Hari ini merupakan siri terakhir Taklimat Permohonan Guru Besar Cemerlang DGA38 (KUP) 2011 bagi negeri Terengganu yang diadakan di Bilik Mesyuarat,PPD Setiu bagi guru besar daerah Setiu dan Besut.Pada 6 Februari yang lepas telah diadakan taklimat yang sama bagi guru besar daerah Dungun dan Kemaman di Auditorium,SMK Rantau Petronas,Kemaman.Sementara itu pada 7 Februari pula diadakan taklimat bagi guru besar daerah Marang,Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu bertempat di Bilik Mesyuarat,Sekolah Kluster Kecemerlang,SK Sultan Sulaiman 1,Kuala Terengganu.
Rombongan kami iaitu saya,Ketua Unit Sekolah Rendah dan Ketua Unit Naik Pangkat dan Tatatertib telah bertemu secara langsung dengan semua Guru Besar DGA34 seluruh negeri. Walaupun sebahagian dari mereka tidak layak memohon kerana hampir bersara atau belum cukup tempoh atau telah menghampiri DG41(KUP) tetapi ianya amat penting khususnya kepada yang layak dan bakal layak untuk membuat persediaan awal agar permohonan mereka mematuhi kehendak dan kreteria yang ditetapkan.Bagi yang layak memohon pada tahun ini permohonan mereka mesti sampai ke Unit Naik Pangkat,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu pada atau sebelum 1 Mac 2011
Kita sangat-sangat berharap mereka yang berkelayakan dan memenuhi kreteria ditetapkan memohon dengan lengkap dan sempurna agar panel dapat menilai keupayaan sebenar calon Guru Besar Cemerlang ini. Cuma ada di kalangan bekas guru besar yang hebat dan bagus yang telah ditempatkan di PPD mahupun jabatan merasa "terkilan" kerana terlepas untuk memohon Guru Besar Cemerlang dan juga mungkin "terlepas" memohon Pegawai/Pengelola Cemerlang DGA38(KUP) kerana belum cukup tempoh tiga tahun berkhidmat di PPD atau JPN. Mereka berharap kementeriaan mengkaji syarat berkhidmat tanpa putus tiga tahun sebagai Guru Besar / Pengelola kepada berkhidmat atas gred hakiki DGA34 selama tiga tahun sahaja.
Begitu juga ada suara-suara perihati rakan Guru Besar Gred DGA34 ke atas agar Kementerian Pelajaran membuka laluan khas Guru Besar Cemerlang DGA34(KUP) kepada rakan-rakan Guru Besar Gred DGA32 SKM bukan sahaja kerana beban tugas dan tanggungjawab mereka sama seperti guru besar lain tetapi juga kerana laluan naik pangkat hakiki ke DGA34 agak sukar bagi mereka kerana bersaing dengan guru penolong DGA32(KUP) Time Base dan Guru Penolong Kanan
Kita berharap suara-suara ini dapat didengar oleh KPM kerana mereka juga berhak menikmati apa yang rakan-rakan sejawatan nikmati serta turut menyumbang kepada pembangunan pendidikan negera.
No comments:
Post a Comment