Wednesday, August 25, 2010

Duit raya RM500 untuk petugas awam dan pesara - PM

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya.

Najib berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.

Presiden CUEPACS, Omar Osman, pula berkata pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam," kata ketika dihubungi Bernama, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober ini

2 comments:

  1. salam...
    sedikit pertanyaan...adakah guru (gstt) juga layak mendapat bonus raya ni?

    ReplyDelete
  2. Saya difahamkan oleh Unit Kewangan JPN Terengganu GSTT dapat kecuali Guru Ganti. Bonus ini akan dimasukkan ke akaun gaji kakitangan awam pada 1 September.Insyaalah.

    ReplyDelete