Saturday, May 18, 2013

Raptai Sambutan Hari Guru Negeri Terengganu 2013

KUALA TERENGGANU,18 Mei - Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu akan diadakan pada 20 Mei 2013 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu. YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu akan merasmikan majlis berkenaan yang dijangka akan dihadiri hampir empat ribu warga guru dan jemputan.

Justru itu, bagi memastikan setiap aspek berlangsung dalam keadaan sempurna dan mantap raptai sambutan diadakan pada 18 dan 19 Mei. Semua petugas dan krew terlibat hadir memastikan setiap mereka tahu tugas dan peranan masing-masing. Pengalaman JPN Terengganu mengurus Sambutan Hari Guru Negeri dan Kebangsaan banyak membantu dalam persiapan sambutan Hari Guru pada tahun ini.

Beberapa buah sekolah terlibat secara langsung bagi menjayakan sambutan ini. SBT SM Sultan Mahmud menyediakan Wind Orkestranya bagi mengiringi lagu-lagu yang bakal dipersembahkan oleh Kumpulan Koir dari SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu. Sementara SMK Sultan Sulaiman dan SMK Kompleks Gong Badak menyediakan pasukan muzik gamelan..

Tentunya Sambutan Hari Guru tahun ini  akan lebih meriah. Selain pelbagai hadiah dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan seorang guru atau bekas guru yang berjasa akan dianugerahi sebagai Tokoh Guru Terengganu 2013.

No comments:

Post a Comment