Wednesday, May 22, 2013

Puisi : Guru

GURU

Guru pemimpin jiwa insan
Guru penunjuk jalan kebenaran
Guru pendidik jiwa manusia
Guru penyampai paling setia

Guru penerang kegelapan dunia
Guru pembela insan merana
Guru penegak keadilan sejati
Guru pengembang ilmu hakiki

Guru pembentuk akhlak mulia
Guru rela berkorban apa sahaja
demi membasmi kemiskinan harta benda
Guru penyubur akal budi murni
Guru insan mulia
Guru berfungsi segalanya

oleh:
En. Hashim Mohd Zin
Timbalan Pengarah Pelajaran Terengganu
dideklamasi sempena Perhimpunan Jabatan Bulan Mei 2013

No comments:

Post a Comment