Sesi temuduga calon-calon Guru Penolong Kanan bagi mengisi kekosongan GPK umum ,GPK SJKC dan GPK Pendidikan Khas seluruh negeri telah selesai.Sesuai dengan arahan terbaru KPM untuk mengisi kekosongan Gred Jawatan DGA32 (GPK atau Pengelola) 80% dari guru-guru DGA32(KUP) Time Base maka calon yang telah ditemuduga lebih dari mencukupi untuk pengisian sehingga 31 Disember 2010 sekiranya mereka menerima tawaran yang diberikan.
16 Ogos 2010 nanti adalah tawaran pertama kepada guru-guru DGA32(KUP) Time Base ke gred DGA32 hakiki sebagai Guru Penolong Kanan untuk tahun ini. Pemilihan mereka ini berdasarkan ranking markah keseluruhan,kekosongan jawatan yang ada dan kesesuaian jawatan dengan calon dan lain-lain kreteria yang difikir sesuai oleh panel.Walaupun kita tidak mengharap seratus peratus perfect tetapi kita amat mengharapkan calon-calon yang telah dipilih mampu membuktikan keupayaan dan reputasi sebagai sebahagian pengurusan sekolah yang berkesan Manakala calon-calon lain yang berkelayakan akan ditawarkan kemudiaan secara berperingkat berasaskan kekosongan sehingga berakhir 31 Disember 2010.
Isyaalah pada akhir bulan ini permohonan pengisian jawatan GPK daripada guru-guru DGA32(KUP) Time Base untuk tahun 2011 akan diiklankan. Surat siaran dan tawaran iklan itu akan dihantar ke sekolah dan akan disiarkan melalui blog ini. Kita sangat berharap hanya mereka yang benar-benar bersemangat tinggi dan kuat iltizam sahaja memohon. Kita tidak mahu sebagaimana ada dua tiga kes dalam temuduga yang memberi tahu mereka tidak minat,menyalahkan pengurusan kerana mencalonkan mereka dan pelbagai kerenah yang mencermin ketidakupayaan menjadi pemimpin.
Prestasi yang tinggi tidak cukup untuk melayakkan seseorang menjadi GPK kalau kecerdasan lain rendah dan lemah. Sebab itu prestasi tiga tahun hanya persentage dikira 45% sahaja,Pengalaman dan Sumbangan 35% dan Temuduga 20%.
Apapun tahniah kepada bakal GPK baru tetapi amat berpengalaman luas. Buktikan anda hebat dan berkebolehan memimpin,mengelola dan mengurus organisasi dengan efektif dan berkesan.Selamat bertugas.
No comments:
Post a Comment