Wednesday, June 5, 2013

Makluman Penangguhan Pertukaran Guru 1 Jun



Kami menerima pertanyaan daripada guru dan keluarga mereka  mengenai keputusan pertukaran 1 Jun 2013. Sehubungan itu kami perturunkan kenyataan yang disiarkan dari web e-gtukar sebagai makluman dan rujukan. Terima kasih.

Pemberitahuan

Status Terkini:

Pemakluman


Keputusan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi sesi Jun 2013 adalah ditangguhkan pada suatu masa yang akan diberitahu kelak. KPM sedang menyelaras pertukaran guru bersekali dengan pengisian penempatan guru baharu bagi mengelakkan masalah kekurangan guru yang boleh mengganggu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali.

Sekian dimaklumkan.

Sumber : Web e-gtukar 

0 ulasan:

Post a Comment