KUALA TERENGGANU - Hari ini Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah mengadakan majlis khas di Hotel Primula, Kuala Terengganu bagi upucara penyerahan tugas dan meraikan pertukaran En. Hashim bin Mohd Zin, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu.
Majlis berkenaan dihadari oleh Ketua-Ketua Sektor, Timbalan Ketua Sektor, Ketua-Ketua Unit, Pegawai Pendidikan Daerah, BTPN Terengganu, Majlis Guru Besar Negeri Terengganu, Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Cawangan Terengganu dan beberapa pegawai dari JPN dan PPD.
Majlis bermula dengan penyerahan dokumen tugas kepada En. Zakaria Husin, Pengarah Pendidikan Negeri daripada En. Hashim bin Mohd Zin. Selepas itu ucapan oleh En, Nasir Ismail, mantan Ketua Sektor ICT yang bertukar atas kenaikan pangkat di Mampu, dikuti oleh Timbalan Pengarah dan kemudiannya ucapan oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Pengarah dalam ucapannya melahir rasa bangga kerana antara begitu ramai pegawai Timbalan Pengarah Terengganu yang dipilih oleh KPM.
En. Hashim Mohd Zin, Timbalan Pengarah Negeri ditukarkan ke Putrajaya sebagai Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Dasar) di Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pendidikan. Sebelum itu Persatuan Pengelola Sekolah Terengganu telah meraikan beliau dalam majlis meraikan ahli-ahli pengelola yang bersara. Satu majlis perjumpaan dengan semua kakitangan jabatan telah diadakan di Lobi Jabatan Pendidikan sebelum majlis di Perimula Hotel.
Majlis diakhir dengan upacara bergambar kenang-kenangan dengan Timbalan Pengarah Pendidikan.
Siapakah penganti Timbalan Pengarah kita tunggu!!!
Wednesday, December 31, 2014
Tuesday, December 30, 2014
Kenyataan Rasmi USR Blogger Team
KENYATAAN RASMI USR BLOGGER TEAM
Kami telah menerima feedback dan maklumbalas dari pelbagai pihak
pagi tadi mengenai justifikasi pertukaran dua orang GPK dari daerah Hulu
Terengganu iaitu Cikgu Shahidan bin Abu PK Hem Binjai Kertas yang ditukarkan
sebagai PK Hem SK Padang Setenge dan Cikgu Faizo bin Mat PK Hem Felda Jerangau
Barat ditukar sebagai PK Hem SK Seri Buluh, H.Trg dan telah membuat semakan.
Apabila menyemak kami terkejut di atas kesilapan berkaitan kerana tidak pernah
justifikasi demikian dikemukakan oleh PPD Hulu Terengganu atau Jabatan. Kemungkinan
berlaku kesilapan "copy and paste" dari isu atau kes lain semasa penyediaan borang sepadu ini.Lagipun adalah tidak logik jika justifikasi demikian mereka digerakkan
ke sekolah yang lebih dekat dan di dalam daerah yang sama. Kami telah memperbetulkan kesilapan serta-merta.
Kami dari USR Blogger Team melahirkan rasa kesal atas kesilapan itu dan memohon
berbanyak maaf kepada dua GPK terbabit serta Ketua PPD Hulu Terengganu, Timbalan PPD Hulu Terengganu dan anggota Panel PPD Hulu Terengganu. Kami berjanji akan menyemak dengan teliti segala maklumat dan perkara yang dipostkan tepat dan betul.
Kami doakan PPD Hulu Terengganu akan lebin terbilang dengan kepimpinan PPD dan sekolah yang ada.
Terima kasih
Admin
USR Blogger Team
Kami telah menerima feedback dan maklumbalas dari pelbagai pihak
pagi tadi mengenai justifikasi pertukaran dua orang GPK dari daerah Hulu
Terengganu iaitu Cikgu Shahidan bin Abu PK Hem Binjai Kertas yang ditukarkan
sebagai PK Hem SK Padang Setenge dan Cikgu Faizo bin Mat PK Hem Felda Jerangau
Barat ditukar sebagai PK Hem SK Seri Buluh, H.Trg dan telah membuat semakan.
Apabila menyemak kami terkejut di atas kesilapan berkaitan kerana tidak pernah
justifikasi demikian dikemukakan oleh PPD Hulu Terengganu atau Jabatan. Kemungkinan
berlaku kesilapan "copy and paste" dari isu atau kes lain semasa penyediaan borang sepadu ini.Lagipun adalah tidak logik jika justifikasi demikian mereka digerakkan
ke sekolah yang lebih dekat dan di dalam daerah yang sama. Kami telah memperbetulkan kesilapan serta-merta.
Kami dari USR Blogger Team melahirkan rasa kesal atas kesilapan itu dan memohon
berbanyak maaf kepada dua GPK terbabit serta Ketua PPD Hulu Terengganu, Timbalan PPD Hulu Terengganu dan anggota Panel PPD Hulu Terengganu. Kami berjanji akan menyemak dengan teliti segala maklumat dan perkara yang dipostkan tepat dan betul.
Kami doakan PPD Hulu Terengganu akan lebin terbilang dengan kepimpinan PPD dan sekolah yang ada.
Terima kasih
Admin
USR Blogger Team
Puisi : Menyelak Tabir Musibah
MENYELAK TABIR MUSIBAH
Setelah
terkurung dalam kamar tanggapan
dan
melihat titis hujan bah dari anjung tradisi
sebagai
musibah kifarat dosa-dosa manusia
dan
tanda murka pencipta pada sang durhaka
selakkan
tabir musibah seluas sarwajagat
melihat
kasih dari celah tragedi dasyat
dengan
akal bijaksana seraut makrifat
Tidakkah
kau dengar gemersik titis jatuh
pengucapan
bahasa cinta-Nya kepada kita
dengan
deru iradat mahakudrat meneriak
gelombang
peringatan siapa mahaberkuasa
setelah
kita sekian lama mabuk dan alpa
mencatur
ego dan kuasa sementara
Musibah
menerpa mencuci daki dunia
jua
daki dosa bakhil kita kepada manusia
lalu
Dia berikan kesempatan ini untuk kita
menebus
peluang berbuat kebajikan
bersedekah
dan berikan bantuan seikhlasnya
mereka
mangsa itu adalah saudara kita
Selaklah
di balik gelombang air bah itu
Dia
menzahirkan kasih dalam tragedi
segala
hedonisme tahun baru ranap
setidaknya
tertutup satu pintu maksiat
tiada
remaja bermukah dalam hanyir
tiada
anak luar nikah yang lahir
Siapa
duga masjid surau yang sunyi
tiba-tiba
menjadi sibuk berwarna-warni
dengan
solat hajat, bacaan yasin dan tahlil
Dia
menghantar musibah buat kita mengerti
jangan
menyisih amal untuk bekal kembali
Dengan
kasih dan rahmat-Nya dalam musibah
semua
pemimpin tanpa mengira parti siasah
turun
dan turut sama membantu rakyat susah
menyatu
gerak sehasrat kerjasama sehaluan
nasib
rakyat diutama dan didahulukan
nanti
rakyat juga menilai dan mengerti
siapakah
pemimpin bakal kekal atau diganti
Demikianlah
jika kita menyelak tabir musibah
dengan
iman dan akal bestari yang indah
kita
melihat kasih Allah di dalam susah
kita
melihat cinta Allah pada kita dan negara
reda
dan sabarlah dengan detik sukar
mungkin
musibah ini ujian dari Azawajalla
untuk
mengelak musibah yang lebih besar.
Lara MN
Kuala
Terengganu.
29122014
Motivasi : 'Reset minda' pekerja yang hebat
Oleh : Dr.
Muhaya Muhamad
Bagaimanakah
pemikiran ‘Reset Minda,’ yang memfokuskan kepada kekuatan minda bawah
sedar/minda segar membantu dalam pekerjaan? Bayangkan dengan ‘mata akal’ dan
‘mata hati’, kita bekerja dengan bersungguh-sungguh, sentiasa memberi
perkhidmatan lebih daripada biasa, sebab kita bekerja dengan niat kerana Allah
dan tempat kerja itu adalah ladang pahala kita.
Sebagai
pekerja, tiga perkara yang kita mesti elakkan jangan ada dalam hati kita.
Pertama, jangan bersaing, sebab akan menimbulkan rasa iri hati, dendam dan
cemburu. Kalau kita bersaing untuk mendapat sesuatu jawatan misalnya, kita akan
kecewa apabila kita tidak dapat.
Kedua,
jangan berasa kita penting. Kalau kita berasa diri kita penting, akan menimbulkan
rasa bongkak dan keegoan yang tinggi. Kita akan marah apabila orang tidak
memberikan penghormatan kepada kita, atau melayan kita dengan sepatutnya
selaras dengan apa yang telah kita sumbangkan sebagai pekerja.
Ketiga,
jangan mengharapkan penghargaan. Kita akan kecewa apabila sumbangan kita orang
tidak nampak, orang melupakan dan tidak menyebutnya. Jangan mengharapkan
penghargaan orang tetapi bekerjalah untuk mendapat keredaan Allah. Bekerjalah
dengan ikhlas dan jujur, dengan niat kerana Allah, untuk membuatkan majikan
kita gembira dan syarikat kita berjaya.
Kita
sendiri akan berasa bahagia kerana kita menyumbang untuk membahagiakan dan
memberikan kejayaan kepada orang lain. Jangan ragu-ragu untuk ‘memberi’
seberapa banyak idea/tenaga/pemikiran ketika bekerja, walaupun adakalanya kita
berasa sesak dengan gaji yang tidak seberapa. Anggap semua itu sebagai pencen
kubur kita. Allah ada, Allah akan ganti balik semua yang kita telah beri.
Seorang
pekerja yang hebat, dia akan sentiasa bertanya apa yang boleh dia beri atau
sumbangkan, dan bagaimana hendak pertingkatkan produktivitinya? Perkara yang
selalu difikir hanyalah, yang melibatkan manfaat yang patut dia berikan kepada
majikannya, bukan apa manfaat yang dia patut dapat daripada majikan untuk dirinya.
Iaitu, contohnya “Apa hak saya?” “Berapa bulan bonus?” dan seumpamanya.
Maknanya dia tidak akan sibuk bertanya, “apa yang saya boleh dapat dan apa yang
anda akan beri?”
Bekerjalah
lebih daripada sepatutnya. Insya-Allah Kalau kita tidak dinaikkan pangkat,
Allah beri rezeki dalam bentuk yang lain pula; anak jarang-jarang sakit, diri
sendiri susah demam, kereta yang ada tidak bermasalah - susah hendak rosak,
makan rasa sedap sentiasa rasa enak, balik rumah rasa tenang dan rasa tenteram,
dapat rakan yang baik - masa senang bersama masa susah tidak larikan diri.
Nikmat mana yang Allah sembunyi, semua Allah beri. Jom ‘Reset Minda’ untuk
gembira dan bahagia membahagiakan ketika bekerja.
‘Reset
Minda’ adalah satu konsep pemikiran yang melibatkan proses mengubah cara kita
berfikir atau memandang sesuatu perkara atau kejadian dengan sudut pandangan
yang berbeza dan baharu. Iaitu perubahan secara total, daripada sesuatu yang
negatif kepada positif; jika ia masalah – terima dan dilihat sebagai cabaran,
jika suatu musibah dipandang atau diterima sebagai ujian Allah, dengan
berlandaskan kepercayaan kepada Rukun Islam yang lima dan Rukun Iman yang enam.
Kita tidak
mencari salah orang, sebalik kita banyak melihat di mana kelemahan diri dan
bagaimana untuk mempertingkatkan prestasi kerja. Apa-apa yang berlaku kita
percaya sebagai takdir dan qadak dan qadar Allah. Contohnya kita menghadiri
temu duga untuk kenaikan pangkat. Sebagai pekerja; prestasi kerja kita sangat
baik, kita seorang yang berpengalaman, kelulusan pun menepati syarat temu duga,
kita pun boleh menjawab soalan penemu duga dengan baik, tetapi apabila
keputusan temu duga keluar, kita gagal.
Panduan
Yang dapat
jawatan kenaikan pangkat itu, pekerja yang lebih muda daripada kita, kurang
pengalaman, dan dari segi kelulusan kita sama atau lebih baik daripada mereka
yang berjaya dalam temu duga tersebut. Patutkah kita kecewa, patah semangat
untuk terus menyumbangkan perkhidmatan yang cemerlang? Wajarkah kita terus
menyalahkan dan mencari faktor luaran, mengapa mereka yang berjaya, dan kita
tidak berjaya?
Sebagai
pekerja kita mesti ada tiga sifat yang menjadi garis panduan untuk kita bekerja
dengan hebat. Pertama, hubudiyah (kehambaan). Kita menjadi pekerja sebagai
salah satu peranan kita sebagai insan untuk mendapatkan keperluan hidup, tetapi
peranan utama kita ialah menjadi hamba kepada Allah.
Jangan
sesekali dalam menjadi pekerja, kita menjadi hamba kepada manusia. Kita hanya
boleh menjadi hamba kepada Allah. Jika dalam melaksanakan kerja, kita
meninggalkan urusan kita dengan Allah, misalnya kerana sibuk mesyuarat hingga
terlepas solat, bermakna kita telah menghambakan diri kepada manusia.
Kalau kita
bekerja di sebuah institusi yang tidak membenarkan kita menutup aurat, kita
patut lepaskan jawatan di institusi itu. Sebab kita tidak boleh mematuhi
peraturan dan undang-undang manusia yang bercanggah dengan hukum Allah SWT.
Kedua,
mesti ada sifat masuliyah, bertanggungjawab. Apabila kita bekerja kerana Allah,
kita akan sentiasa sedar bahawa kita telah aku janji dengan majikan kita akan
melaksanakan segala tugas dengan penuh tanggungjawab kerana tempat kerja itulah
ladang pahala kita, bukan tempat kita merungut, mengeluh, menyesal, menyalahkan
dan mengumpat.
Ketiga,
ifqan buat kerja sebaik-baik mungkin. Amanah dalam melaksanakan tugas dengan
mengamalkan tiga perkara. Pertama, integriti dalam tempat kerja. Apa yang kita
cakap itu yang kita buat. Kedua, kita melayan orang lebih baik daripada kita
ingin dilayan. Ketiga, buat lebih daripada yang patut kita buat. Jangan buat
kerja sikit tetapi hendak pulangan lebih dan berkira masa kerja.
Kalau kita
pekerja terlalu berkira, nanti Allah juga akan berkira dengan kita, dan kita
juga akan jumpa dengan orang yang berkira dalam perjalanan hidup kita.
Kita hanya
akan dapat berdasarkan nilai yang kita beri, iaitu pertama, kita dibayar
berdasarkan keperluan yang dibayar. Kedua, bagaimana bagus atau tidak kita
melakukan kerja itu. Ketiga, berikan nilai tinggi hingga tidak ada orang boleh
ganti tempat kita.
Setiap
manusia akan dibayar berdasarkan nilai yang diberi kepada kerjanya. Kalau kita
melakukan sesuatu kerja, hasilnya rendah tetapi kita mendapat pulangan yang
besar bermakna Tuhan akan ambil balik dengan pelbagai cara; kereta rosak, duit
hilang dan pelbagai musibah. Kalau kita bagi manfaat dengan keikhlasan bekerja
di tempat kerja, Allah jaga keselamatan anak-anak, keluarga rumah yang kita
tinggalkan ketika kita bekerja. “Jom jaga diri, jaga akidah, ibadah dan
akhlak”.
Sumber :
Utusan
CUEPACS MOHON PERCEPAT BAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM
KUALA LUMPUR 29 Dis. - Bagi
meringankan beban kewangan akibat banjir yang melanda beberapa buah negeri,
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon
kerajaan agar mempercepat bayaran bonus penjawat awam kepada awal bulan Januari
2015.
Presidennya, Datuk Azih Muda
berkata, memandangkan keperluan sekolah yang dibeli oleh penjawat awam untuk
anak-anak mereka musnah akibat banjir, bayaran bonus amat diperlukan golongan berkenaan
bagi membuat persiapan awal persekolahan.
“Kami faham keprihatinan kerajaan melalui
pengumuman bayaran awal Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan penangguhan
permulaan sesi persekolahan, jadi CUEPACS harap kerajaan boleh mempertimbangkan
juga bayaran (awal) bonus kepada penjawat awam.
Jika bayaran bonus diawalkan,
mungkin ibu bapa sempat membuat persediaan untuk persekolahan anak-anak
mereka,” katanya dalam sidang media di Wisma CUEPACS di sini hari ini Semasa
membentangkan Bajet 2015 Oktober lepas,
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500
kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam dan ia dibayar bersama gaji Januari
2015.
Dalam pada itu, Azih berkata,
CUEPACS bersama Yayasan Pekerja Malaysia akan turun padang untuk membantu
mangsa-mangsa banjir dalam masa terdekat. CUEPACS juga telah berbincang dengan
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mendapatkan beberapa
doktor dan sebuah bas perubatan untuk membantu mangsa banjir di beberapa buah
negeri bagi mengelak penularan wabak berikutan banjir.
Katanya, setakat ini CUEPACS
telah menubuhkan jawatankuasa di peringkat negeri untuk turut memberi bantuan
seperti menjadi sukarelawan dan membersihkan rumah yang musnah akibat banjir.
Beliau turut meminta semua agensi kerajaan dan penjawat awam untuk tampil
menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk makanan dan pakaian serta bantuan
lain kepada mangsa banjir. Yang turut hadir dalam sidang media tersebut ialah
Pengerusi Eksekutif Yayasan Pekerja Malaysia, Datuk Omar Osman. - Bernama
Sekolah buka 11, 12 Januari
PUTRAJAYA 29 Dis. - Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan penangguhan sesi
persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu ekoran banjir
yang melanda khususnya di negeri-negeri Pantai Timur.
Beliau yang juga Menteri
Pendidikan berkata, sejajar dengan penangguhan itu, tarikh baharu bermulanya
sesi persekolahan untuk tahun hadapan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu
dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad) manakala bagi negeri-negeri lain
akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).
“Sebagai Menteri Pendidikan, saya
amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua
pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid
sekiranya sesi persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan.
“Mengikut jadual tarikh
bermulanya persekolahan ialah pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan,
Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 untuk negeri-negeri lain,”
katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Turut diambil kira katanya, keadaan guru-guru, ibu bapa serta murid-murid yang serba kekurangan akibat menjadi mangsa banjir. Mereka memerlukan masa untuk pemulihan serta membuat persiapan persekolahan masing-masing.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut meminta pihak pengurusan sekolah mengadakan gotong-royong bagi tujuan pembersihan kawasan sekolah sekiranya keadaan banjir pulih.
“Langkah ini bertujuan memastikan murid-murid dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna,” ujar Muhyiddin.
Timbalan Perdana Menteri turut memaklumkan sehingga semalam, sebanyak 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir sama ada dijadikan sebagai PPS atau sekolah berkenaan ditenggelami air akibat bencana tersebut.
sumber : Utusan Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)