Friday, May 30, 2014
Friday, May 23, 2014
Renungan Jumaat : Mensyukuri nikmat keamanan
Semalam kita dapat Merayakan Hari
Guru Peringkat Negeri dengan selamatnya. Begitu berbagai acara di seluruh
negara dapat berlangsung dengan aman dan selamat. Rakyat jelata negeri dapat
beriadah dan bergerak ke mana sahaja tanpa rasa takut dan terancam. Ini nikmat
keamanan yang patut kita syukuri.
Allah SWT menjadikan nikmat ini
sebagai medium untuk kita berfikir dan mengambil iktibar supaya meningkatkan
keimanan kepada Allah SWT. Keamanan bererti kita bebas daripada segala bentuk
ancaman yang menggugat keharmonian.
Alhamdulillah, kita bersyukur suasana harmoni ketika ini dapat dikawal dengan sebaiknya walaupun ada sedikit api perpecahan yang dilakukan oleh tangan-tangan gatal. Dengan keamanan, keselamatan akan terus terpelihara, keharmonian terbina dan agama Islam terus dilindungi.
Keamanan adalah asas utama menegakkan agama Islam, memaju dan memakmurkan sesebuah negara. Percayalah, kedaulatan agama Islam pasti tercalar jika keamanan negara tergugat dan mustahil untuk menegakkan syariat Islam jika negara kacau bilau dan huru hara.
Ingatlah, pentingnya keamanan dalam kehidupan manusia, sehingga Nabi Ibrahim pernah berdoa kepada Allah SWT supaya bumi Makkah dikurniakan dengan keamanan dan kemakmuran. Peristiwa ini berlaku ketika pembukaan kota Makkah sebagai pusat ibadah dan tanah suci.
Firman Allah SWT: “Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki daripada berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka.
Allah
berfirman: (Permohonanmu itu diterima), tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar
maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara
(di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan mengheretnya) ke azab neraka, dan
(itulah) seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 126)
Sejarah ketamadunan manusia menunjukkan bahawa nikmat keamanan mampu memberi sumbangan besar ke arah kemakmuran dan kesejahteraan hidup manusia sejagat.
Harus diingat, suasana aman yang dinikmati ketika ini sebahagian besar datangnya daripada penat jerih usaha perjuangan dan pengorbanan pasukan keselamatan khususnya Polis Diraja Malaysia. Mereka berusaha menjalankan tugas diamanahkan penuh komited dan bertanggungjawab.
Sejarah membuktikan institusi penting ini sudah wujud sejak zaman Khulafa’ ar-Rashidin. Sewaktu zaman pemerintahan Khalifah Saidina Umar al-Khattab, beliau mewujudkan pasukan keselamatan bagi menjaga keamanan orang awam.
Bahkan beliau sendiri turut serta menjalankan rondaan pada waktu malam melihat keadaan rakyatnya demi semata-mata untuk memastikan keselamatan dan kebajikan mereka terpelihara.
Fungsi pasukan keselamatan mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara tidak dapat dinafikan, apabila ia menjadi tunjang berdasarkan prinsip maqassid syar’iah yang lima, iaitu memelihara agama, akal, keturunan, nyawa dan harta benda.
Peranan mereka amat membantu umat Islam untuk mencapai kelima-lima matlamat itu. Sebagai masyarakat, kita seharusnya saling bekerjasama dalam membanteras kegiatan jenayah. Janganlah bersikap lepas tangan dan menyerah bulat-bulat kepada pasukan keselamatan menangani jenayah.
Keadaan ini akan menyebabkan gejala jenayah terus berleluasa yang akhirnya merugikan kita sendiri. Amalkan sikap ‘cakna’ atau ambil peduli pada keadaan sekeliling kita. Justeru, kita mesti bersatu untuk membolehkan kita hidup dalam keadaan aman dan selamat sejahtera.
Marilah bersatu mempertahankan negara, menyokong dan mempercayai segala usaha dilaksanakan anggota keselamatan demi mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara. Tanpa sokongan padu semua pihak, kesejahteraan dan kemakmuran negara tidak akan tercapai.
sumber : disesuaikan Berita Harian
Thursday, May 22, 2014
Tuan Haji Ariffin Haji Embong Tokoh Guru Terengganu 2014
KUALA TERENGGANU - Mantan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong telah dianugerahi Tokoh Guru Terengganu 2014 sempena Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu hari ini. Majlis gilang-gemilang itu telah disempurnakan oleh YAB Dato' Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu.
Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong yang memulakan kerjaya sebagai guru siswazah di SMK Chukai, Kemaman. Kemudian bertugas di beberapa buah sekolah seperti SMKA Tok Jiring (SMKA Tuan Haji Abas). Menjawat jawatan Guru Penolong Kanan di SMK Tengku Bariah dan mula berkhidmat sebagai Pengetua di SMK Bukit Sawa, Marang dan beberapa buah sekolah lagi. Sebelum dilantik sebagai Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan merangkap Timbalan Pengarah beliau adalah Pegawai Pendidikan Daerah Setiu. Puncak kerjaya Tuan Haji Ariffin ialah dilantik sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu mengantikan Tuan Haji Draman bin Muda.
Banyak legasi dan kehebatan pemikiran yang ditinggalkan beliau sepanjang memimpin Jabatan Pendidikan Terengganu dalam bidang akademik atau kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah pelajar. Slogan-slogan beliau sentiasa mencabar pemikiran seperti "buat kerja betul", "biasakan yang betul, betulkan yang biasa", "tengok dengan mata belalang jangan tengok dengan mata ikan panggang", "kerja hari ini tidak sama dengan kerja yang dahulu" dan sebagainya lagi.
Tokoh Guru Terengganu 2014 telah menerima hadiah berupa wang RM5,000.00 sumbangan kerajaan negeri, sumbangan Bank Simpanan Nasional RM3,000.00, sumbangan Bank Rakyat RM1,000.00 dan sumbangan Koperasi Warga Pendidikan Terengganu berjumlah RM1,000.00. Selain itu beliau juga menerima pelbagai hadiah iringan seperti medal, plak, persalinan, al-Quran.
Indah peria meleret ditanah
Berpaut enau menjengah cemara
Sekalung budi sekalung tahniah
Tokoh Guru Terengganu kita
Pohon
beringin ditepi perigi
Burung balam berlagu hiba
Biarpun tidak bersama lagi
Budi tuan abadi dijiwa
Tahniah!
Tuan Haji Arifin bin Haji Embong
Tokoh Guru Terengganu 2014.

Wednesday, May 21, 2014
Surat Tawaran Pelantikan DG41 bagi Guru PJJ
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu menerima 230 surat tawaran pelantikan DG41 bagi guru-guru di bawah Program PJJ. Tahniah kita ucapkan.
Guru-guru terlibat boleh mengambil sendiri di Unit Sekolah Rendah esok dan mulai minggu depan surat-surat akan dihantar secara pos . Sila hubungan Pn. Bibi di Unit Sekolah Rendah no telepon -096213390 jika tuan/puan berhasrat mengambil sendiri surat berkenaan.
Semoga dengan tawaran ini tuan/puan akan lebih bersemangat melaksanakan amanah sebagai pendidik anak bangsa. Tahniah.
Senarai penuh. KLIK

Monday, May 19, 2014
Taklimat Persediaan Pencalonan SKK Fasa 9 Sekolah Menengah
KUALA TERENGGANU - Jabatan Pendidikan Terengganu melalui Jawatankuasa Sekolah Kecemerlangan Negeri hari ini telah mengadakan taklimat Persediaan Pencalonan SKK Fasa 9 di Bilik Mesyuarat Anjung Ilmu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
Taklimat berkenaan telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia En. Hashim bin Mohd Zin, Timbalan Pengarah Pendidikan Terengganu. Selain Pengetua dan GPK sekolah terpilih, turut hadir ialah Ketua Unit Sekolah Menengah En. Ibrahim Ismail, wakil dari Sektor Jaminan Kualiti dan Penolong-Penolong PPD Pengurusan Sekolah dan pegawai meja SKK di jabatan.
Timbalan Pengarah Pendidikan dalam ucapan beliau mengingatkan para Pengetua dan Guru Penolong Kanan terlibat jangan sesekali mengabai atau melanggar prinsip dan dasar keadilan pendidikan terutama murid dalam usaha mencari dan mencapai kegemilangan pendidikan seperti SKK dan SBT. Beliau berharap murid-murid lemah tidak terpinggir semata-mata untuk mengejar GPS yang tinggi.
Beliau berharap SBT dan SKK mampu memberi impak untuk membangun sekolah secara holistik meliputi kepimpinan, kurikulum, kokurikulum, sahsiah, hubungan dan sebagainya supaya makna sekolah cemerlang itu dapat menjadi model dan rujukan contoh. Beliau mahu usaha membangun SKK dilaksanakan secara kolektif warga dan steackholder sekolah melalui kepimpinan berkesan pengetua sekolah.
Selain dari itu, beliau berkata untuk menjadikan sekolah SKK semua aspek "kemenjadian sekolah" perlu dimantapkan sama ada pengurusan, pembangunan murid, pencapaian kurikulum dan kokurikulum dan sebagainya lagi. Beliau juga mengingatkan PPD supaya dapat memanafaatkan kepakaran pegawai SIP dan SIC yang ada bagi membantu sekolah-sekolah calon SKK Fasa 9 dan berharap KPI KPPM dan Pengarah Jabatan Pendidikan untuk mewujudkan setiap daerah satu SBT dan dua SKK akan tercapai.
Sekolah-sekolah berpotensi untuk dicalon dan dipugarkan sebagai SKK terdiri Sekolah Menengah Sains, SMKA, SABK, SMK yang berada pada Band 1,2 dan 3. Alhamdulillah Terengganu mempunyai bilangan sekolah yang berpotensi dari pelbagai kategori.
Sementara itu Pn. Rohaya Mohd Noor, Penolong Pengarah Projek Khas / SBP / Kluster menyampaikan taklimat berkaitan konsep SKK dan Panduan Pemilihan Bidang Kebitaraan dengan dibantu oleh En. Mat Lazim Noor , Penyelia Kanan Projek Khas / Asli / Kluster. Beliau menyampaikan taklimat berkaitan proses pencalonan, penyediaan borang pencalonan, folio, slaid pembentangan verifikasi, profil sekolah dan slaid pencalonan.
Pembentangan pencalonan SKK Fasa 6 peringkat kementerian dijangka diadakan pada bulan Jun. Sehubungan itu urusetia Sekolah Kecemerlangan Negeri merancang untuk mengadakan bengkel pemurnian dan pembentangan peringkat negeri selain khidmat bimbingan melibatkan rakan Pengetua dan Guru Besar dari SBT dan SKK serta AJK Sekolah Kecemerlangan Negeri.
Bahan taklkimat boleh muat turun di SINI
Taklimat berkenaan telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia En. Hashim bin Mohd Zin, Timbalan Pengarah Pendidikan Terengganu. Selain Pengetua dan GPK sekolah terpilih, turut hadir ialah Ketua Unit Sekolah Menengah En. Ibrahim Ismail, wakil dari Sektor Jaminan Kualiti dan Penolong-Penolong PPD Pengurusan Sekolah dan pegawai meja SKK di jabatan.
Bahan taklkimat boleh muat turun di SINI
Sunday, May 18, 2014
Guru dekat di mata, melekat di sanubari
Sekurang-kurangnya
ada dua perkara besar yang berlaku dalam hidup saya pada tarikh 16 Mei.
Pertama, pada tarikh itulah saya diberikan kepercayaan memulakan tugas sebagai
Menteri Pendidikan Kedua. Kedua, dan lebih penting, pada tarikh itu jugalah
seluruh negara menyambut Hari Guru sebagai penghargaan kepada pengorbanan warga
pendidik.
Salah satu elemen penting dalam pendidikan adalah peranan guru. Oleh sebab itu, sambutan Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun amat tinggi nilainya kepada saya. Saya meletakkan martabat profesion guru ini pada kedudukan amat tinggi.

Dalam
Islam sendiri, banyak hadis yang menekankan betapa mulianya seorang guru. Imam
At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Abu ‘Umamah al-Bahili telah berkata bahawasanya
Rasulullah SAW bersabda: “Kelebihan orang alim (ulama) atas ahli ibadat seperti
kelebihanku ke atas orang yang paling rendah antara kamu. Baginda bersabda
lagi, sesungguhnya malaikat dan penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam
lubangnya berserta ikan berselawat (berdoa) untuk orang yang mengajar kebaikan
kepada manusia.
Melihat
kepada hadis ini sahaja sudah cukup menggambarkan betapa tingginya martabat
guru. Hari Guru mengingatkan saya kepada bekas Pengetua Cemerlang di Sekolah
Menengah Tengku Mahmud, Besut, Allahyarham Cikgu Fatimah yang sentiasa berjumpa
dengan ibu bapa untuk mengatasi isu murid kesayangan.
Sentiasa beri motivasi
Beliau sentiasa memberi motivasi dan sokongan kepada muridnya walaupun di luar waktu persekolahan. Ketika Cikgu Fatimah sakit, murid menjaganya sehinggalah beliau meninggal dunia. Sayangnya murid kepada guru apabila guru sayang kepada murid.
Saya sendiri tidak dapat melupakan jasa dan budi guru yang begitu sabar mengajar saya ketika bersekolah dahulu. Ketika saya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh, Besut, Terengganu, saya masih ingat kesabaran Cikgu Masnah, Cikgu Mariam, Cikgu Ali Yusof, Mr Wong, Cikgu Rahim dan Cikgu Tengku Norizan melayan kerenah budak-budak kampung termasuk saya.

Mereka begitu komited memastikan kami memahami setiap apa yang mereka ajar. Masih terbayang dalam ingatan saya wajah Cikgu Ali Yaacob, Guru Besar sekolah saya dahulu. Beliau masih melawatnya dari semasa ke semasa.
Berkat
kesabaran cikgu Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh, keputusan yang baik dalam
peperiksaan melayakkan saya memasuki Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR).
Pengalaman di STAR banyak mematangkan saya. Gurunya amat berdedikasi. Di
hadapan saya bagaikan terlihat semula kelibat Cikgu Lau Hut Yee yang begitu
bersemangat mengajar Sains. Tidak dapat saya lupakan Cikgu Sarjit Singh, warden
Rumah Hijau yang amat saya hormati walaupun garang.
Wajah guru STAR seperti Cikgu Ong Bee Jeng, Ustaz Mohamad dan Cikgu Ali masih kekal dalam ingatan saya. Mereka tanpa mengenal bangsa dan agama, gigih mengajar saya menjadi pemikir, olahragawan dan pemimpin. Merekalah yang membentuk persepsi saya bahawa menjadi guru bukan setakat satu profesion, tetapi menuntut lebih daripada itu. Profesion ini menuntut seluruh jiwa, keikhlasan dan pengorbanan. Profesion ini memerlukan ‘jiwa guru’.
Kemungkinan itulah sebabnya saya tertarik hati dan ditakdirkan berkahwin dengan seorang guru. Secara dekat saya berpeluang melihat bagaimana isteri saya memainkan peranan sebagai guru dengan bersungguh-sungguh dan sabar, dan pada masa yang sama di rumah sebagai ibu yang mendidik lima orang cahaya mata kami.

Bincang
cabaran dihadapi guru
Semua anak kami mendapat pendidikan awal di dalam negara. Ada yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi tempatan dan ada yang murah rezeki berjaya ke luar negara. Kami bersyukur, semua mereka sekarang menjadi anak kebanggaan kami dan kini kami dikurniakan tiga cucu. Alhamdulillah. Saya juga kadangkala berbincang dengan isteri mengenai cabaran yang dihadapi guru. Insya-Allah, pandangannya memberi perspektif berbeza kepada saya dalam menjalankan tugasan saya.
Di peringkat Kementerian Pendidikan, usaha memperkasakan profesion guru ini tidak pernah ada noktahnya. Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025), kementerian komited menjadikan profesion guru ini pada masa yang akan datang, hanya dipilih dalam kalangan graduan yang cemerlang dari segi akademiknya dan terbaik dalam pencapaian kokurikulumnya.
Stigma sebelum ini yang menyatakan bahawa profesion guru adalah pilihan terakhir harus segera dikikis. Bukan itu guru yang kita mahukan untuk mendidik anak bangsa kita menjadi bangsa yang dikagumi dunia.
Saya sedar cabaran guru sekarang dalam mendidik murid sudah jauh berbeza daripada zaman ketika saya bersekolah dahulu. Ekoran kepesatan pembangunan teknologi komunikasi, murid sekarang adalah Generasi Y yang sentiasa terdedah dengan pelbagai pengaruh di sekeliling mahupun di dunia langit terbuka.
Murid sekarang bukan sahaja bersaing dengan rakan sekelas, tetapi juga dengan rakan media sosialnya di dunia. Senario ini menuntut perhatian dan iltizam guru yang bukan sedikit. Namun percayalah, Kementerian Pendidikan tidak akan membiarkan guru mengharungi gelombang perubahan ini bersendirian. Kementerian menyusun pelbagai strategi sebagai persediaan.
Secara peribadi, saya sentiasa menghulurkan tangan membantu guru melaksanakan tugas mulia mereka. Guru mempunyai tempat yang istimewa di hati saya. Selamat menyambut Hari Guru untuk semua guru yang tercinta

Sumber : Rencana ini adalah tulisan YB Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan 11 dan disiarkan oleh Berita Harian pada 15 Mei 2014.
Saturday, May 17, 2014
Sembang Sabtu : Guru - Arkitek memanusiakan manusia
Semalam tanggal 16 Mei seluruh negara merayakan Sambutan Hari Guru 2014 yang bertemakan Guru : Pencetus Kreativiti dan Penjana Inovasi. Kebanyakan media sosial seperti Facebook, Whatsap dan sebagainya penuh dengan ucapan Selamat Hari Guru kepada bekas guru-guru mereka dan juga rakan taulan yang berkhidmat sebagai guru atau pendidik. Ucapan-ucapan sedemikian menggambarkan mereka yang dewasa, berjaya dan berkerjaya hari ini pernah menjadi murid dan belajar daripada seseorang yang menjadi guru.
Namun tidak kurang daripada kita yang seolah-olah mereka menjadi bijak, pandai, berjaya dan menikmati kemewahan hidup adalah hasil kepandaian dan usaha mereka tanpa tunjukajar dan bimbingan para guru. Justru itu mereka tidak pernah merasa aib malu melakukan tindakan, aktiviti dan tingkahlaku yang bertentangan dengan nilai-nilai hidup agama dan budaya serta masyarakat yang mana nilai-nilai tidak pernah termasuk dalam kurikulum yang diajar oleh guru. Guru yang baik dan mulia tidak mengajar muridnya menderhakai ibu bapa, tidak menghormati orang tua, mengkhinati pemimpin dan negara, rasuah dan salah guna kuasa dan sebagainya. Guru hanya mendidik manusia yang diamanahkan untuk dia menjadi manusia, menjadi insan yang punya ehsan, menjadi ummat yang boleh memberi manafaat.
Jika ditanya kepada bekas-bekas guru tentang murid yang mengembirakan hati mereka, mereka akan merasa bangga kepada murid-muridnya yang bukan sahaja sekadar berjaya dalam hidup tetapi mulia budi pekertinya. Murid yang jadi manusia. Dan murid-murid ini masa di sekolah dahulu adalah murid yang nakal dan lemah tetapi mempunyai kelebihan dalam bidang-bidang lain seperti permainan, pertukangan dan sebagainya. Guru yang adil dan bijak tetap memberi layanan yang sama ada mereka cantik atau hodoh, lemah atau cerdik kerana tujuan dasar mendidik muridnya berjaya dan berguna. Lumrahnya murid-murid yang nakal atau lemah inilah sangat menghargai dan mengingati guru apalagi bila mereka telah berjaya. Inilah impak didikan kita yang kita tidak nampak semerta semasa di sekolah tetapi begitu bermakna bila dewasa.
Walaupun terdapat perubahan dan perkembangan pesat dalam bidang pendidikan terutama penggunaan teknologi canggih namun tugas dan peranan guru untuk memanusiakan muridnya tidak boleh diambil alih oleh sesiapapun.Mendidik hati manusia memerlukan manusia yang menjadi guru. Justru masa berkualiti pdp dan pedagogi berkesan adalah ruang yang sangat penting untuk mendidik murid kita. Di situlah segala proses penitisan ilmu, nilai, sikap, dorongan dan pemupukan potensi akan berlaku. Ini saat kritikal seseorang guru melaksanakan proses memanusiakan muridnya.Segala kreativiti dan inovasi pdp guru yang maksima diperlukan. Sebab itu ada pihak berkata tranformasi sebenar pendidikan ialah di dalam kelas semasa pdp. Jika gagal dilaksanakan proses pdp maka gagallah proses memanusiakan murid dan gagallah tranformasi pendidikan.
Oleh kerana tugas memanusiakan murid sangat besar dalam pembangunan dan masa depan negara maka kerajaan sentiasa merancang dan berusaha memperbaiki sistem pendidikan dan menyediakan pelbagai insentif untuk para guru. Melalui PPPM 2013 hingga 2025 kualiti dan kemahiran akan sentiasa dipertingkatkan bukan sahaja memilih calon guru berkualiti tetapi juga memberi latihan kepada guru-guru sedia ada. Tujuannya tidak lain agar hasrat melahirkan murid yang diingini dapat dicapai dan dilaksanakan dengan berkesan. Di mana guru dan sistem pendidikan difokus untuk melahirkan enam aspirasi murid dihasratkan iaitu murid yang mempunyai ilmu pengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir, memguasai dwibahasa, mempunyai kemahiran kepimpinan, beridentitikan identiti nasional serta mempunyai nilai etika dan kerohanian yang baik.
Dengan visi dan harapan besar ini maka tugas kita sebagai guru disesuaikan dengan perubahan semasa. Mungkin stail kita mendidik murid-murid kita lima belas dan dua puluh tahun dahulu sudah tidak sesuai.Jutru itu kita perlu flexible dengan bersedia pantas melengkapkan diri dengan kemahiran dan bahan bantu mengajar yang baru. Inilah antara cabaran guru pada masa ini. Kita bukan sahaja melengkapkan diri dengan pengetahuan bagi menyaingi pelajar kita yang mampu mengakses maklumat global tetapi juga perlu menguasai kemahiran penggunaan peralatan atau gajet atau bahan-bahan soft dan hard untuk bantuan mengajar kepada murid kita. Dalam makna lain kita tidak boleh lagi berdasarkan calk dan talk dan stok ilmu sedia ada untuk mengajar murid. Kita perlu upgred kemahiran dan pengetahuan kita sesuai dengan upgred hasrat dan sesuai dengan upgred pangkat kita.
Berdasarkan enam aspirasi murid di atas itulah rupa watak murid kita inginkan yakni bijak,mahir,berakhlak mulia dan mampu manafaatkan kejayaannya pada diri, keluarga, bangsa dan negara. Oleh itu guru selaku pelaksana dasar mesti sedar bahawa kegagalan kita menyebabkan kegagalan segala dasar dan hasrat kerajaan ataupun masyarakat kita. Ini cabaran dan tanggungjawab yang sangat besar diletakkan di atas bahu kita. Kitab diberi peranan dan tanggungjawab itu kerana kitalah selayaknya "arkitek yang mampu dengan pertolongan Allah untuk memanusiakan manusia". Sesungguhnya kita perlu rasa terhormat dan berlapang dada menerima penghormatan dan tanggungjawab ini.
Selamat Hari Guru, Terima kasih Cikgu.

26,200 guru naik pangkat
MUHYIDDIN Yassin merasmikan sambutan Hari Guru ke-43 yang
bertemakan
Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi, di PWTC, Kuala Lumpur,
semalam
KUALA LUMPUR 16 Mei - Seramai 26,200
guru lepasan diploma dan siswazah di seluruh negara menerima kenaikan pangkat
sejak 1 Januari lalu selepas kerajaan memperkenalkan skim perkhidmatan
bersepadu dengan menjadikan aspek kecemerlangan sebagai garis panduan utama
penilaian.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin berkata, daripada jumlah tersebut, paling ramai yang
menikmati kenaikan pangkat hasil skim berkenaan ialah kumpulan guru bukan
siswazah iaitu 354 dinaikkan gred DGA38, 11,314 dinaikkan gred DGA34 dan 4,091
dinaikkan gred DGA32.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan
menambah, sehingga Jun 2014, bagi kumpulan pendidik lepasan siswazah pula
dijangkakan seramai 195 guru dinaikkan gred DG54, 643 dinaikkan gred DG52, 803
dinaikkan gred DG48 dan 8,954 guru bakal menikmati tangga gaji baharu gred
DG44.
"Bagi melaksanakan semua urusan
kenaikan pangkat guru, kerajaan memperuntukkan sejumlah besar kewangan
sekaligus membuktikan kesungguhan kerajaan untuk memberi pengiktirafan kepada
guru dalam usaha membentuk serta melahirkan modal insan yang berpersonaliti
unggul.
"Saya berharap peluang kenaikan
pangkat ini akan memberi semangat dan dorongan kepada semua guru untuk
meningkatkan prestasi masing-masing," katanya semasa berucap merasmikan
sambutan Hari Guru ke-43 yang bertemakan Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana
Inovasi di sini hari ini.
Yang turut hadir Menteri Pendidikan
II, Datuk Seri Idris Jusoh; Timbalan Menteri Pendidikan I dan II, Datuk Mary
Yap Kain Ching serta P. Kamalanathan dan isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan
Sri Noorainee Abdul Rahman.
Selain itu, Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Madinah Mohamad; Ketua Setiausaha II
Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang dan Ketua Pengarah Pelajaran,
Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof juga turut hadir.
Sempena sambutan tersebut, Penasihat
Kluster Johor, Tengku Azuan Tengku Mohamed dipilih sebagai Tokoh Guru
Kebangsaan 2014 manakala bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin
Mohd. Dom dianugerahkan Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2014.
Menurut Timbalan Perdana Menteri,
menjelang tahun depan pula, seramai 27,105 guru bakal menikmati kenaikan
pangkat hasil daripada skim sama kerana ketika ini mereka sedang mengikuti
Program Pensiswazahan Guru (PPG) dan dijangka bakal menamatkan pengajian pada
2015.
Dalam perkembangan berkaitan,
Muhyiddin mahu nilai profesional guru ditingkatkan dengan kualiti menjadi
keutamaan bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 mencapai objektif sebagaimana diharapkan pihak kerajaan.
Jelasnya, bagi tujuan itu, latihan
guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) akan dimantapkan dengan penekanan
diberikan kepada unsur-unsur kreativiti dan inovasi merangkumi program diploma
perguruan serta sarjana muda perguruan.
Pada masa yang sama, beliau juga
menuntut para guru agar sentiasa menambah nilai intelektual masing-masing
kerana golongan pendidik merupakan ejen perubahan dalam usaha kerajaan
melahirkan modal insan berkualiti yang sangat diperlukan negara.
"Guru biasa memberi petunjuk
jalan yang betul, tetapi guru yang hebat memberi inspirasi kepada kita untuk
mengenal diri. Mereka menggalakkan kita untuk menonjolkan bakat yang ada. Guru
yang hebat mengasuh murid mereka untuk menjadi pemimpin.
"Jadi, guru perlu bersedia
menerima perubahan dan memiliki ciri inovatif memandangkan tugas serta
tanggungjawab mereka cukup besar khususnya dalam menghadapi persaingan global
yang menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan," katanya.
Sumber : Utusan Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)