Monday, August 2, 2010

MESYUARAT POST MORTEM HARI GURU NEGERI 2010


Perayaan Hari Guru Negeri Terengganu Kali ke-38 sudah 2 bulan berlalu. Hari ini Jawatankuasa Induk Hari Guru Negeri telah mengadakan Mesyuarat Post Mortem. EN. Razali bin Daud, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu telah mempengerusikan mesyuarat yang berlangsung di Bilik  Mesyuarat Alamanda JPNT pagi tadi. Ucapan tahniah dan syabas ditujukan khusus kepada warga Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu yang telah berjaya merealisasikan perayaan pada tahun ini dengan cemerlang.
Banyak cadangan penambahbaikan telah dikemukan dalam perbincangan hampir 2 jam itu. Antaranya ialah mencari kelainan dalam susunan majlis pada masa depan. Ini kerana menurut Tuan Timbalan Pengarah, perayaan Hari Guru perlu ada klimaks tersendiri. Beberapa pertandingan sempenan Hari Guru juga akan disesuaikan pada tahun-tahun mendatang.
Mesyuarat juga mengambil maklum bahawa surat penghargaan terima kasih perlu dihantar kepada agensi-agensi dan individu yang terlibat menjayakan perayaan itu. Amalan merakamkan ucapan terima kasih ini perlu disuburkan dalam pengurusan dan penganjuran program begini. 
Ahli mesyuarat sebulat suara memilih PPD Dungun sebagai tuan rumah Perayaan Hari Guru 2011. Ini memandangkan pusingan giliran daerah-daerah lain sebagai tuan rumah sudah lengkap. Maka tibalah giliran daerah Dungun yang akan menjadi tuan rumah. Wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Dungun telah memberi gambaran awal sama ada dewan Politeknik Sultan Mizan atau dewan UiTM Dungun bakal dicadangkan sebagai ‘venue’  tahun 2011 nanti.
Satu perkara yang amat menggembirakan Setiausaha Hari Guru sekarang ialah Tuan Timbalan Pengarah telah bersetuju menerima cadangan untuk menggilirkan jawatan Setiausaha Hari Guru Negeri kepada sektor-sektor lain. Maka Mesyuarat Post Mortem hari ini mengambil maklum bahawa jawatan Setiausaha Hari Guru Negeri Terengganu bakal disandang oleh pegawai di Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT, JPNT mulai tahun 2011.
Dicatat oleh : En.Kamal bin Abdullah,Penolong Setiausaha Hari Guru Negeri Terengganu

No comments:

Post a Comment