Monday, November 29, 2010

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Baru Tahun 2010


Unit Pengurusan Sekolah Rendah ,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah menganjurkan kursus berkaitan kepada semua Guru Besar dan Penolong Kanan yang baru dilantik di Hotel  Crown Garden,Kota Bharu bermula 28 hingga 30 November 2010.Kebanyakan Guru Besar ialah mereka yang dilantik pada tahun 2009 dan 2010. Manakala Guru Penolong Kanan pula ialah mereka yang dilantik pada tahun 2010 sama ada melalui pemangkuan atau pengisian daripada DGA32(KUP) Time Base.

Tujuan utama kursus ini ialah untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada pengurus sekolah ini tentang beberapa bidang dan pengetahuan asas pengurusan sekolah. Bidang-bidang berkenaan seperti pengurusan kurikulum,pengurusan kokurikulum pengurusan kewangan,pengurusan cuti,pengurusan murid bukan warganegara di samping sesi porkongsian pengalaman pengurusan dengan Majlis Guru Besar Negeri Terengganu. Selain daripada itu kursus ini juga bertujuan untuk terus mengekalkan reputasi Guru Besar dan GPK sebagai pasukan pengurusan berwibawa dan berintegriti melalui ilmu dan amalan nilai yang positif.

Unit Pengurusan Sekolah Rendah juga berharap melalui program ini pengurusan sekolah rendah negeri Terengganu akan lebih memahami peranan dan tugas mereka serta saluran strategik yang boleh dimanafaatkan bagi membantu mereka sama ada di peringkat PPD atau JPN.Kita juga berharap beberapa bidang pengurusan seperti kewangan dan kurikulum umpamanya akan lebih baik dan dapat dikekalkan prestasinya. Adalah tidak mustahil untuk kita sasarkan pada tahun hadapan 100% sekolah mendapat audit tanpa berteguran  bila audit sekarang kita memperolehi 99.7%. Begitu juga kita boleh mencapai 20% semua A dalam UPSR bila tahun ini kita perolehi 15.4% terbaik pencapaian semua A seluruh negara selama sepuluh tahun berturut-turut. Jika daerah Besut tahun ini boleh mecapai 21% semua A maka daerah lain juga boleh mencapainya.

Semoga dengan ilmu dan kefahaman mendalam tentang kerjabuat kita,kita akan pasti mampu untuk terus “Melestarikan Pendidikan Terbilang” 

Bahaan kursus sila klik di sini

4 comments:

  1. GPK Lantikan SekolahNovember 30, 2010 at 9:23 AM

    TAHNIAH kepada Semua GB & GPK Lantikan JPNT yang baru.... Semoga kursus yg dihadiri dapat dimanafaatkan.. Jangan jadi seperti yg lalu & Sekarang, GPK seperti tak dop ilmu & pendirian.... Saya lantikan GPK lantikan sekolah dah nak masuk 6 tahun, tp belum pernah diberikan kursus pentadbiran sebagai GPK Kokurikulum.. Kalu ikutkan kami menanggung tugas sama seperti GPK lantikan JPNT, malah masa mengajar kami lebih banyak tanpa elaun walaupon kekadang kelulusan kami lebih tinggi daripada GB... Sekurang2nya panggillah kami sekali sekali terutama GPK Ko... Kalau GPK lain rasanya sentiasa ada kursus jer.... Seolah2 GPK Ko Lantikan Srkolah ni dop penting jer....

    ReplyDelete
  2. Tahniah di atas website yang begitu terkini dan penuh dengan maklumat.Saya sering melawat website ini. Ini adalah antara website JPN yang sangat berinformasi dan sering up to date. Ng. Terengganu deserved to be one of the best in the country by the way you all works. Budaya kerja, wawasan always have been the best.Tahniah. Saya bukan orang Terengganu dan pernah mengajar setahun sahaja di Terengganu in 1987 ..posting yang pertama. Tetapi the memori there is the best.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih di atas penganjuran taklimat tersebut, banyak input yang diperoleh.
    Cadangan : Adakan aktiviti bengkel supaya peserta lebih mudah memahami; seperti bengkel Penyediaan Perancagan Strategik dan seumpamanya.
    Sekali lagi terima kasih dan tahniah diucapkan kepada Unit Rendah JPNT...semoga lebih banyak kursus/taklimat/bengkel secara berfokus dapat diadakan pada tahun 2011.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas cadangan para sahabat.Saya sangat faham tentang beban tugas rakan PK lantikan sekolah di SKM.Dari segi perjawatan kedudukan PK SKM adalah dalam norm so masa mengajar mereka banyak. Apa tahniah kerana dedikasi anda,insyaalah jika ada peruntukan masa hadapan kita akan laksanakan kursus untuk sahabat PK lantikan sekolah atau SKM ini.

    Terima kasih atas sokongan anda semua untuk menjadikan blog ini sebagai wahana dan wacana ilmu yang boleh dimanafaatkan.

    ReplyDelete