Pada 8 dan 9 Ogos 2010, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu sedang melaksanakan proses temuduga kepada guru-guru yang berada pada zon naik pangkat DGA32(KUP) Time Base yang berkelayakan mengisi jawatan GPK gred DGA32. Mereka yang terpilih adalah mereka yang melepasi saringan panel PPD dan JPN yang melebihi 1,000 orang berminat memohon setelah tawaran dibuat oleh Unit Penyeliaan Sekolah Rendah pada akhir Tahun 2009.
Proses temuduga adalah pendekatan terakhir selepas prestasi,penilaian kekanan sebagaimana arahan terbaharu Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM).BPSM dalam siaran terbaharu telah menetapkan untuk pengisian GPK pada masa depan kuatonya telah ditetapkan iaitu 80% perlu diisi oleh guru DGA32(KUP) dan 20% lagi diisi oleh guru DGA29.Sesungguhnya pandangan banyak pihak berhubung peluang guru DGA32(KUP) Time Base untuk mengisi jawatan pentadbiran atau untuk memegang jawatan hakiki telah diberi perhatian oleh pihak KPM.
Proses penghakikian ini meliputi prestasi tiga tahun (45%),penilaian kekanan dan sumbangan (35%) dan temuduga (20%) selain memenuhi syarat-syarat asas seperi lulus istihar harta ,tiada tindakan tatatertib dan sebagainya.Mereka yang sedang ditemuduga sekarang adalah mereka yang telah memenuhi tapisan prestasi dan penilaian kekanan dan sumbangan. Mereka yang berjaya nanti akan mengisi kekosongan GPK dari sekarang hingga 31 Disember 2010 bagi semua daerah seluruh negeri Terengganu.
Bagi pengisian GPK tahun 2011 kuato untuk gred DG32(KU) Time Base yang 80% untuk negeri Terengganu akan diiklankan diblog ini sedikit masa lagi. Semua guru gred DGA32(KUP) Time Base di negeri Terengganu yang berkelayakan boleh memohon melalui borang khas yang akan disedia/disertakan.Bagi kuato DGA29 yang 20% itu ianya akan diuruskan oleh pihak KPM sendiri.
Apa yang penting seperti mana tulisan saya terdahulu jika tidak minat jangan memohon kerana ia menyekat peluang rakan-rakan kita yang berminat.Selain itu tanggungjawab besar untuk kita layak atau tidak menjawat sesuatu jawatan naik pangkat ialah diri kita sendiri. Sejauh mana kita bersedia dengan keperluan (prestasi yang baik,bukti sumbangan dan kehabatan kita,serta penampilan dan ktrampilan semasa ditemuduga) akan menentukan kejayaan kita. Buatlah persediaan diri sekarang.
Ada interview pula? Saya rasa, lebih ramai guru DGA32 Time-based tak nak apply hakiki.
ReplyDeleteDilihat terdapat GPK yang tidak mempunyai kemahiran atau kemampuan memikul tugas yang diamanahkan. Jawatan GPK bagi mereka ini merupakan jawatan yang membolehkan mereka mengarah guru bawahannya, sepatutnya mereka ini lebih arif, bertanggungjawab dan mempunyai inisiatif melakukannya sendiri tanpa tidak terlalu bergantung kepada guru semata-mata.
ReplyDeleteJusteru itu, diharap pemilihan GPK bukan sekadar kekananan tetapi juga mempunyai nilai insaniah yang tinggi, fleksibel, kreatif, berkepimpinan dan berkemahiran ICT.
Pada pendapat saya, DGA29 yang hendak memohon jawatan PK itulah yang patut dan wajar ditemuduga. Manakala penjawat DGA32(KUP) adalah seperti mana proses2 yg terdahulu tanpa melalui temuduga ttp cukup sekadar tawaran dengan memendekkan tempoh jawapan penerimaan kpd mereka.
ReplyDeleteSemuanya perlu ditemuduga.Kalu tak ditemuduga, last minute masa nak posting menolak sebab alasannya jauh dan gaji tak naik, setara. Bagaimana nak tahu kita dipanggil temuduga?
ReplyDeleteSememangnya terdapat pelbagai pendapat pro dan kontra. Pada saya yang lebih penting peluang DGA32(KUP)TB untuk mengisi GPK sebanyak 80% dan autority telah diberi kepada Pengarah untuk menguruskannya mengikut kreteria yang ditetapkan KPM kerana mereka dalam gred dahpun naik pangkat tidak perlu lagi dilulus oleh LNP KPM.Mereka yang melepasi akan ditempatkan terus bukannya ditawar seperti DGA29 yang ditawarkan pemangkuan DGA32 atau kaedah sebelum ini. Sila baca posting terdahulu untuk memahaminya.
ReplyDeleteSeseorang yang dinilai panel layak ditemuduga akan dimaklumkan melalui surat rasmi.Tq.
Keputusan terkini Panel JPN mereka yang berjaya akan diberi tawaran pilihan bukannya arahan mandatori. Harap maklum.TQ
ReplyDeleteSaya adalah salah seorang guru yang ditemu duga. Namun, atas masalah keluarga, saya telah menolak pertukaran ke Paka semasa temu duga. Saya bukan tidak berminat untuk dinaikkan pangkat, dan bukannya juga menghalang peluang rakan-rakan yang lain. Saya memang berminat dan juga bersedia ditukarkan dengan keizinan dari suami saya semasa mengisi borang pemohonan.Jadi, jika terdapat kekosongan dalam kawasan Kemaman, saya akan menerimanya dengan hati terbuka, walau di SJKC atau pun SK.
ReplyDeleteSekian, terima kasih.