Monday, May 12, 2014

Selamat Bersara, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah

Jabatan Pendidikan Terengganu kehilangan salah seorang pegawai kanan yang dedikasi apabila Yang Berbahagia Tuan Haji Md Yasin bin Mohd Salleh mula bersara wajib mulai esok, 13 Mei 2014. Beliau adalah Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Kami warga Sektor Pengurusan Sekolah , JPNT mengucapkan selamat bersara, semoga diberi Allah limpahan rahmat kesihatan, murah rezeki dan panjang umur pada beliau dan keluarga.



Pohon beringin ditepi perigi
Burung belatuk berlagu hiba
Biarpun tidak bersama lagi
Budi tuan abadi dijiwa

Burung kedidi terbang sekawan
Turun sekejap di tepi kali
Budi tuan terlipat diingatan
Kejap terpahat di dalam hati

Bersiul nuri dihujung dahan 
Terpegun indah anak kelicap 
Sepuluh jari hamba susunkan 
Mohon ampun salah dan silap

Pohon pandan di sulur mempelas
Dahan selasih condong ke barat
Harapan tuan kan kami galas
Demi kasih, bangsa  berdaulat

 

1 ulasan:

Anonymous said...

Selamat bersara tuan, kita pernah mengajar bersama-sama di SMK Tengku Intan Zaharah 1986 - 1991, termasuk almarhum Che Omar dan Zakariah Ali. Sememangnya tuan seorang yang penuh dedikasi walaupun masa itu hanya seorang guru biasa. Semoga tuan dikurniakan kesihatan berpanjangan menikmati kehidupan sebagai pesara guru... daripada Dr Abd Wahab bin Muda, Pensyarah Kanan, IAB Cawangan Genting Highlands.

Post a Comment