Sunday, November 7, 2010

Perhimpunan Khas Jabatan

"Doakanlah kepada saya,agar saya menjadi pemimpin yang baik,tulus dan telus menjalankan amanah sebagai Pengarah Pelajaran Terengganu dan tegurlah saya secara berhemah jika ada perkara yang tidak betul saya lakukan " kata En.Razali Daud,Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu di perhimpunan khas dengan warga Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu sempena pelantikan beliau sebagai pengarah pelajaran yang baru pagi tadi.Turut hadir pada perhimpunan khas berkenaan ialah Ketua-ketua Sektor,Ketua Penolong Pengarah dan semua pegawai serta kakitangan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Pada majlis yang sama beliau,turut memaklumkan cadangan bahawa Tuan Haji Salleh bin Busu sebagai Timbalan Pengarah. Beliau juga menyatakan dengan jelas dari segi hiraki kekanan pegawai dan akan melakukan sedikit rombakan  yang bersesuaian demi kebaikan dan kebajikan pegawai terlibat dan penerusan hala tuju kecemerlangan pendidikan Terengganu.Beliau berpesan supaya pada masa depan mana-mana majlis besar anjuran jabatan hendaklah Timbalan Pengarah dijemput sama hadir.

Beliau berulang kali menyebut tentang amanah yang perlu dilaksanakan dengan jelas dan cemerlang oleh semua pegawai dan kakitangan serta bekerja sebagai satu keluarga dengan mengenepi dan menghindarkan kronisme serta penyakit yang merosakkan organisasi. Beliau berharap dengan nilai-nilai baik dan integriti tinggi Jabatan Pelajaran Terengganu akan lebih dihormati dan disegani.

No comments:

Post a Comment