Sunday, November 7, 2010

Kursus Orientasi Guru Baru (j-Qaf) 2010

Unit Pengurusan Sekolah Rendah telah melaksanakan Kursus Orientasi Guru Baru (j-Qaf) yang ditempatkan pada 2010 bermula 7 - 9 November 2010 di Cerating Bay Resort,Pahang.Seramai 168 orang guru J-Qaf telah dipanggil untuk mengikuti kursus berkenaan. Perbelanjaan kursus berkenaan diperuntukkan oleh KPM melalui subwaran khas.

Antara lain tujuan kursus ini adalah memberi pendedahan dan kefahaman kepada guru-guru berkenaan mengenai perkhidmatan,pengurusan,prospek kerjaya,tatakelakuan dan motivasi.Kita berharap        melalui pendedahan ini mereka dapat menentukan hala tuju dan menyediakan diri sebagai guru yang berkualiti.

Ketua Unit Rendah,En.Jelani Sulong dalam ucapannya berharap semua guru j-Qaf sentiasa bersyukur dan muhasabah diri serta menginsafi dengan nikmat yang diperolehi.Berbanding dengan rakan mereka guru PAI yang sekian lama berkhidmat di luar tapi masih tidak dapat balik ke Terengganu. Bagi sesi pertukaran 1 Jan 2011 tiada guru agama diluluskan masuk dan hanya dua orang sahaja guru j-Qaf yang dapat masuk ke Terengganu. Selain dari itu, jawatan yang mereka perolehi adalah rahmat kerana orang lain diujudkan jawatan atas subjek tetapi j-Qaf yang merupakan program tetapi diberi perjawatan yang khusus.

Input-input kursus ini akan disampaikan oleh Penyelaras j-Qaf Negeri , oleh Ketua Unit,Sektor Rendah,Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,KPM dan juga Pegawai Kanan Jabatan Pelajaran Negeri. Kita sangat yakin dan berharap semua guru j-Qaf dapat memberi sepenuh iltizam dan komitment dalam kursus ini.Kejayaan sut peranan guru j-Qaf ialah tahap mana pencapaian murid kita dalam jawi,Al-Quran dan fardu ain.

Download bahan kursus
Nota ucapan KU UR BPSH
Powerpoint Ucapan KU Rendah JPNT


No comments:

Post a Comment