Dalam entri kali ini,saya ingin berkongsi pengalaman benar yang kami perolehi semasa temuduga iGPK32 yang baru lalu tentang persepsi para guru yang ditemuduga tentang ciri-ciri Pengurus Sekolah yang hebat,yang berkesan dan yang dikehendaki oleh para pengikut di sekolah (guru,murid dan juga ibubapa).Antaranya saya dapat rumuskan seperti berikut:
- Pengurus Sekolah mesti memiliki ilmu yang mencukupi - ada sesetengah mereka mendakwa daripada pengalaman terdapat pengurus sekolah yang tidak tahu banyak perkara.Apabila guru merujuk masalah kepada mereka,mereka meminta guru sendiri mencari jalan penyelesaian. Apabila tersilap atau tidak memenuhi keinginan mereka,gurulah yang akan menjadi mangsa. Impaknya mereka tidak disukai dan akan dijauhi.
- Pengurus Sekolah mesti berlaku adil - setiap orang adalah penting.Every body is some body. Oleh itu dakwa mereka semua guru harus dilayan sama adil dalam apa keadaan sekalipun tanpa perlu ada klik atau "gender bias" atau "geng bias"
- Pengurus Sekolah mesti menjadi perancang yang bijak - "If you fail to plan,that mean you plan to fail".Mejoriti bakal-bakal GPK yang ditemuduga tidak suka pengurus sekolah tidak merancang dengan baik dan tiada hala tuju. Mereka tidak "berahi" buat kerja "ad-hoc" kerana kerja begini menjadi "rohak". Mesyuarat atau taklimat "tukor-bimba". Kadang nama mesyuarat tetapi pelaksanaan menjadi taklimat yang lama,membosankan dan tidak fokus.
- Pengurus Sekolah Cekap Membuat Keputusan - banyak keputusan segera dan tepat perlu dibuat setiap hari,setiap masa. Namun ada pengurus sekolah yang sangat lemah membuat keputusan sehingga memberi tekanan dan beban kepada guru untuk melaksanakannya.
- Pengurus Sekolah mesti mempunyai komunikasi yang baik dan berkesan - ramai sangat bersetuju dengan perkara ini kerana dakwa mereka komunikasi yang baik dan berkesan akan meningkat motibvasi,rasa hormat serta keseronokan bekerja.Mereka tidak suka pengurus sekolah yang hanya tahu mengarah,berleter atau marah yang tidak padan dengan kesalahan atau tempat.
- Pengurusan Sekolah mesti menunjukkan tauladan - mereka amat menghormati pengurus yang cakap serupa bikin. Kalau pengurus mahu tepat masa,mereka perlu menunjukkan contoh.Begitu juga dalam perkara-perkara lain.
- Pemimpin Rujukan - Pemimpin dan Kepimpinannya sentiasa dirujuk,dicontohi,diikuti biarpun dia telah tiada lagi kerana nilai,ilmu dan stailnya yang hebat dan penuh kebijaksanaan
- Pemimpin Siaran - pemimpin yang hanya tahu bercakap tetapi tidak tahu berbuat.Jahil dan tidak berilmu.
- Pemimpin Sialan - pemimpin yang diberi amanah tetapi mengkhianati. Membawa kehancuran kepada organisasi,huru-hura dan porak-peranda.
Terima kasih atas info yang menarik. Semoga ia menjadi panduan dalam membentuk sebuah pengurusan yang baik dan mantap terutama dalam perhubungan antara staf dan pihak pentadbiran.
ReplyDeleteSatu tazkirah yg berguna. Justeru dicadangkan kepada calon2 yang hendak ditarik ke PPD atau Jabatan sewajarnya dari kalangan mereka yang pernah menjadi pengurus sekolah. Iaitu sekurang2nya GPK dengan harapan agar pemimpin siaran dan sialan tidak berlaku di peringkat pengurusan utama iaitu negeri dan daerah.
ReplyDeletebelumpun berjaya menjadi GPK telah berjaya mempengaruhi pegawai jabatan untuk membuat komen guru besar.Bagaimana nak menjalankan tugas bersama-sama bertugas dengan guru besar yang bertugas sentiasa menuruti prosedur perkhidmatan bukan keperluan peribadi.Kita yang cerdik ni jangan jadi batu api berdosa.
ReplyDeleteCiri atau sifat Pemimpin HEBAT
ReplyDeleteKAJIAN & PENYELIDIKAN SAINTIFIK
1. Kemampuan mental – cerdas.
2. Minat & Kebolehan Luar Biasa.
3. Kemahiran Komunikasi.
4. Matang.
5. Motivasi yang tinggi.
6. Kemahiran Sosial.
7. Keupayaan mentadbir / mengurus.
PENGALAMAN PENGURUS (Executive )
1. Kualiti
a. Akhlak yang baik.
b. Daya Imaginasi.
c. Berfikiran sebagai pengurus.
d. Adil kepada semua.
e. Minat dalam berbagai bidang.
f. Emosi yang matang.
g. Tekun.
h. Tegas.
i. Menghormati diri & orang lain.
j. Boleh dipercayai.
k. Bersemangat.
l. Bertenaga.
2. Komunikasi lisan dan tulisan.
a. Logikal.
b. Berfikiran pantas & tajam.
c. Bertanggungjawab.
d. Kreatif & inovatif.
e. Sifat kemanusiaan.
3. Ilmu Pengetahuan.
a. Tahu tentang organisasinya.
b. Tahu tugas dan tanggungjawab.
c. Ilmu pengurusan saintifik.
d. Mahir merancang & mengawal.
e. Undang & peraturan.
f. Asas & prinsip komunikasi
g. Fungsi & tugas ahli.
h.
4. Kemahiran
a. Pemikiran kreatif.
b. Perancangan, perlaksanaan & pemantauan.
c. Kerjasama dengan pihak lain.
d. Penyimpanan rekod / laporan.
e. Kuatkuasa peraturan / undang.
f. Cara memperbaiki diri.
g. Memimpin.
PANDANGAN PENGIKUT
a. Kuat berfikir.
b. Adil.
c. Jujur.
d. Cekap
e. Tahu mengenal orang lain.
f. Dapat kawal diri.
g. Berani
h. Berterus terang.
i. Tegas.
j. Bermaruah.
k. Berminat.
l. Sedia membantu.
Admin....
ReplyDeleteSemua orang yg waras hendak kejayaan dan kecemerlangan...apatah lg kebaikan dan kesempurnaan. Tetapi kita sebagai hamba Allah ni kena terima hakikat yang maksum hanya nabi... justeru tiada manusia yang perfect di muka bumi ini. Sifat2 keunggulan yg admin katakan itu sememangnya mesti melalui jalan2 ujian sebagai latihan ke arah keberhasilannya. Dan jalan yg tentunya pasti menghadapi ujian dan mehnah yang bukan kepalang ialah menegakkan kebenaran mengikut lunas agama. Wallahu alam.