Friday, August 27, 2010

Salam Kemerdekaan dan Ertinya Kemerdekaan


ERTI KEMERDEKAAN
Hamba Allah
Erti sebenar kemerdekaan bagi  hamba Allah ialah sentiasa hidup dengan fitrahnya yakni  mencari yang diredai dan menjauhi apa yang dimurkaiNya.Mengerja apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarangNya dengan penuh keikhlasan bukannya menjadi hamba kepada makluk lain dan hawanafsunya.
Rakyat
Erti kemerdekaan bagi rakyat sebuah negara ialah sentiasa peka terhadap ancaman yang boleh mengganggu gugat keharmonian,kesejahteraan ,keselamatan dan sentiasa setia mempertahankan kedaulatan agama,bangsa dan negara.Selain itu berupaya menjaga diri dari terpengaruh dengan hasutan dan tohmahan  yang boleh menggugat kestabilan negara.Dia ada maruah dan harga diri walau diuji dan teruji.
Kakitangan Awam/Pekerja
Erti kemerdekaan bagi kakitangan awam/pekerja ialah sentiasa berusaha gigih dan ikhlas meningkatkan produktiviti bagi memajukan negara.Menghayati nilai integriti dan menjauhi rasuah,pecah amanah  dan perkara yang melanggar nilai dan peraturan-peraturan sebagai kakitangan awam/pekerja. Peka dengan perubahan.Sentiasa bersedia mempertingkatkan kemahiran dan kebolehan Dia adalah penentu kejayaan segala dasar pemerintah.
Ulamak
Erti kemerdekaan bagi ulamak ialah sentiasa melaksanakan amanah amal makruf nahi mungkar dalam masyarakat.Berpegang teguh kepada ajaran agama bukan berfatwa mengikut hawa nafsu,penuh kekeliruan dan memacahbelahkan masyarakat akibat kekeliruan.Sentiasa berkata benar walaupun pahit.Menjadi lampu menyuluh jalan kebenaran. Menjadi payung menahan hujan tohmahan dan kesesatan.
Pemimpin politik
Erti kemerdekaan bagi pemimpin / ahli politik ialah berbakti serta berkhidmat penuh amanah dan tanggungjawab kepada masyarakat,agama dan negara,  bukannya mengumpul kekayaan untuk diri dan keluarga.Bukannya menggunakan kuasa,ketokohan dan statusnya mengeliru dan menipu rakyat.Bukan menjadikan diri alat kepada musuh bangsa,agama dan negara.Dianya adalah pemimpin untuk dirujuk bagi menyelesai masalah rakyat bukannya pemimpin siaran yang hanya pandai bercakap tapi tidak melaksanakan amanah atau pemimpin yang membawa kesialan kepada bangsanya,negaranya dan agamanya kerana tidak amanah serta khianatnya.
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

No comments:

Post a Comment