Pusat Sumber
SK Felda Jerangau Barat , Hulu Terengganu telah tercalon ke peringkat kebangsaan
Pertandingan Pusat Sumber. Penilaian PSS Peringkat Kebangsaan telah dilakukan
pada hari semalam 19 Jun 2013 oleh dua orang Hakim yang begitu berpengalaman
dan berwibawa iaitu En Zakaria Hassan ( Pen Pengarah BTPN Kelantan ) dan
Tn Hj Hasrimi b Mohamad ( Peg Perpustakan IPG Kampus Kota Bharu )
Alhamdulilah,
semua urusan penghakiman telah berjalan lancar dan dipermudahkan segala olehNya.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada dua panel hakim En Zakaria bin Hassan
( Pen Pengarah BTPN Kelantan ) dan Tn Hj Hasrimi B Mohamad ( Peg Perpustakaan
IPG KKB ) di atas penilaian yang dibuat dengan penuh komitmen dan benar-benar
ikhlas dalam menilai dan memberi kata nasihat serta secara tidak langsung
mengajar banyak perkara khususnya berkaitan menjadikan PSS sebagai yang
terbaik.
Semua pihak
memberi kerjasama yang jitu sepanjang penghakiman berjalan samada di pihak
panel dan juga guru, pekerja serta murid-murid skfjb. Semuanya memberi
sumbangan yang amat bermakna dan membantu dalam memastikan PSS muncul sebagai
juara bak kata Tuan Guru Besar " Kita berhasrat dan mempunyai impian yang
tinggi untuk membawa balik gelaran JUARA PSS PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN INI DI
BUMI FELDA JERANGAU BARAT ".InsyaAllah ia akan menjadi kenyataan.
Usaha telah
dibuat dengan penuh semangat dan kesungguhan telah dijelmakan oleh semua pihak
termasuk JPN, BTPN, PPD, PKG, GPM, PIBG, NGO, Warga Masyarakat,
Guru-guru, Pekerja, dan tidak ketinggalan murid-murid yang tidak kurang
sumbangannya dalam memikat hati para hakim.
Sememangnya
para hakim memuji dan mengucapkan syabas kepada pihak pengurusan dan GPM
khususnya kerana berjaya menghasilkan PSS yang berjaya dan berkualiti. Segala
aspek penilaian yang dikehendaki dapat dibuktikan hampir 100%. Mereka akui
sukar mencari kelemahan dan hampir semua mendapat markah penuh dalam
aspek-aspek yang di nilai.
Selain dari
itu kekuatan yang kita ada adalah konsep warna warni yang ditonjolkan memukau
dan memberi aura yang tersendiri kepada panel hakim dengan menyatakan pertama
kali masuk ke pintu pagar sekolah aura itu telah dirasai dan apabila menuju
jauh kedalam kawasan sekolah aura itu semakin menebal dan telah seolah-olah
memahat kuatdiri mereka sehinggakan terasa amat sukar untuk meninggalkan
sekolah ini.
Tahniah, dan
terima kasih sekali lagi. Kita tunggu keputusan dengan penuh harapan dan segala
keputusan yang bakal diumumkan kita terima dengan redha dan berserah kepadaNya.
Kepada Semua yang terlibat dalam mendorong kejayaan ini daripada JPNT. BTPNT, PPD, PKG Hulu, GPM Daerah Hulu, Pengurus Felda. Pengurus Kilang, PIBG, Masyarakat Setempat, Guru-guru dan semua warga SKFJB kami mengucapkan jutaan terima kasih atas dorongan anda semua.
Adapatasi
sumber : http://pssskfjb.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment