Seramai 115 orang calon telah disenaraipendekkan oleh Panel (dianggotai pegawai dari PPD dan JPN) daripada hampir enam ratus permohonan seluruh negeri.Mereka yang disenaraipendek adalah mereka yang mempunyai prestasi yang tinggi (45%) dan memperolehi markah pengalaman,kemahiran dan sumbangan (35%) untuk ditemuduga (20%). Proses temuduga adalah saringan terakhir sebelum layak ditawarkan jawatan-jawatan berkaitan mulai 1 Januari 2011.Proses pengisian ini adalah bagi matuhi pekeliling berkenaannya yang dikeluarkan oleh KPM.
Daripada 115 orang calon hanya dua orang yang tidak hadir.Sewajarnya dalam urusan permohonan naik pangkat perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku. Baca di sini. Walau bagaimanapun majoriti calon yang terpilih menunjukkan kominted dan berminat untuk merebut peluang yang ditawarkan. Terdapat segelintir yang berada di luar Terengganu sanggup pulang bagi menghadiri temuduga ini ataupun menukar pusat dan tarikh temuduga. Kita percaya jika beginilah watak bakal GPK,saya yakin pada masa depan isu GPK yang tidak tahu apa,lawan guru besar,tidak bermaya dan sebagainya tidak timbul lagi.Mereka telah menunjukkan "talent" sebagai bakal pengurus sekolah yang hebat.
Namun begitu hasil pemerhatian saya sepanjang tempoh temuduga dan dengan niat agar pada tahun-tahun hadapan calon-calon bersedia dengan mantap perkara berikut perlu diberi perhatian oleh calon;
- kekemasan dalam penampilan diri terutama berpakaian biarlah kemas, lengkap berkot dan bertali leher
- membawa bersama dokumen sebagai bahan sokongan dan bukti kehebatan diri
- tatacara dalam temuduga - cara duduk yang sopan
- menampilkan keyakinan diri melalui komunikasi yang tenang dan mengelakkan pelakuan "manerisme" sebagai usaha mengurangkan ketegangan
- bersedia dengan pengetahuan pengurusan dan isu-isu semasa pendidikan
Begitu juga kefahaman mereka tentang naik pangkat secara KUP dan hakiki. Ada calon mengatakan bahawa mereka tidak merasa sebagai naik pangkat berada di gred DGA32(KUP) Time Base. Bahkan mereka mendakwa ada guru besar mereka memaksa mereka mengisi borang ke gred hakiki kerana jika berada pada gred DGA32(KUP) Time Base bila pencen kembali kepada gaji DGA29. Sila baca di sini .
Hampir 98% calon yang ditemuduga tidak pernah tahu dan tidak pernah baca blog Unit Sekolah Rendah ini walhal pada 26 November 2010 blog ini akan menyambung ulangtahun kelahiran pertama. Makluman mengenai blog ini telah diberitahu kepada semua guru besar dan pengetua. Makluman mengenainya diedar melalui surat . Linknya ada dalam kebanyakan web PPD. Begitulah "tersesat"nya guru kita dalam jaringan ilmu tanpa sempadan. Kalau mereka tahu,peka dan baca semua kandungan temuduga ada dalam blog ini. Nkra dan Sub Nkra ke,Sekolah Kluster ke ,SBT ke dan macam-macam lagi ada. Klik di sini untuk tahu lebih lanjut tentang SBT
Kita sangat berharap dari masa ke semasa kita dapat memilih,melantik dan melatih pasukan pimpinan dan pengurus sekolah yang berkualiti melalui kaedah pemilihan yang berkualiti agar slogan "Melestarikan Pendidikan Terbilang" dapat menjadi kenyataan.Rata-rata panel temuduga berpendapatan bahawa markah temuduga perlu dipinda daripada 20% kepada 35% dan pengalaman dan sumbangan dari 35% kepada 20% kerana melalui proses temuduga kita akan lihat keupayaan sebenar calon dari segi ilmu,komunikasi,kemahiran membuat keputusan,pendirian pemikiran,ketrampilan diri dan sebagainya. Kepada yang berjaya Tahniah kita ucapan dan kepada yang kurang berjaya baiki kelemahan diri dan cuba lagi pada tahun hadapan.
Tuan Admin,
ReplyDeleteMohon pengesahan..yang mana betul.;
'Melestarikan Pendidikan Terbilang' ATAU 'Kelestarian Pendidikan Terbilang'..TQ.
Mohd Apandi.GPK Pentadbiran
SK Jerangau.
Semoga instrumen ini akan dpt merealisasikan serta melahirkan golongan pentadbir yg berpengetahuan dan berpengalaman... Harapan saya semoga tidak ada tangan2 ghaib dibelakang pemilihan... Menantikan peluang saya plak selepas ni... Isk isk isk....
ReplyDeleteMengikut yang terbaharu disebut Pengarah pagi tadi semasa perhimpunan jabatan "Melestarikan Pendidikan Terbilang".
ReplyDeleteslogan jabatan perlu diperhalusi semasak-masaknya kita bimbang slogan ini ujud seperti kita menulis atikal ketika hendak melelapkan mata waktu malam hari atau mengisi masa terluang .Biarlah akademik sedikit jangan hantam koromo.maaf
ReplyDeleteSlogan "Melestarikan Pendidikan Terbilang" akan dilancar secara rasmi semasa Majlis Pengarah Bersama Pengetua dan MGB pada 8 Disember 2010 di TER nanti. Selepas itu slogan ini akan digunakan secara rasmi.
ReplyDeleteSaya salah seorang calon yang telah ditemuduga,bagaimana saya dapat tahu keputusan temuduga bagi tahun 2011 berjaya atau tidak untuk saya mohon sekali lagi pada tahun 2012.
ReplyDeleteRata-rata panel temuduga berpendapatan
ReplyDelete