Sunday, August 15, 2010

Penempatan KPLI dan Pelbagai Insitusi pada 16 Ogos 2010

Pagi tadi telah diadakan taklimat penempatan kepada 7 orang guru yang ditempatkan masuk ke Terengganu daripada lebihkurang 2,470 orang yang ditempatkan ke seluruh negara mulai 16 Ogos 2010.

En. Jelani Sulong,Ketua Unit,Penyeliaan Sekolah Rendah yang mewakili Ketua Sektor,Pengurusan Sekolah mengingatkan guru-guru baru agar sentiasa bersyukur dan merasa bertuah kerana dapat ditempatkan di negeri kelahiran asal mereka kecuali seorang dari Pulau Pinang. Beliau memaklumkan bahawa tiada sekolah di negeri Terengganu yang tidak sesuai untuk guru. Semuanya sekolah adalah sesuai,boleh dihubungi dengan kenderaan,mempunyai bekalan air dan elektrik duapuluh empat jam.

Turut hadir taklimat berkenaan ialah Pegawai-pegawai dari Unit Sekolah Rendah dan Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah di PPD seluruh negeri. Selepas taklimat para guru baru ditemukan dengan Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah di PPD seluruh negeri bagi membantu mereka mengenalpasti sekolah dan juga tempat tinggal yang diperlukan.

Ketua Unit,Penyeliaan Sekolah Rendah telah menyampaikan surat penempatan kepada semua guru baru.Dan kita amat berharap guru baru dengan bimbangan Pengurusan Sekolah dan bantuan kerjasama guru-guru senior mereka dapat memberi perkhidmatan terbaik bagi melonjakkan prestasi pendidikan negeri Terengganu.

No comments:

Post a Comment