Thursday, September 30, 2010

Dakwaan Jawapan Bocor UPSR Terengganu..kah..kah..kah



Tiap tahun ada saja dakwaan tentang soalan UPSR bocor di Terengganu. Terbaharu ada pula dakwaan "jawapan UPSR" bocor di Terengganu. Sesekali terasa amat panas dan sakitnya hati dan telinga bila mendengar dakwaan-dakwaan yang tidak berasas ini.Soalah-olah masa dan tenaga yang dicurahkan oleh para pendidik siang-malam untuk kecemerlangan pendidikan Terengganu tidak berguna langsung.Apalagi dakwaan terbaharu mengatakan "jawapan bocor" yang dilakukan oleh JPN sendiri. Masyaalah seolah-olah pegawai-pegawai di JPN telah awal-awal membuka kotak soalan kemudian menyediakan jawapan untuk diberi kepada murid supaya dapat menjawab bagi mempertahankan keputusan dan kecemerlangan UPSR Terengganu.Seolah-olah integriti pegawai JPN tiada sama sekali walaupun telah bersumpah dan menandatangani Akta Rahsia Rasmi.Begitu juga seolah-olah Ketua Pegawas dan pengawas peperiksaan yang juga menandatangani Akta Rahsia Rasmi turut bersekongkol melaksanakan agenda penipuan besar-besaran.Masyaalah!

Kita kadang terasa serba salah untuk menjelaskan. Namun kalau tidak dijelas dengan analitik diam membisu seakan dikatakan benar kerana fahaman budaya bahawa "diam" itu setuju. Kalau dijelaskan nanti orang kata sombong,bongkak dan nak "nyohor". Apapun kita rujuk kepada kumpulan manusia berikut untuk dijadikan asas dan pertimbangan:
  • Tidak tahu bahawa dia tidak tahu - orang gila
  • Tahu bahawa dia tidak tahu - orang ini perlu belajar
  • Tidak tahu bahawa dia tahu - orang alpa perlu diperingatkan
  • Tahu bahawa dia tahu - orang yang bijak dan perlu dicontohi
Berasaskan kategori di atas kita letakkan sepesis manusia yang suka mendakwa bocor-bocor ini dan yang sewaktu dengannya dalam kategori kedua dan ketiga. Mereka perlu diajar dan belajar supaya lebih bijaksana dan bijaklaksana.

Setiap tahun kerjaan negeri Terengganu melalui Program Terengganu Terbilang telah menyediakan peruntukan yang besar untuk Aktiviti Kecemerlangan Peperiksaan Awam (UPSR,PMR,SPM,STPM) Aktiviti-  aktiviti Kecemerlangan Peperiksaan Awam termasuklah pembinaan modul kurikulum peperiksaan,pembinaan soalan ujian bulanan,percubaan dan tambahnilai,program bimbingan kelas intensif dan kem-kem menjawab soalan dan motivasi pelajar dan ibubapa dan pelbagai lagi.

Bahan-bahan ini dibina khas oleh pasukan guru yang mempunyai kepakaran dalam mata pelajaran,pengajaran-pembelajaran,pemeriksaan kertas peperiksaan yang dipanggil Angkatan Kerja Rajin Dan Mulia (AKRAM) bagi semua peringkat peperiksaan UPSR,PMR ,SPM dan STPM.Bahan-bahan bukan dibina secara "cut and paste" tetapi digubal berdasar kurikulum dan parten soalan-soalan UPSR terdahulu.Berasaskan JPU yang ketat serta aras keupayaan pelajar atau murid. Soalan yang seiras UPSR ini diberi penudingan dan latihtubi dengan volume kerja yang besar supaya murid mahir. Pencapaian mereka diaudit berasaskan OTI (Operational Target Incremantel).Setiap murid diuji untuk mendapat TOV (Take Of value).Memperolehi TOV yang sebenar murid dinilai dengan lima cara termasuk ujian soalan UPSR sebenar dan juga pemerhatian guru.Dari TOV inilah murid dipecut pencapaian melalui operasi yang dikenali OTI.

Sebelum OTI setiap murid telah ada TOV dan berasaskan TOV itu ditentukan target atau ETR (Expected Target Result) Selepas OTI dilaksanakan  dilihat pula ATR (Actual Target Result) sama ada capai atau tidak ETR. Jika tidak mencapai ,analisis item soalan dibuat untuk melihat di bahagian mana murid lemah supaya dapat diberi bantuan berfokus.Inilah strategi UPSR Terengganu yang jarang orang di luar pendidikan tahu. Mereka hanya mahu result tapi mereka tidak tahu bagaimana proses dilaksanakan. Justru kalau kita tidak tahu lebih baik diam daripada bercakap yang menampakkan kedangkalan kita sendiri.

Harus diingat pasukan guru AKRAM adalah mereka yang pakar tentang kurikulum peperiksaan,pengubalan soalan dan juga sebagai pemeriksa. Adalah normal bila soalan yang digubal mempunyai piawaian dan standard soalan peperiksaan sebenar dan jika soalan hampir-hampir sama keluar adakah itu dikatakan soalan"bocor" ataupun teknik penulisan berdasarkan soalan yang mereka gubal disusun atau dihafal murid dan digunakan bagi menjawab soalan yang hampir tepat ramalannya dianggap sebagai jawapan yang "bocor". Kalau fenomena begini dierti serta dimaknakan sebagai BOCOR eloklah "Iqra" dengan banyak dan mendalam lagi.

Setiap tahun negeri-negeri seluruh negara sangat mengingini soalan-soalan ujian bulanan,percubaan dan tambahnilai dari negeri Terengganu. Kalau mereka tidak mempercayai keupayaan dan integriti kita buat apa mereka mahu soalan kita dan datang melawat serta berguru kepada sipenipu.Adakah peningkatan pencapaian calon 5A UPSR yang 100% anak Terengganu dalam PMR di sekolah premier,elit,smka juga kerana soalan bocor dan jawapan bocor atau kerana mereka memang dididik dengan sempurna dalam sistem pendidikan dan peperiksaan  .Ataupun sememang disengajakan "dibocor" mulut mereka membuat dakwaan sedemikian kerana agenda tertentu. Hanya Allah jua yang tahu akan niatnya.

Saya percaya pegawai-pegawai di JPN,pemimpin sekolah dan guru-guru mata pelajaran peperiksaan dan guru-guru AKRAM dan semua guru Terengganu telah muak dan "kalih" dengan dakwaan dangkal seperti ini dan ianya tidak sedikitpun melemahkan semangat serta dayajuang para pendidik untuk mendidik anak bangsa kerana kita sedar merekalah pewaris kita pada masa hadapan.Kita pasti mahu meninggal pewaris yang menjuarai dalam pelbagai bidang sesuai dengan fitrah dan misi kemenjadian diri mereka sendiri bukannya meninggalkan juara-juara yang kalah untuk menjadi abdi kepada kaum penipu.

Apakah pandangan guru-guru Terengganu  kita ?

*Ini adalah pandangan penulis (admin) bukan pandangan JPN Terengganu.Penulis pernah menjadi guru subjek,mengajar kelas peperiksaan,menjadi ketua pengawas dan menjadi guru gpk dan guru besar.






7 comments:

  1. Demi Allah Yang Maha Mengetahui...

    Saya dengan ini mengakui...bahawa isu "Jawapan Bocor" memang ada kesnya, tetapi takan ada orang yg sanggup untuk tampil mengakui secara jujur dan ikhlas....

    Hanya Allah saja yang akan menunjukkan hakikat sebenar suatu hari nanti....Insya Allah.

    ReplyDelete
  2. Salam buat tuan rumah,

    Maaf kerna terpaksa tidak bersetuju dengan pendapat tuan...memang wujud kejadian 'soalan bocor' yang datangnya dari warga pendidik...buktinya harap tuan dapat mencari sendiri dikawasan yang terlibat (pastinya tuan telah dapat ketahui kawasan mana yg terlib

    Dek kerana sebahagian kecil warga pendidik yg tidak amanah, habis satu negeri terconteng arangnya, maaf buat semua warga pendidik yg berdedikasi...Hanya allah yg membalas jasa tuan mendidik anak2 kami sekalian...ammen.

    ReplyDelete
  3. Tuan,
    Saya juga dimaklumkan oleh guru ada kes kebocoran jawapan atau seakan sama dengan soalan sebenar. Ada mendakwa mendapatnya melalui sms dan email yang dikirim oleh rakan dari negeri lain seperti sebelah utara tanah air.

    Memang setiap tahun berlaku sedemikian jadi sebagai guru subjek mp peperiksaan pasti dijadikan saolan sport terakhir oleh murid

    Tuduhan kerja-kerja ini dilakukan oleh pegawai JPN Terengganu adalah keterlaluan kerana sesiapa sahaja yang membina,mengurus,mencetak soalan ini juga berpotensi membocorkan soalan seperti mana kes-kes kebocoran sebelum ini.

    Inilah bahana bila kita terlalu exam oriented.Maka penghapusan UPSR dan PMR oleh kerajaan menjadi semakin relevan ...

    Tahniah kepada guru yang sentiasa tinggi integriti dan dedikasi.

    ReplyDelete
  4. jawapan bocor???
    pe nk jadi gan sek2 tganu nie..
    kejar sgt pretasi..dunia3
    smpaikan snggup menipu..
    Kerana nak nama punya pasal, bohong pun, bohonglah. asalkan gah di mata orang biar bodoh pun di mata sendiri...fikir-fikir kan lah..
    jd 11 taun bturut-turut pgang rsult upsr xguna langsung la lau kejenye penipu kan...

    ReplyDelete
  5. jwpn @soalan x bocor???? kah kah kah kah 1000x

    ReplyDelete
  6. Ini adalah pandangan penulis (admin) bukan pandangan JPN Terengganu.Penulis pernah menjadi guru subjek,mengajar kelas peperiksaan,menjadi ketua pengawas dan menjadi guru gpk dan guru besar.


    pengalaman admin sangat luas dlm bidang pendidikan tahniah.........
    beranikah admin bersumpah laknat tidak pernah jumpa soalan atau jwpn bocor semasa menjawat jawatan yg disebutkan????????????

    ReplyDelete
  7. dapat result gemapak2 kat terengganu rupanya tipu belaka..soalan bocor rupanya..kepada bahagian sbp dan mrsm sila take note..untuk calon dari terengganu utk memohon sbp/mrsm sila buat tapisan ketat..pastikan yang betul2 layak berjaya ke sekolah hebat ni..rugi la masuk sekolah sbp/mrsm tp rupanya sbb soalan bocor..patut la ramai lepasan mrsm/sbp sekarang masuk kolej kejururawatan la, kolej pembantu perubatan la, politeknik la..sepatutnya masuk sekolah hebat jadi doktor ke, farmasi ke, jurutera ke, ahli sains..aper nak jadi dengan cikgu kat terengganu ni..tak kecian ke dengan nasib calon lain yang betul2 berusaha sendiri bukan tipu2 ni

    ReplyDelete