Tarikh pelantikan ditawarkan ialah pada 2.1.2013. Bagi guru yang tidak terlibat dengan naik pangkat terutama secara hakiki mungkin tiada masalah . Tetapi sukacita kami mengingatkan kepada guru-guru yang menerima naik pangkat atau dilantik memegang jawatan hakiki terkemudian dari tarikh tawaran DG41 agar membuat keputusan bijak yang menguntungkan diri sendiri. Antara beberapa cara penyelesaian yang boleh dibuat adalah sebagaimana berikut:
- Menerima tawaran lantikan DG41 dengan meletak jawatan hakiki atau menolak naik pangkat terkini; atau
- Menolak tawaran lantikan DG41, kekal atas jawatan hakiki atau gred naik pangkat terakhir dan memohon semula DG41 dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran; atau
- Menerima pakej tawaran DG41 dan mengemukakan surat rayuan agar tarikh pelantikan DG41 dipinda lewat dari tarikh pelantikan jawatan hakiki dengan memberi alasan dan justifikasi atau tarikh kuatkuasa naik pangkat yang terkini.
Jika anda memerlukan pertanyaan, penjelasan dan rayuan anda hendaklah berhubung terus dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran kerana kuasa melantik DG41 terletak di bawah bidang kuasa mereka. Rayuan seelok-elok dibuat secara individu.
Penyelesaian cara 1 dan 2 adalah biasa dilakukan pada masa terdahulu tetapi cara 3 sudah ada GPK yang mohon pindaan pelantikan DG41 telah diluluskan oleh SPP. Ini bermakna mereka boleh kekal di atas jawatan GPK / Guru Besar dan sekaligus menikmati DG41. Ramai lagi yang sedang menunggu keputusan.
Surat-surat tawaran boleh diperolehi mulai sekarang di USR, JPN Terengganu.Sila tanya Pn. Bibah Bibi ditalian 09-6213390 di Unit Sekolah Rendah sebelum datang ke Unit Sekolah Rendah.
Senarai lengkap PJJ Siri 8. Klik link di bawah:
Akan datang Siri 9
patut lambat je nak temuduga.. gini jadinya...
ReplyDeletebanyak tahun hilang seniority....frust sgt...mengapa jadi begini......
ReplyDeleteOn line 2 bulan je beza. Senioriti hilang 2 tahun. Kang ke pelik?
ReplyDeletesebulan je lari permohonan.. 2 tahun hilang senioriti.. xdop pitis lah tu..
ReplyDeletekohot 2 dilantik thn 2011...kohot 1 dilantik 2013 lagilah sedih dan pilu....hilang semangat rasa.
ReplyDeletedi parlimen batu pahat telah terbukti.. PRU14 akan jelas nanti utk Malaysia..
ReplyDeletekenapa jadi camni.....harap2....tertiarap
ReplyDeletesmoga pihak atasan peka dengan situasi kami semua.....apalah kekurangan kami atau apakah kelebihan pihak yang terdahulu
ReplyDeleteKami guru2 yang terlibat YAKIN perkara ini dapat diselesaikan dengan sebaik dan seadil-adilnya....Sama2lah kita berdoa kepada Allah.
ReplyDeleteKami hanya pinta hak kami dipertimbangkan.Moga Allah permudahkan segala masalah ini.
ReplyDeletecuba tgk tarikh surat dari spp... kalo x silap 1 april 2013... surat setuju terima perlu hantar 60 hari dari tarikh surat dikeluarkan... TERIMA KASIH SPP
ReplyDeleteapa yang patut kita lakukan utk mendapatkan hak kita
ReplyDeleteAdakah nasib kita semua akan terbela.......dimanakah keadilan....
ReplyDeleteAdakah nasib kita semua akan terbela.....dimanakah keadilan.....
ReplyDeleteIn Shaa Allah doa org2 yg dizalimi berkat.....maka berdoalah kawan2 yg menjadi mangsa keadaan ini
ReplyDeleteTerkini...ada yg br dpt surat lantikan 1 feb 2012...hairankan...org ln 2 jan 2013
ReplyDelete