Wednesday, June 5, 2013

Pertukaran GPK kuatkuasa 1 Jun 2013

Tahniah kepada  Guru Penolong Kanan yang dapat bertukar atau berubah posisi. Tahniah dan selamat bertugas sebagai pentadbir atau anggota pengurusan sekolah kepada Guru Penolong yang dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan hakiki. Pihak jabatan berharap tuan/puan yang dinaikkan pangkat dapat melaksanakan tugas dengan efektif dan berkesan. Buktikan anda mampu memikul amanah yang dipertanggungjawabkan dengan cemerlang.

Sementara kepada Guru Besar dan rakan sejawat bantu dan bimbinglah rakan-rakan kita ini sebaik mungkin.
Biarlah kehadiran mereka memberi impak kepada kecemerlangan pengurusan pendidikan di sekolah berkaitan. Tahniah. Sesi pertukaran 1 Jun tidak melibatkan Guru Besar dan pengisian Guru Besar adalah penuh.

Senarai lengkap KLIK.


0 ulasan:

Post a Comment