Bermula 22 Ogos hingga hari ini 25 Ogos 2010,JPN Terengganu melalui pegawai Unit Penyeliaan Sekolah Rendah dan Sektor Pendidikan Islam telah selesai mengadakan taklimat ke seluruh negeri.En.Jelani bin Sulong selaku Ketua Unit Rendah telah mengetuai taklimat berkenaan di mana ianya selaras dengan arahan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2010 di mana bidang kuasa pengurusan dan penempatan guru sekolah rendah(tidak termasuk sekolah pendidikan khas) diletakkan di bawah Sektor Pengurusan Sekolah.
Dalam taklimatnya beliau menyeru semua guru J-QAF yang ditempatkan pada 16 Ogos 2010 perlu bersyukur kerana mereka bukan sahaja ditawarkan penempatan secara tetap dengan gred DG41 terus tidak sebagai GST gred DC41 seperti sebelum ini. Implikasi dari surat tawaran dan penempatan itu para guru J-QAF menikmati segala kemudahan sebagai penjawat awam dan hak-hak sepatutnya. Inilah perubahan yang dilaksanakan pihak kerajaan supaya kakitangan yang dilantik boleh terus menikmati hak dan keistimewaan sebagai pegawai awam.
Selain dari itu, Ustaz Wan Mohd Fauzi Wan Mahmood,Penolong Pengarah J-QAF mengingatkan para guru J-QAF sentiasa bersyukur berpanjangan justru kerana mereka ditempatkan balik ke sekolah asal,dekat dengan kampung halaman selain mengingatkan akan besarnya harapan kerajaan menwujudkan program J-QAF dengan matlamat untuk membolehkan murid menguasai quran,Bahasa Arab,jawi dan asas fardu ain.Kesungguhan itu diterjemah ke dalam program J-QAF yang diturun serentak dengan perjawatan guru tidak seperti program lain hanya menggunakan perjawatan guru sedia ada seperti PPSMI dan lain-lain.
Guru-guru J-QAF tidak boleh ditukarkan sehingga mencapai 36 bulan selepas ditempatkan kerana termaktub dalam Perjanjian LPBS-J-QAF. Oleh yang demikian,dengan 'lesen' rasmi sebagai pegawai awam yang diberikan guru-guru J-QAF khususnya di Terengganu dapat membuktikan amanah yang diberi dilaksanakan sebaik mungkin kerana pada tahun 2004 ,J-QAF rintis telah dilancarkan oleh YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Husain selaku Menteri Pelajaran waktu itu di SK Sultan Sulaiman 1,Kuala Terengganu. Sewajar dan sepatutnyalah Terengganu terserlah sebagai negeri Anjung Ilmu.
No comments:
Post a Comment