bertemu semula dengan lebuhraya yang aku selalu masuk Kuala Lumpur. Aku ikut sahaja walaupun aku di bawa masuk ke pusat bandar Kuala Lumpur semula hingga akhirnya di bahagian jalan belakang Institut Jantung Negara untuk keluar di satu bulatan. Malangnya dalam kesesakan itu aku terdengan seperti satu letupan dan berdesir. Aku ingat dari lori di tepi namun bila aku terus bergerak desiran itu mengikutku.
Aku tidak masuk ke jalan keluar ke Kuantan tapi keluar jalan keempat bulatan kerana di depan seakan ada ruang untuk parkir di tepi. Sambil bergerak perlahan seorang penunggang menunjukkan ke tayar belakang. Kemudian akan parkir di ruang yang agak selesa dari kesibukan dan turun memeriksa. Tayar belakang pecah macam tercucuk benda tajam dan sah tayar ini tidak boleh dipakai.
Hatiku masih tenang dan dalam hatiku berkata " Ya Allah siapakah yang engkau akan hantarkan untuk menolongku". Aku telefon kawanku memaklumkan keadaanku. Aku cuba telefon kawanku yang juga isterinya kawan isteriku tapi tidak diangkat. Aku membuat keputuasan menukar sendiri. Aku keluarkan beg-beg yang berat yang tinggalkan oleh isteri dan anak bongsuku beberapa hari lepas. Mereka telah beberapa hari Mesyuarat Pandu Puteri dan aku mengurus mereka balik dengan kapal terbang dan bagasi mereka aku bawa pulang.
Selepas 15 minit sedang aku jeck tiba-tiba di belakang bersuara seseorang dalam loghat Kedah. "Abang rehat biar saya bantu", katanya. Aku merenung matanya dan mukanya serta dirinya. Nampak keikhlasan di matanya. Pakaian agak comot seperti "formen". Ya Allah inikah orang yang Engkau hantarkan untuk membantuku, bisik hatiku. Pemuda itu dengan pantas menukar tayar keretaku dan mengatakan dengan tayar spare ini aku hanya boleh bergerak 80 km sejam.Aku bercadang menukar tayar baru kerana tidak mungkin aku sampai pada malam ini. Kawanku menelefon untuk berpatah balik. Aku mengatakan tidak perlu kerana Allah menghantar orang yang tepat pada waktunya.
Setelah selesai aku menghulurkan RM50.00 kepada pemuda itu. Beliau bermati-matian menolak kerana beliau ikhlas untuk membantu. Aku juga ikhlas untuk menyatakan syukur dan terima kasih. Dengan susah payah aku masukkan ke dalam kocek seluarnya. Bagiku wang bukan segala-segalanya. Lima puluh ringgit pergi tapi berpuluh ribu Allah beri dalam pelbagai bentuk yang kita tidak sedarpun. Aku bersyukur dalam Kuala Lumpur ini masih ada hati yang ehsan. Syukur. Ku tanya namanya beliau kata panggil saja Awang. Lalu ku namakan Awang Kedah.
Awang tidak berhenti di situ , dia menunjukkan aku kedai membaiki tayar. Sampai di kedai tayar Awang mohon ke satu tempat dan berjanji akan datang balik. Sebelum kereta siap Awang datang semula. Lalu aku cuba meneroka manusia yang hebat ini. Awang masa umur duabelas tahun sudah berhijrah ke Kuala Lumpur yakni sejak dua puluh tahun dahulu. Beliau bekerja sebagai "formen" kren dan tinggal di pangpuri di area Damansara. Katanya beliau beli tunai pangsapuri berjumlah RM98,000.00 pada masa itu. Aku kagum dengan sikap pemuda ini. Awang telah berkahwin dengan seorang guru dan dikurniakan tiga orang anak. Dengan rendah diri Awang berkata, " Saya tidak belajar tinggi bang". "Tidak Awang, awak lebih tinggi dari orang yang belajar tinggi kerana sikap dan nilai hidup awak. Lihat Allah hantar jodoh awak seorang guru", pintas saya. "Saya bersyukur bang, saya hidup tiada hutang", kata Awang. Dalam hati aku berkata , "Awang kakitangan awam macam kami ini banyak hutang".
Setelah selesai Awang inigin membantu aku menunjukkan jalan keluar. Aku ucapkan berbanyak terima kasih kerana telah banyak membantu aku. Aku berkata bila senang datang ke Terengganu dan hubungi aku. Dalam hatiku, aku anggap dia seperti adiku sendiri. Terima kasih Allah. Sewaktu keluar ke Kuantan di bulatan Awang telefonku dan aku sekali lagi ucapkan terima kasih dan telah menghala keluar ke Kuantan.
Selepas itu aku tidak tersesat lagi. Selepas berhenti beberapakali di lebuhraya aku sampai di rumah jam 9.00 malam. Syukur Allahamdulillah kerana Allah mengajar aku betapa besarnya makna sabar dan ikhlas.
No comments:
Post a Comment