Thursday, November 4, 2010

Pendekatan dan Penyelesaian isu Guru 2S

Pengarah Pelajaran Terengganu,En.Razali Daud menegaskan bahawa beberapa pendekatan baru akan dilaksanakan bagi menangani isu Guru 2S (Sakit tapi Sihat). Guru 2S bermaksud guru yang "sakit" dari segi sikap tetapi sihat dari segi fizikalnya. Mereka kerana sikap yang negatif tidak kominted,bermasalah dan mempunyai performance yang sangat rendah kurang memberi sumbangan kepada kerjaya dan pendidikan

Antara pendekatan dan tindakan yang akan dilaksanakan;
  • Mengingatkan PPD agar tidak menempatkan mereka ini di satu sekolah yang sama
  • Menukar ke luar daerah di sekolah yang berdekatan PPD
  • Pemantauan berterusan oleh PPD dan Pegawai Perhubungan Sekolah
  • Terakhir mengambil tindakan tatatertib
Pengarah Pelajaran Terengganu menyatakan perkara tersebut semasa ucap utama Mesyuarat Pertukaran Berpusat Peringkat Jabatan Pelajaran Negeri di Shahzan Inn,Kuantan,pada 2 - 4 November. Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan Ketua Sektor dan wakil,semua Pegawai Pelajaran Daerah,Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah,Penolong PPD Pengurusan Sekolah,Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah,Pegawai-pengawai Unit Sekolah Menengah dan Rendah.

Beliau juga menegaskan agar guru-guru yang kerap meninggalkan sekolah kerana dipanggil melaksanakan aktiviti di peringkat PPD atau JPN dikaji semula.Selain dari itu penyeliaan akedemik guru tidak lagi difokus kepada bagaimana guru mengajar tetapi akan lebih difokus kepada penmantau dan penyeliaan kerjabuat pelajar. Mengenai pertukaran atau pergerakan guru beliau mahu perkara berikut diberi perhatian;

  • memastikan berlaku kesimbangan jumlah body dan opsyen mencukupi semua daerah
  • memastikan arahan KPM untuk pelaksanaan dasar MBMMBI berjalan lancar di mana murid Tahun 1 Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diajar oleh guru yang mempunyai opsyen subjek berkenaan
  • guru-guru yang mengajar melebihi 10 atau 15 tahun perlu digerak atau redeployment bagi memperkasakan sekolah terutama di sekolah elit dan primier
  • mengambil kira jantina semasa penempatan atau pertukaran agar berlaku kesimbangan gender
  • memastikan matlamat sut dari pertukaran dan penempatan guru ialah semua murid dapat belajar dengan sempurna
Selain daripada itu beberapa pendekatan baru akan dilaksanakan mengenai kenaikan pangkat dan pengurusan sekolah. Antaranya;
  • mengelakkan guru yang sama naik pangkat di sekolah yang sama
  • mengkaji dan merombak struktur pengurusan sekolah agar berlaku kesesuaian dari gander
  • Pengetua dan Guru Besar yang sudah berada lima tahun di sesuatu sekolah tetapi tidak perform akan disusun semula dan PPD membuat cadangan
  • Penubuhan panel penilai,temuduga dan beberapa pendekatan lagi akan digunakan dalam proses pemilihan Pengetua, Guru Besar dan GPK bagi menentukan kelayakan dan kesesuaian
  • PPD perlu melibatkan Majlis Pengetua dan Majlis Guru Besar di daerah masing
  • PPD dan Ketua Jabatan JPN dapat mencalonkan segera pengawai DG44 dan DG48 untuk diberi latihan kepimpinan sebagai proses "grooming" barisan pemimpin pelapis


No comments:

Post a Comment