Thursday, May 9, 2013

Mesyuarat Pengemaskinian Data DOSR dan data online e-Operasi

KUANTAN - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu melalui Unit Sekolah Rendah mengadakan mesyuarat berkenaan untuk kali kedua pada tahun ini di Duta Village, Kuantan. Mesyuarat berkenaan telah diadakan dari 7 - 9 Mei 2013.

Selain semua Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah semua PPD yang mengurus kedua data berkaitan, turut hadir ialah wakil dari sektor lain yang mengurus guru agama, j-Qaf, pemulihan dan bimbingan. Data-data yang telah dimasukkan kemudian akan diverifikasi oleh En. Mohd Halim Ismail, Timbalan Ketua Sektor ICT dengan data Emis.

Sementara itu dalam ucapan perasmian mesyuarat, En. Zakaria Muda, Ketua Unit Sekolah Rendah mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana mengikut beliau data rendah Terengganu antara yang terbaik di peringkat kementerian. Tambah beliau kutipan data kali ini sangat penting untuk mengetahui kedudukan terkini perjawatan guru sekolah rendah Terengganu sebelum dilaksanakan keputusan pertukaran sesi Jun depan.

Apapun pihak sekolah perlu sentiasa alert tentang perubahan data guru di sekolah dan membuat pengisian dan pembetulan segera dalam e-Operasi yang merupakan pengkalan data utama Sistem Maklumat Guru. Pincang data di sekolah maka pincanglah data daerah dan negeri. Justru itu pengurusan sekolah mesti akauntable dengan ketepatan data sekolah masing-masing.


No comments:

Post a Comment