Tuesday, November 9, 2010

Taklimat Perancangan Kecemerlangan Pendidikan Terengganu

"JPN Terengganu bukan hak saya tetapi hak kita bersama. Justru saya mengajak tuan-tuan dari Majlis Pengetua Sekolah Terengganu dan Majlis Guru Besar Terengganu bersama merangka dan membina perancangan kecemerlangan pendidikan. Saya ingin merealisasikan konsep pengurusan "bottom to top" bagi "Melestarikan Pendidikan Terbilang", kata Pengarah Pelajaran Terengganu,En.Razali Daud sewaktu menyampaikan ucap utama dalam Taklimat Perancangan Kecemerlangan Pendidikan Terengganu. Taklimat berkenaan bermula 8-10 November 2010 di Renaissance Hotel,Kota Bharu.

Para peserta taklimat ini terdiri daripada semua Ketua Sektor,Semua PPD dan tujuh puluh orang pengetua dan tujuh puluh orang guru besar seluruh negeri Terengganu. Semua peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi membina perancangan strategik dan tektikal berasaskan kerangka konseptual ucap utama pengarah.

Antara asas pertimbangan dalam perancangan ini adalah berasaskan konsep terbilang  bagaimana untuk melahirkan :
  • murid / pelajar terbilang
  • guru terbilang
  • pengurusan terbilang
  • staf terbilang
  • komuniti terbilang
  • sekolah terbilang
Selain dari itu perancangan itu mengambil kira dasar-dasar baru seperti NKRA,KPI,Sekolah Berprestasi Tinggi,Star Rating dan sebagainya.

Pengarah Pelajaran Terengganu dalam ucapannya juga mencadangkan semua sekolah sebelum tutup dan buka tahun depan mengadakan sembahyang hajat bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan. Selain dari itu pada tahun depan 10 minit pertama pihak sekolah perlu mengadakan bacaan al-Quran sebagai usaha mendidik jiwa anak-anak kita.

Akhirnya beliau menyarankan agar pengurusan kita dan juga pengurusan mengambil beberapa pendekatan baru sebagaimana berikut:
  • From problem focus to solution focused 
  • From dictating goals to aligning goals 
  • From giving advice to generating awareness 
  • From knowing all to being curious  
  • From directing to influencing  
  • From criticizing/punishing to acknowledging/praising 
  • From managing to empowering   
  • From providing solution to exploring possibilities 
  • From demanding to requesting

No comments:

Post a Comment