Monday, November 29, 2010

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Baru Tahun 2010


Unit Pengurusan Sekolah Rendah ,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah menganjurkan kursus berkaitan kepada semua Guru Besar dan Penolong Kanan yang baru dilantik di Hotel  Crown Garden,Kota Bharu bermula 28 hingga 30 November 2010.Kebanyakan Guru Besar ialah mereka yang dilantik pada tahun 2009 dan 2010. Manakala Guru Penolong Kanan pula ialah mereka yang dilantik pada tahun 2010 sama ada melalui pemangkuan atau pengisian daripada DGA32(KUP) Time Base.

Tujuan utama kursus ini ialah untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada pengurus sekolah ini tentang beberapa bidang dan pengetahuan asas pengurusan sekolah. Bidang-bidang berkenaan seperti pengurusan kurikulum,pengurusan kokurikulum pengurusan kewangan,pengurusan cuti,pengurusan murid bukan warganegara di samping sesi porkongsian pengalaman pengurusan dengan Majlis Guru Besar Negeri Terengganu. Selain daripada itu kursus ini juga bertujuan untuk terus mengekalkan reputasi Guru Besar dan GPK sebagai pasukan pengurusan berwibawa dan berintegriti melalui ilmu dan amalan nilai yang positif.

Unit Pengurusan Sekolah Rendah juga berharap melalui program ini pengurusan sekolah rendah negeri Terengganu akan lebih memahami peranan dan tugas mereka serta saluran strategik yang boleh dimanafaatkan bagi membantu mereka sama ada di peringkat PPD atau JPN.Kita juga berharap beberapa bidang pengurusan seperti kewangan dan kurikulum umpamanya akan lebih baik dan dapat dikekalkan prestasinya. Adalah tidak mustahil untuk kita sasarkan pada tahun hadapan 100% sekolah mendapat audit tanpa berteguran  bila audit sekarang kita memperolehi 99.7%. Begitu juga kita boleh mencapai 20% semua A dalam UPSR bila tahun ini kita perolehi 15.4% terbaik pencapaian semua A seluruh negara selama sepuluh tahun berturut-turut. Jika daerah Besut tahun ini boleh mecapai 21% semua A maka daerah lain juga boleh mencapainya.

Semoga dengan ilmu dan kefahaman mendalam tentang kerjabuat kita,kita akan pasti mampu untuk terus “Melestarikan Pendidikan Terbilang” 

Bahaan kursus sila klik di sini

Friday, November 26, 2010

Bagaimana Ciri Pemimpin Sekolah yang dikehendaki ?

Kita barangkali telah mengetahui banyak maklumat daripada berbagai sumber berkaitan ciri,sifat dan stail pengurus sekolah yang baik atau sebaliknya.Pengalaman,pemerhatian dan dapatan kajian menjadi sumber rujuk untuk mengkelasifikasi spesis pemimpin terutama pemimpin sekolah (Guru Besar atau Guru Penolong Kanan). Istilah "ibu berintik" merujuk kepada pengurus sekolah perempuan garang dan suka mengawal. Sementara 'ayam wakang" merujuk kepada pengurus sekolah lelaki yang suka kontrol,menunjukkan gaya penguasaan tetapi "isi" atau ilmu pengurusan yang tidak seberapa.

Dalam entri kali ini,saya ingin berkongsi pengalaman benar yang kami perolehi semasa temuduga iGPK32 yang baru lalu tentang persepsi para guru yang ditemuduga tentang ciri-ciri Pengurus Sekolah yang hebat,yang berkesan dan yang dikehendaki oleh para pengikut di sekolah (guru,murid dan juga ibubapa).Antaranya saya dapat rumuskan seperti berikut:
  1. Pengurus Sekolah mesti memiliki ilmu yang mencukupi - ada sesetengah mereka mendakwa daripada pengalaman terdapat pengurus sekolah yang tidak tahu banyak perkara.Apabila guru merujuk masalah kepada mereka,mereka meminta guru sendiri mencari jalan penyelesaian. Apabila tersilap atau tidak memenuhi keinginan mereka,gurulah yang akan menjadi mangsa. Impaknya mereka tidak disukai dan akan dijauhi.
  2. Pengurus Sekolah mesti berlaku adil - setiap orang adalah penting.Every body is some body. Oleh itu dakwa mereka semua guru harus dilayan sama adil dalam apa keadaan sekalipun tanpa perlu ada klik atau "gender bias" atau "geng bias"
  3. Pengurus Sekolah mesti menjadi perancang yang bijak - "If you fail to plan,that mean you plan to fail".Mejoriti bakal-bakal GPK yang ditemuduga tidak suka pengurus sekolah tidak merancang dengan baik dan tiada hala tuju. Mereka tidak "berahi" buat kerja "ad-hoc" kerana kerja begini menjadi "rohak". Mesyuarat atau taklimat "tukor-bimba". Kadang nama mesyuarat tetapi pelaksanaan menjadi taklimat yang lama,membosankan dan tidak fokus.
  4. Pengurus Sekolah Cekap Membuat Keputusan - banyak keputusan segera dan tepat perlu dibuat setiap hari,setiap masa. Namun ada pengurus sekolah yang sangat lemah membuat keputusan sehingga memberi tekanan dan beban kepada guru untuk melaksanakannya.
  5. Pengurus Sekolah mesti mempunyai komunikasi yang baik dan berkesan - ramai sangat bersetuju dengan perkara ini kerana dakwa mereka komunikasi yang baik dan berkesan akan meningkat motibvasi,rasa hormat serta keseronokan bekerja.Mereka tidak suka pengurus sekolah yang hanya tahu mengarah,berleter atau marah yang tidak padan dengan kesalahan atau tempat.
  6. Pengurusan Sekolah mesti menunjukkan tauladan - mereka amat menghormati pengurus yang cakap serupa bikin. Kalau pengurus mahu tepat masa,mereka perlu menunjukkan contoh.Begitu juga dalam perkara-perkara lain. 
Bila mengingatkan ciri-ciri di atas saya amat teringat jenis pemimpin yang dikategorikan oleh Prof. Syed Naquib Al-Atas yang membahagikan pemimpin kepada tiga jenis;
  • Pemimpin Rujukan - Pemimpin dan Kepimpinannya sentiasa dirujuk,dicontohi,diikuti biarpun dia telah tiada lagi kerana nilai,ilmu dan stailnya yang hebat dan penuh kebijaksanaan
  • Pemimpin Siaran - pemimpin yang hanya tahu bercakap tetapi tidak tahu berbuat.Jahil dan tidak berilmu.
  • Pemimpin Sialan - pemimpin yang diberi amanah tetapi mengkhianati. Membawa kehancuran kepada organisasi,huru-hura dan porak-peranda.
Kita amat berharap melalui dapatan ini,sewajarnya kita bergerak ke arah yang lebih baik sesuai dengan prinsip kecemerlangan dalam Islam. kerana "Sesungguhnya orang yang cemerlang itu ,apa yang dikerjakan dan apa yang dicapai pada hari ini mesti lebih baik dari semalam dan esok mesti lebih baik dari hari ini". Sementara kepada bakal GPK ingatlah catatan ini akan menjadi "aviden" kepada guru,murid dan ibubapa untuk menilai anda nanti.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Pertama Blog Unit Rendah

Hari ini genaplah setahun Blog Unit Rendah dilahirkan.Kelahiran blog ini setelah selesai Mesyuarat Sektor Pengurusan Sekolah yang diadakan di Hotel Seri Malaysia,Genting Highland pada November 2009. Motivasi untuk mengujudkan blog ini juga disebabkan Blog Unit Menengah,Sektor Pengurusan Sekolah yang sedia ada di samping keperluan untuk mengujudkan hubungan  berterusan dengan semua pengurus sekolah rendah dan guru-guru sekolah rendah supaya maklumat dan kegiatan dapat disebar dan dikongsi segera.

Alhamdulillah blog ini mula dikenali dan menjadi rujukan rutin sesetengah pihak di negeri,KPM dan pengujung luar negara. Purata pungunjung yang hit blog ini 158 sehari. Ketika saya menulis jumlah hit setahun ialah 57,638. Bagi kami sudah dikira berjaya dan tahun depan berbagai strategi akan kami gunakan untuk meningkatkan jumlah pengunjung melalui laporan,informasi dan gambar yang lebih jelas.

Kami mengambil kesempatan merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada semua pengunjung setia blog ini dan berharap anda akan terus setia bersama kami. Sebar dan war-warlah segala informasi yang ada untuk manafaat dan faedah kita bersama. Semoga melalui perkongsian  ini kualiti pengurusan , informasi dan kekeliruan serta salah tanggap antara Pengurusan Sekolah Rendah dengan Pengurusan Sekolah dan warga guru seluruhnya dapat dirapat dan ditingkatkan.

Sesungguhnya andalah yang memberi "roh" untuk blog ini terus hidup dan meneruskan kelestariannya.


Renungan Jumaat - Tanda-tanda pasangan anda tidak setia


Ada seribu satu alasan untuk berlaku curang, tidak peduli dia suami 
atau isteri. Anda tidak harus memiliki kehidupan rumahtangga yang
 
penuh konfiik untuk mendorong pasangan melakukan kecurangan (atau
 
anda sendiri lakukannya).

Memang ada banyak alasan untuk curang, mungkin ada yang tak puas
 
dengan satu pasangan, kurang dihargai hinggalah kepada perkahwinan
 
yang sudah menemukan titik bosan.

Bunyikan loceng amaran anda. Kenali tanda-tanda pasangan mulai tidak
 
setia. Tangkap amarannya sejak awal!

1. Si dia sering pulang malam dengan alasan sibuk buat kerja lebih
 
masa. Tetapi bila dihubungi, telefon bimbitnya selalu
 
dimatikan/tidak aktif.

2. Lebih banyak melakukan aktivtti di luar rumah tanpa melibatkan
 
si dia dan anak-anak. Padahal sebelumnya tidak begitu.

3. Sikapnya tambah manis. Jangan tertipu, sikap manisnya hanya untuk
 
menutup kecurangan yang dilakukannya di belakang anda.

4. Semasa berada di rumah, HP dia tak pernah rengang darinya. Anda
 
pula tidak dibenarkan membaca SMS nya.

5. Pengeluaran wang bertambah tanpa alasan jelas. Anda terjumpa bil-bil
 
bayaran di restoran mahal sedangkan ketika itu pasangan anda selalu
 
memberi alasan tidak cukup wang.

6. Penampilannya rnenjadi lebih bergaya, selalu beli baju baru,
 
mukanya cerah ceria lagaknya seperti remaja yang jatuh cinta.

7. Sering memberi alasan outstation pada hujung minggu. Tapi bila
 
dihubungi, telefonnya tak pernah aktif.

Maka dengan itu, seeloknya bawalah pasangan anda berbincang.Bincang
 
baik-baik. Suarakan kerisauan hati anda mengenai perkara ini dengan
 
cara halus tanpa ada nada-nada seperti menghukumnya. Selebihnya,
 
tunggu pula apa jawapan yang bakal diberikan. Jika masih ragu atau
 
pasangan anda menafikan, kumpulkan lagi beberapa bukti yang
 
menguatkan lagi dakwaan agar pasangan anda tidak boleh menafikannya.
 
Jika dia mengakui memang ada hubungan sulit dengan orang lagi, anda
 
perlulah memainkan peranan yang bijak untuk membincangkan baik-baik,
 
mahu dibawa ke mana hubungan ini. Dapatkan nasihat kaunselor
 
perkahwinan ataupun ahli keluarga terdekat kalau perlu, itu pun jika
 
anda berdua tidak dapat menyelesaikan sendiri

Wednesday, November 24, 2010

Temuduga iGPK32 - Makenisma baru dalam pemilihan Guru Penolong Kanan

Pada 21 hingga 24 November 2010,urusetia Panel Pengisian Jawatan DGA32(KUP) Time Base ke Jawatan Hakiki DGA32 Jabatan Pelajaran Terengganu telah melaksanakan proses temuduga bagi memilih PPLD DGA32 (KUP) Time Base yang berkebolehan,berkeupayaan dan berketrampilan mengisi jawatan hakiki DGA32 sama ada sebagai Guru Penolong Kanan atau pengelola di PPD dan JPN bagi tahun 2011 yang dianggarkan berjumlah hampir lima puluh jawatan DGA32 hakiki yang akan kosong akibat persaraan penyandang yang ada.

Seramai 115 orang calon telah disenaraipendekkan oleh Panel (dianggotai pegawai dari PPD dan JPN) daripada hampir enam ratus permohonan seluruh negeri.Mereka yang disenaraipendek adalah mereka yang mempunyai prestasi yang tinggi (45%) dan memperolehi markah pengalaman,kemahiran dan sumbangan (35%) untuk ditemuduga (20%). Proses temuduga adalah saringan terakhir sebelum layak ditawarkan jawatan-jawatan berkaitan mulai 1 Januari 2011.Proses pengisian ini adalah bagi matuhi pekeliling berkenaannya yang dikeluarkan oleh KPM.

Daripada 115 orang calon hanya dua orang yang tidak hadir.Sewajarnya dalam urusan permohonan naik pangkat perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku. Baca di sini. Walau bagaimanapun majoriti calon yang terpilih menunjukkan kominted dan berminat untuk merebut peluang yang ditawarkan. Terdapat segelintir yang berada di luar Terengganu sanggup pulang bagi menghadiri temuduga ini ataupun menukar pusat dan tarikh temuduga. Kita percaya jika beginilah watak bakal GPK,saya yakin pada masa depan isu GPK yang tidak tahu apa,lawan guru besar,tidak bermaya dan sebagainya tidak timbul lagi.Mereka telah menunjukkan "talent" sebagai bakal pengurus sekolah yang hebat.

Namun begitu hasil pemerhatian saya sepanjang tempoh temuduga dan dengan niat agar pada tahun-tahun hadapan calon-calon bersedia dengan mantap perkara berikut perlu diberi perhatian oleh calon;
  • kekemasan dalam penampilan diri terutama berpakaian biarlah kemas, lengkap berkot dan bertali leher
  • membawa bersama dokumen sebagai bahan sokongan dan bukti kehebatan diri
  • tatacara dalam temuduga - cara duduk yang sopan
  • menampilkan keyakinan diri melalui komunikasi yang tenang dan mengelakkan pelakuan "manerisme" sebagai usaha mengurangkan ketegangan
  • bersedia dengan pengetahuan pengurusan dan isu-isu semasa pendidikan
Ramai calon tidak tahu dan faham dengan jelas e-pantau dan terma-termanya. Ada yang mengatakan TOV sebagai Target Of Velue. Ataupun OTI sebagai "Operation Target Instrumental "Biarpun mereka terlibat secara langsung dengan e-pantau yang menfokus kepada Sistem Auditan Hasil Berteraskan OTI tetapi 95% tidak dapat memberi makna dan huraian tepat kepada istilah e-pantau ini iaitu TOV,ETR,OTI dan ATR. Baca mengenainya di sini.

Begitu juga kefahaman mereka tentang naik pangkat secara KUP dan hakiki. Ada calon mengatakan bahawa mereka tidak merasa sebagai naik pangkat berada di gred DGA32(KUP) Time Base. Bahkan mereka mendakwa ada guru besar mereka memaksa mereka mengisi borang ke gred hakiki kerana jika berada pada gred DGA32(KUP) Time Base bila pencen kembali kepada gaji DGA29. Sila baca di sini .

Hampir 98% calon yang ditemuduga tidak pernah tahu dan tidak pernah baca blog Unit Sekolah Rendah ini walhal pada 26 November 2010 blog ini akan menyambung ulangtahun kelahiran pertama. Makluman mengenai blog ini telah diberitahu kepada semua guru besar dan pengetua. Makluman mengenainya diedar melalui surat . Linknya ada dalam kebanyakan web PPD. Begitulah "tersesat"nya guru kita dalam jaringan ilmu tanpa sempadan. Kalau mereka tahu,peka dan baca semua kandungan temuduga ada dalam blog ini. Nkra dan Sub Nkra ke,Sekolah Kluster ke ,SBT ke dan macam-macam lagi ada. Klik di sini untuk tahu lebih lanjut tentang SBT

Kita sangat berharap dari masa ke semasa kita dapat memilih,melantik dan melatih pasukan pimpinan dan pengurus sekolah yang berkualiti melalui kaedah pemilihan yang berkualiti agar slogan "Melestarikan Pendidikan Terbilang" dapat menjadi kenyataan.Rata-rata panel temuduga berpendapatan bahawa markah temuduga perlu dipinda daripada 20% kepada 35% dan pengalaman dan sumbangan dari 35% kepada 20% kerana melalui proses temuduga kita akan lihat keupayaan sebenar calon dari segi ilmu,komunikasi,kemahiran membuat keputusan,pendirian pemikiran,ketrampilan diri dan sebagainya. Kepada yang berjaya Tahniah kita ucapan dan kepada yang kurang berjaya baiki kelemahan diri dan cuba lagi pada tahun hadapan.

Friday, November 19, 2010

Renungan Jumaat - Menghayati Makna Korban




  

Umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Haji / Hari Raya Aidiladha). Salah satu ibadah amaliah yang dilaksanakan pada sekitar Hari Raya Haji ialah ibadah korban. Melaksanakan korban (yang dalam istilah fiqhnya disebut udhiyah) adalah menyembelih haiwan ternak pada Hari Raya Aidiladha dan hari tasyrik dengan niat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Inilah peristiwa besar yang melambangkan sejarah agama tauhid, pengorbanan yang ikhlas kerana Allah dan usaha terus menerus untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Ia merupakan amalan tradisi para nabi sejak Adam hingga Nabi Muhammad s.a.w.

Kita amat gembira melihat banyaknya kaum Muslim yang menyambut panggilan mulia ini, mengorbankan sebahagian harta atau haiwan ternak demi mengharapkan keredaan Allah s.w.t. Kita tanamkan niat murni dan ikhlas ini kerana Allah s.w.t dan usah sekali-kali ia dilakukan untuk lebih dihormati oleh masyarakat. Lebih daripada itu, berkorban itu biarlah benar-benar selaras dengan tuntutan Rasulullah s.a.w.

Dalam satu riwayat daripada Aisyah, disebutkan bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tidaklah keturunan Adam melakukan suatu perbuatan pada hari nahr yang lebih dicintai Allah selain mengalirkan darah (menyembelih haiwan korban). Haiwan sembelihan itu akan datang pada hari Kiamat membawa tanduknya, kukunya, dan bulunya. Sesungguhnya darah haiwan sembelihan itu sampai kepada Allah lebih dahulu daripada sampai ke tanah. Maka sucikanlah diri kamu dengannya.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tarmizi).

Al-Allamah Al-Manawi berkata, maksud hadis tersebut adalah bahawa ibadah yang paling utama pada hari itu adalah mengalirkan darah (menyembelih haiwan korban), dan bahawa pada hari Kiamat kelak korban itu akan datang sebagaimana adanya ia di dunia, tidak berkurang sedikit pun. Dan orang yang melakukan korban itu akan diberi pahala dari setiap anggota tubuh haiwan korbannya itu.

Baginda Rasulullah s.a.w sendiri dalam sebuah hadis telah mengungkapkan, orang-orang yang tidak melaksanakan ibadah korban sedangkan dia berada dalam keadaan mampu, maka jangan dekat kepada kami yang melaksanakan ibadah ini. Hakikatnya kita sebagai manusia sering bergelumang dalam dosa dan memiliki jarak dengan Allah.

Manusia berkewajipan mendekatkan diri kepada-Nya. Maka, salah satu caranya adalah dengan berkorban. Oleh yang demikian itu, maka sewajarnya kita menginsafi kembali akan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: ”Barang siapa yang mempunyai keluasan rezeki, lalu tidak berkorban, maka janganlah mendekati tempat solat kami.” (Riwayat Ibnu Majah)

Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah daripada Zaid bin Arqam, pernah seorang sahabat bertanya kepada baginda:

‘‘Wahai Rasulullah, apakah erti korban ini?” tanya sahabat. 

‘‘Itulah sunnah daripada datukmu Ibrahim,” jawab Rasulullah. 

“Apakah keuntungan korban itu untuk kita?” tanya sahabat itu lagi. 

‘‘Setiap helai bulu haiwan korban itu merupakan satu kebaikan (hasanah),” jawab Rasulullah. 

Seandainya ada sesuatu yang lebih utama daripada penyembelihan haiwan korban yang menjadi penebusan manusia di atas segala nikmat, tentunya Allah tidak akan menyebutkan penyembelihan haiwan korban itu menerusi firman-Nya yang bermaksud: ”Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar, sebagai tebusan ke atas Ismail a.s.” (As-Shaffat: 107)

Berdasarkan keterangan hadis dan firman Allah yang diungkapkan dalam al-Quran, bahawa amalan korban berasal daripada Nabi Ibrahim a.s yang kemudiannya diwarisi oleh baginda sebagai satu ibadah dalam syariat Islam yang sangat dianjurkan untuk dilaksanakan.

Ibadah korban ini berasal dari zaman Nabi Ibrahim. Tatkala Nabi Ibrahim bersama puteranya, Ismail, selesai membina Kaabah di Mekah di atas arahan Allah sebagai pusat kegiatan bagi menegakkan dasar-dasar tauhid, Allah s.w.t menguji kekukuhan iman kedua-dua nabi ini. Pengorbanan itu adalah pengorbanan yang paling tinggi dalam hidup, iaitu pengorbanan jiwa dan raga.

Menurut Imam Syafie, hukum korban adalah sunat muakkad yang amat dituntut kepada mereka yang mampu termasuk para hujjaj (jemaah haji) yang berada di Mina dan terutama umat Islam yang berada di kampung halamannya sendiri, kerana ia adalah amalan yang amat dikasihi Allah pada hari nahr (Hari Raya). Namun begitu, terdapat sebahagian ulama yang menyatakan ia adalah wajib kepada mereka yang mampu berdasarkan firman Allah yang bermaksud: ”Maka dirikanlah solat kepada Allah (Tuhanmu) dan berkorbanlah.” (Al-Kauthar: 2)

Di dalam al-Quran disebut tentang pengorbanan dua orang anak Nabi Adam. Anak pertama memberi korban dengan tulus ikhlas atas dasar niat demi mematuhi perintah Allah s.w.t. dan mendekatkan diri kepada-Nya. Manakala anak yang kedua juga berkorban tetapi tidak berdasarkan ketulusan hati dan usaha sungguh-sungguh untuk mendekatkan diri kepada Allah. Oleh hal yang demikian itu, korban anak yang pertama diterima di sisi Allah s.w.t, manakala anak kedua tidak diterima oleh Allah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) daripada yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): “Sesungguhnya aku akan membunuhmu.” (Habil) menjawab: “Hanyalah Allah menerima (korban) daripada orang-orang yang bertakwa.” (Al-Maidah: 27)

Amalan ibadah korban ini kemudiannya diteruskan oleh Nabi Ibrahim a.s sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengan-Nya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku. Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkan apa pendapatmu? Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintah kepadamu; insya-Allah, ayah akan mendapati daku daripada orang-orang yang sabar.” (Al-Shaffat: 102)

Mengapa Allah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s menyembelih Ismail kemudian membatalkannya dan menebusnya dengan seekor kibasy? Ini bukan hanya ujian untuk kedua-duanya, bukan juga hanya untuk membuktikan ketabahan keluarga Ibrahim tetapi juga untuk menjelaskan kepada siapa sahaja bahawa tiada sesuatu yang mahal atau amat bernilai untuk dikorbankan apabila telah tiba panggilan atau seruan Ilahi. Inilah bukti iman sejati. Akan tetapi harus diingat bahawa pembatalan tersebut bukan kerana manusia terlalu mahal untuk berkorban atau dikorbankan kerana Allah, tetapi ia dibatalkan demi kasih sayang Allah s.a.w kepada manusia.

Amalan berkorban dalah sebahagian usaha mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah s.w.t dan mendekatkan hubungan antara manusia dengan Allah ini dikenali sebagai amaliah yang bersifat vertikal. Manakala amaliah yang bersifat horizontal pula, ibadah penyembelihan korban meningkatkan hubungan antara manusia dengan manusia melalui pembahagian daging-daging korban terutama kepada golongan fakir dan miskin. Ini sebagai petunjuk bahawa takwa yang bersifat personal dan vertikal (hubungan hamba dengan Tuhannya) sering tidak terpisah dengan hubungan hamba itu dan persekitarannya. Justeru, amal sosial seperti korban harus didasarkan kepada Allah. Melalui ibadah korban inilah terselit maknawi yang mendalam bahawa manusia memerlukan pengorbanan dalam menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Ibadah korban adalah memanifestasikan rasa syukur dan puncak takwa. Ia sebagai tanda kembalinya manusia kepada Allah s.w.t setelah menghadapi ujian sehingga ada yang terpedaya dengan pujukan syaitan-syaitan – menjauhkan diri daripada Allah serta mengingkari larangan-Nya. Korban disyariatkan bagi mengingatkan manusia bahawa jalan menuju kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Akan tetapi, yang dikorban bukan manusia, bukan pula nilai-nilai kemanusiaan tetapi haiwan sebagai petanda bahawa pengorbanan harus ditunaikan dan bahawa yang dikorbankan adalah sifat-sifat kebinatangan dalam diri manusia saperti sifat rakus, tamak, ego, mengabaikan norma, nilai dan sebagainya. Secara hurufiahnya, kesempurnaan ibadah korban ini bermaksud membunuh segala sifat kebinatangan yang terdapat dalam diri manusia.

Berpandukan daripada kisah Habil dan Qabil tentang korban yang diterima oleh Allah, jelas menunjukkan bahawa keikhlasan itu adalah satu sifat yang paling utama dalam ibadah. Amalan berkorban harus menggunakan haiwan yang baik (sihat) dan berkualiti, tidak cacat, cukup umur serta banyak dagingnya. Meskipun hal-hal berkaitan ‘darah’ atau daging itu tidak sampai kepada Allah, tetapi yang lebih penting adalah ketakwaan kepada Allah. Korban itu tidak memberi makna sama sekali untuk Allah kerana Dia adalah Allah Yang Maha Agung, yang tidak memerlukan daripada apa-apa pun.

Dengan korban tersebut diharapkan agar ketakwaan kita kepada Allah semakin meningkat dan bahawa kita adalah hamba-Nya yang sentiasa memerlukan bimbingan dan petunjuk-Nya. Oleh hal yang demikian itu, kunci kepada semua amalan baik sama ada amalan sosial mahupun yang bersifat individual ialah takwa. Dalam hal ini Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: ”Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa daripada kamu.” (Al-Hajj: 37)

Apabila melakukan korban haiwan ternak sebagai ritual keagamaan dilakukan pada hari-hari tertentu pada bulan korban / haji, maka segala bentuk pengorbanan yang dilakukan oleh umat Islam pada hari-hari yang lain juga dapat disebut pengorbanan apabila disertai oleh ketakwaan kepada Allah s.w.t. Sikap itulah yang akan membezakan daripada pengorbanan lain yang dilakukan demi kekasih, demi keluarga dan bangsa yang belum tentu diredai oleh Allah.

Monday, November 15, 2010

Pertukaran Guru Sekolah Rendah 1 Jan 2011 yang berjaya masuk ke negeri Terengganu

Tahniah kepada 206 guru sekolah rendah yang berjaya masuk ke negeri Terengganu setakat ini daripada 1093 permohonan pertukaran untuk sesi 1 Jan 2011. Bukan senang untuk memasuki negeri Terengganu memandangkan kedudukan dan keperluan guru mencapai sepenuhnya zon penuh. Justru itu kami berharap kepada mereka yang berjaya bersyukurlah dengan memberikan sepenuh komitment memberi khidmat pendidikan kepada anak bangsa. Walau di daerah mana anda ditempatkan di negeri Terengganu,semua sekolah dapat dihubungi dengan jalan raya (kecuali SK Pulau Redang dan SK Pulau Perhentian),semua sekolah mempunyai bekalan elektrik 24 jam dan bekalan air bersih. Penginapan guru yang  mencukupi dan tidak ada sebuah sekolahpun di Terengganu yang tidak sesuai untuk khidmat para guru.

Selamat Bertugas. Klik di sini untuk melihat senarai yang diluluskan dan daerah penempatan di negeri Terengganu.

Sunday, November 14, 2010

Terengganu wajib murid baca Al-Quran 10 minit

Setiap pelajar muslim di Terengganu akan dikehendaki memulakan sesi pesekolahan harian mereka dengan membaca Al-Quran selama 10 minit mulai tahun depan.

Pengarah Jabatan Pelajaran Terengganu Razali Daud berkata ia adalah sebahagian daripada usaha pihaknya memberi penekanan serius kepada pembangunan sahsiah seiring dengan kecemerlangan akademik yang dicapai pelajar.

Beliau berkata pihaknya akan berusaha memastikan warga sekolah memiliki sahsiah dan akhlak yang mantap, selaras dengan usaha membasmi masalah disiplin kalangan pelajar sekolah di Terengganu.

"Bagi pelajar Islam yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil pula tenaga ustaz akan digunakan bagi menguruskan mereka secara berkumpulan," katanya kepada pemberita, di Besut.

Selain itu katanya semua program-program pembangunan sahsiah pelajar seperti perkhemahan akan dilaksanakan di dalam kawasan masjid dan tidak lagi di resort atau di hotel-hotel sebagaimana yang diamalkan sebelum ini.

Sementara itu Razali berkata semua sekolah di Terengganu akan dikehendaki mengadakan Solat Hajat sebelum cuti persekolahan bermula minggu depan, di samping satu lagi solat Hajat serentak di seluruh negeri yang dirancang sebelum sesi persekolahan bermula tahun depan.

Sumber : Bernama


Friday, November 12, 2010

Renungan Jumaat - Syukur dan syarat-syarat syukur

Imam Ibnul Qayyim merangkum makna syukur itu dalam perkataan: "Syukur ialah terlihatnya tanda-tanda nikmat Allah pada lidah hamba-Nya dalam bentuk pujian, di hatinya dalam bentuk cinta pada-Nya dan pada organ tubuh dalam bentuk taat dan tunduk." (Abdul Hamid al-Bilali, Taujih Ruhiyah, jil. 1).
Menurut Ibnul Qayyim syukur itu akan terasa lengkap jika memenuhi tiga syarat yaitu:
1. Ia mengakui nikmat Allah pada dirinya
Iaitu dengan mengakui bahwa segala kenikmatan ini adalah pemberian dari Allah, adapun usaha yang ia lakukan hanyalah wasilah (perantara) bagi datangnya nikmat tersebut. Kenikmatan tersebut merupakan sebuah cobaan bagi orang-orang yang beriman, Allah berfirman, yang artinya:
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). dan Hanya kepada kamilah kamu dikembalikan. (QS al-Anbiyaa’: 35)
Allah mencuba manusia dengan kebaikan agar terlihat siapakah di antara mereka orang-orang yang bersukur dan siapa pula yang kufur kepada Allah.
2. Ia menyanjung Allah atas nikmat itu
Menyanjung Allah iaitu dengan mengucapkan hamdalah dan pujian-pujian yang lainnya, yang kesemua pujian tersebut untuk membesarkan nama-Nya.
3. Ia menggunakan nikmat itu untuk mendapatkan keridhaan-Nya
Artinya semua kenikmatan yang ada pada diri kita hendaknya selalu digunakan untuk mendekatkan diri kita pada Allah. Kalau kita mendapat nikmat makan, maka kita niatkan dan kita gunakan manfaat dari makan tersebut untuk beribadah kepada Allah, seperti untuk shalat, dzikir dan sebagainya. Kalau kita mendapatkan nikmat berupa penglihatan yang baik maka gunakanlah penglihatan tersebut untuk kebaikan, seperti membaca al-Qur’an dsb., jangan kita gunakan untuk melihat tayangan television yang kurang bermanfaat bagi akhirat kita, apalagi tayangan-tayangan yang mengandung dosa. Rasulullah pernah menyatakan bahwa salah satu tanda kebaikan seorang muslim, yaitu ia meninggalkan hal-hal yang kurang bermakna bagi peningkatan keimanannya.
Allah memberi kabar gembira kepada orang-orang yang mau bersyukur kepada-Nya dan sebaliknya mengancam orang-orang yang kufur nikmat dengan siksa yang pedih.
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (QS Ibrahim: 7)
Allah tidak mencabut nikmat yang telah dilimpahkan-Nya kepada sesuatu kaum, selama kaum itu tetap taat dan bersyukur kepada Allah.
(siksaan) yang demikian itu adalah karena sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan meubah sesuatu nikmat yang Telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (QS al-Anfaal: 53)


Thursday, November 11, 2010

Terengganu terus ungguli UPSR

Seramai 3,560  atau 15.4 %  calun UPSR Tahun 2010 memperolehi semua A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang diumumkan oleh En.Razali  bin Daud,Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu pada sidang akhbar di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu pada pagi ini.Pencapaian semua A meningkat sebanyak 0.1% berbanding tahun sebelumnya.

Sementara itu daerah Besut menggungguli pencapaian semua A dengan memperolehi 21.0%, Hulu Terengganu 15.6%,Kuala Terengganu 15.3% dan daerah lain antara 12.4% hingga 14.2 %. Walau bagaimanapun pencapaian Minimum C sedikit menurun berbanding tahun sebelumnya dari 68.8% kepada 66.8 %. Begitu juga Gred Purata Negeri berlaku sedikit peningkatan dari 2.22 tahun 2009 kepada 2.25 pada tahun ini. Bagaimanapun penurunan sedikit ini tidak menjejaskan reputasi Terengganu sebagai sebuah negeri yang mempunyai pencapaian semua A yang tinggi.

Keputusan UPSR kali ini juga menunjukkan beberapa sekolah SKM mencapai GPS kurang dari 1.8.Berikut adalah senarai sekolah pencapaian UPSR cemerlang negeri :
Pengarah Pelajaran Negeri pada akhir sidang akhbarnya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru,pentadbir sekolah,ibubapa,PIBG,komuniti dan pegawai-pegawai di PPD dan JPN yang memberi sumbangan kepada kejayaan ini . Beliau juga mewakili warga pelajaran Terengganu merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dibawah pimpinan YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said atas bantuan dan sokongan tinggi bagi program kecemerlangan UPSR 2010 Terengganu.

Tahniah Terengganu kita terus "Melestarikan Pendidikan Terbilang"


Surat Pekeliling Iktisas Bil 11 Tahun 2010 - Pelaksanaan KSSR Tahap 1,2011

Selanjutnya klik

Jadual Temuduga iGPK32


Sebarang Masalah/Pertanyaan berkaitan temuduga di atas sila hubungi Urusetia Panel:-
  1. En.Jelani bin Sulong - Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah ,JPN Terengganu (096213111/0199300202)
  2. En.Mat Lazim Noor - Penyelia Kanan Unit Pengurusan Sekolah Rendah,JPN Terengganu (096213109/0199505195)

Tuesday, November 9, 2010

Taklimat Perancangan Kecemerlangan Pendidikan Terengganu

"JPN Terengganu bukan hak saya tetapi hak kita bersama. Justru saya mengajak tuan-tuan dari Majlis Pengetua Sekolah Terengganu dan Majlis Guru Besar Terengganu bersama merangka dan membina perancangan kecemerlangan pendidikan. Saya ingin merealisasikan konsep pengurusan "bottom to top" bagi "Melestarikan Pendidikan Terbilang", kata Pengarah Pelajaran Terengganu,En.Razali Daud sewaktu menyampaikan ucap utama dalam Taklimat Perancangan Kecemerlangan Pendidikan Terengganu. Taklimat berkenaan bermula 8-10 November 2010 di Renaissance Hotel,Kota Bharu.

Para peserta taklimat ini terdiri daripada semua Ketua Sektor,Semua PPD dan tujuh puluh orang pengetua dan tujuh puluh orang guru besar seluruh negeri Terengganu. Semua peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi membina perancangan strategik dan tektikal berasaskan kerangka konseptual ucap utama pengarah.

Antara asas pertimbangan dalam perancangan ini adalah berasaskan konsep terbilang  bagaimana untuk melahirkan :
  • murid / pelajar terbilang
  • guru terbilang
  • pengurusan terbilang
  • staf terbilang
  • komuniti terbilang
  • sekolah terbilang
Selain dari itu perancangan itu mengambil kira dasar-dasar baru seperti NKRA,KPI,Sekolah Berprestasi Tinggi,Star Rating dan sebagainya.

Pengarah Pelajaran Terengganu dalam ucapannya juga mencadangkan semua sekolah sebelum tutup dan buka tahun depan mengadakan sembahyang hajat bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan. Selain dari itu pada tahun depan 10 minit pertama pihak sekolah perlu mengadakan bacaan al-Quran sebagai usaha mendidik jiwa anak-anak kita.

Akhirnya beliau menyarankan agar pengurusan kita dan juga pengurusan mengambil beberapa pendekatan baru sebagaimana berikut:
  • From problem focus to solution focused 
  • From dictating goals to aligning goals 
  • From giving advice to generating awareness 
  • From knowing all to being curious  
  • From directing to influencing  
  • From criticizing/punishing to acknowledging/praising 
  • From managing to empowering   
  • From providing solution to exploring possibilities 
  • From demanding to requesting

Sunday, November 7, 2010

Kursus Orientasi Guru Baru (j-Qaf) 2010

Unit Pengurusan Sekolah Rendah telah melaksanakan Kursus Orientasi Guru Baru (j-Qaf) yang ditempatkan pada 2010 bermula 7 - 9 November 2010 di Cerating Bay Resort,Pahang.Seramai 168 orang guru J-Qaf telah dipanggil untuk mengikuti kursus berkenaan. Perbelanjaan kursus berkenaan diperuntukkan oleh KPM melalui subwaran khas.

Antara lain tujuan kursus ini adalah memberi pendedahan dan kefahaman kepada guru-guru berkenaan mengenai perkhidmatan,pengurusan,prospek kerjaya,tatakelakuan dan motivasi.Kita berharap        melalui pendedahan ini mereka dapat menentukan hala tuju dan menyediakan diri sebagai guru yang berkualiti.

Ketua Unit Rendah,En.Jelani Sulong dalam ucapannya berharap semua guru j-Qaf sentiasa bersyukur dan muhasabah diri serta menginsafi dengan nikmat yang diperolehi.Berbanding dengan rakan mereka guru PAI yang sekian lama berkhidmat di luar tapi masih tidak dapat balik ke Terengganu. Bagi sesi pertukaran 1 Jan 2011 tiada guru agama diluluskan masuk dan hanya dua orang sahaja guru j-Qaf yang dapat masuk ke Terengganu. Selain dari itu, jawatan yang mereka perolehi adalah rahmat kerana orang lain diujudkan jawatan atas subjek tetapi j-Qaf yang merupakan program tetapi diberi perjawatan yang khusus.

Input-input kursus ini akan disampaikan oleh Penyelaras j-Qaf Negeri , oleh Ketua Unit,Sektor Rendah,Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,KPM dan juga Pegawai Kanan Jabatan Pelajaran Negeri. Kita sangat yakin dan berharap semua guru j-Qaf dapat memberi sepenuh iltizam dan komitment dalam kursus ini.Kejayaan sut peranan guru j-Qaf ialah tahap mana pencapaian murid kita dalam jawi,Al-Quran dan fardu ain.

Download bahan kursus
Nota ucapan KU UR BPSH
Powerpoint Ucapan KU Rendah JPNT


Perhimpunan Khas Jabatan

"Doakanlah kepada saya,agar saya menjadi pemimpin yang baik,tulus dan telus menjalankan amanah sebagai Pengarah Pelajaran Terengganu dan tegurlah saya secara berhemah jika ada perkara yang tidak betul saya lakukan " kata En.Razali Daud,Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu di perhimpunan khas dengan warga Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu sempena pelantikan beliau sebagai pengarah pelajaran yang baru pagi tadi.Turut hadir pada perhimpunan khas berkenaan ialah Ketua-ketua Sektor,Ketua Penolong Pengarah dan semua pegawai serta kakitangan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Pada majlis yang sama beliau,turut memaklumkan cadangan bahawa Tuan Haji Salleh bin Busu sebagai Timbalan Pengarah. Beliau juga menyatakan dengan jelas dari segi hiraki kekanan pegawai dan akan melakukan sedikit rombakan  yang bersesuaian demi kebaikan dan kebajikan pegawai terlibat dan penerusan hala tuju kecemerlangan pendidikan Terengganu.Beliau berpesan supaya pada masa depan mana-mana majlis besar anjuran jabatan hendaklah Timbalan Pengarah dijemput sama hadir.

Beliau berulang kali menyebut tentang amanah yang perlu dilaksanakan dengan jelas dan cemerlang oleh semua pegawai dan kakitangan serta bekerja sebagai satu keluarga dengan mengenepi dan menghindarkan kronisme serta penyakit yang merosakkan organisasi. Beliau berharap dengan nilai-nilai baik dan integriti tinggi Jabatan Pelajaran Terengganu akan lebih dihormati dan disegani.

Friday, November 5, 2010

Renungan Jumaat - Doa Melembutkan Hati Anak / Suami / Isteri


Tafsirnya: “ِAllah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.”


Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.
Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

Di sini, kita berkongsi antara doa-doa yang patut diamalkan dalam menangani kerenah anak sendiri.

Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir 'Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.

Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. ”

Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.

Selepas solat lima waktu,amalkand oa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”

Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin.

Sumber : http://whenmayend.fotopages.com

Thursday, November 4, 2010

Pendekatan dan Penyelesaian isu Guru 2S

Pengarah Pelajaran Terengganu,En.Razali Daud menegaskan bahawa beberapa pendekatan baru akan dilaksanakan bagi menangani isu Guru 2S (Sakit tapi Sihat). Guru 2S bermaksud guru yang "sakit" dari segi sikap tetapi sihat dari segi fizikalnya. Mereka kerana sikap yang negatif tidak kominted,bermasalah dan mempunyai performance yang sangat rendah kurang memberi sumbangan kepada kerjaya dan pendidikan

Antara pendekatan dan tindakan yang akan dilaksanakan;
  • Mengingatkan PPD agar tidak menempatkan mereka ini di satu sekolah yang sama
  • Menukar ke luar daerah di sekolah yang berdekatan PPD
  • Pemantauan berterusan oleh PPD dan Pegawai Perhubungan Sekolah
  • Terakhir mengambil tindakan tatatertib
Pengarah Pelajaran Terengganu menyatakan perkara tersebut semasa ucap utama Mesyuarat Pertukaran Berpusat Peringkat Jabatan Pelajaran Negeri di Shahzan Inn,Kuantan,pada 2 - 4 November. Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan Ketua Sektor dan wakil,semua Pegawai Pelajaran Daerah,Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah,Penolong PPD Pengurusan Sekolah,Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah,Pegawai-pengawai Unit Sekolah Menengah dan Rendah.

Beliau juga menegaskan agar guru-guru yang kerap meninggalkan sekolah kerana dipanggil melaksanakan aktiviti di peringkat PPD atau JPN dikaji semula.Selain dari itu penyeliaan akedemik guru tidak lagi difokus kepada bagaimana guru mengajar tetapi akan lebih difokus kepada penmantau dan penyeliaan kerjabuat pelajar. Mengenai pertukaran atau pergerakan guru beliau mahu perkara berikut diberi perhatian;

  • memastikan berlaku kesimbangan jumlah body dan opsyen mencukupi semua daerah
  • memastikan arahan KPM untuk pelaksanaan dasar MBMMBI berjalan lancar di mana murid Tahun 1 Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diajar oleh guru yang mempunyai opsyen subjek berkenaan
  • guru-guru yang mengajar melebihi 10 atau 15 tahun perlu digerak atau redeployment bagi memperkasakan sekolah terutama di sekolah elit dan primier
  • mengambil kira jantina semasa penempatan atau pertukaran agar berlaku kesimbangan gender
  • memastikan matlamat sut dari pertukaran dan penempatan guru ialah semua murid dapat belajar dengan sempurna
Selain daripada itu beberapa pendekatan baru akan dilaksanakan mengenai kenaikan pangkat dan pengurusan sekolah. Antaranya;
  • mengelakkan guru yang sama naik pangkat di sekolah yang sama
  • mengkaji dan merombak struktur pengurusan sekolah agar berlaku kesesuaian dari gander
  • Pengetua dan Guru Besar yang sudah berada lima tahun di sesuatu sekolah tetapi tidak perform akan disusun semula dan PPD membuat cadangan
  • Penubuhan panel penilai,temuduga dan beberapa pendekatan lagi akan digunakan dalam proses pemilihan Pengetua, Guru Besar dan GPK bagi menentukan kelayakan dan kesesuaian
  • PPD perlu melibatkan Majlis Pengetua dan Majlis Guru Besar di daerah masing
  • PPD dan Ketua Jabatan JPN dapat mencalonkan segera pengawai DG44 dan DG48 untuk diberi latihan kepimpinan sebagai proses "grooming" barisan pemimpin pelapis


Tuesday, November 2, 2010

Tahniah Pengarah Pelajaran Terengganu





11 sekolah ditutup hari ini

KANGAR 1 Nov. - Sebelas buah sekolah di Perlis ditutup berikutan banjir yang melanda negeri ini. Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat berkata, tujuh sekolah rendah dan empat sekolah menengah yang terletak di sekitar kawasan Parlimen Padang Besar dan Arau itu ditutup kerana paras air yang semakin meningkat.

Tujuh sekolah rendah yang terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Panggas, SK Bukit Keteri, SK Arau, SK Padang Melangit, SK Santan, SK Tengku Budriah dan SJK(C) Hua Aik, katanya kepada Bernama di sini, malam ini.

Empat sekolah menengah yang turut ditutup ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Arau, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Sheikh Ahmad, SMK Arau dan Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Madrasah Al-Alawiyah Addiniah, Arau.

Mansor berkata, kesemua sekolah terbabit hanya akan ditutup esok dan keputusan sama ada tempoh penutupan itu akan dilanjutkan bergantung kepada keadaan banjir.

"Pada masa ini kami hanya buat keputusan untuk menutup sekolah-sekolah itu esok," katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan jumlah pelajar dan guru yang terbabit dengan penutupan sekolah itu.
Sebanyak tujuh buah sekolah telah dijadikan pusat pemindahan banjir termasuk SK Titi Tinggi, SMK Datuk Jaafar Hassan dan SK Batu Bertangkup.

Hujan yang berlaku sejak lebih 24 jam lalu berlarutan sehingga malam ini dan pasukan penyelamat melakukan rondaan bagi tugas menyelamat di kawasan-kawasan terbabit.
Setakat ini, lebih 1,000 penduduk telah dipindahkan ke 12 buah pusat pemindahan banjir. - BERNAMA

Komen admin:
Musim banjir telah tiba.Sekolah-sekolah di negeri-negeri yang sering dilanda banjir seperti Pahang,Terengganu,Kelantan,Johor pastinya telah bersiap sedia dengan pelan kontijensi menghadapi banjir terutama bagi pelajar mereka yang akan menghadapi peperiksaan. Jika dalam pengurusan kita "sense of urgency" menjadi amalan bukannya "sense of emergency" maka semuanya akan berjalan dengan baik. Para ibubapa juga mesti mengawal anak-anak yang seronok bermain banjir agar keseronokan itu tidak bertukar menjadi tragedi,.