Monday, May 19, 2014

Taklimat Persediaan Pencalonan SKK Fasa 9 Sekolah Menengah

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pendidikan Terengganu melalui Jawatankuasa Sekolah Kecemerlangan Negeri hari ini telah mengadakan taklimat Persediaan Pencalonan SKK Fasa 9 di Bilik Mesyuarat Anjung Ilmu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Taklimat berkenaan telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia En. Hashim bin Mohd Zin, Timbalan Pengarah Pendidikan Terengganu. Selain Pengetua dan GPK sekolah terpilih, turut hadir ialah Ketua Unit Sekolah Menengah En. Ibrahim Ismail, wakil dari Sektor Jaminan Kualiti dan Penolong-Penolong PPD Pengurusan Sekolah dan pegawai meja SKK di jabatan.

Timbalan Pengarah Pendidikan dalam ucapan beliau mengingatkan para Pengetua dan Guru Penolong Kanan terlibat jangan sesekali mengabai atau melanggar prinsip dan dasar keadilan pendidikan terutama murid dalam usaha mencari dan mencapai kegemilangan pendidikan seperti SKK dan SBT. Beliau berharap murid-murid lemah tidak terpinggir semata-mata untuk mengejar GPS yang tinggi.

Beliau berharap SBT dan SKK mampu memberi impak untuk membangun sekolah secara holistik meliputi kepimpinan, kurikulum, kokurikulum, sahsiah, hubungan dan sebagainya supaya makna sekolah cemerlang itu dapat menjadi model dan rujukan contoh. Beliau mahu usaha membangun SKK dilaksanakan secara kolektif warga dan steackholder sekolah melalui kepimpinan berkesan pengetua sekolah.

Selain dari itu, beliau berkata untuk menjadikan sekolah SKK semua aspek "kemenjadian sekolah" perlu dimantapkan sama ada pengurusan, pembangunan murid, pencapaian kurikulum dan kokurikulum dan sebagainya lagi. Beliau juga mengingatkan PPD supaya dapat memanafaatkan kepakaran pegawai SIP dan SIC yang ada bagi membantu sekolah-sekolah calon SKK Fasa 9 dan berharap KPI KPPM dan Pengarah Jabatan Pendidikan untuk mewujudkan setiap daerah satu SBT dan dua SKK akan tercapai.

Sekolah-sekolah berpotensi untuk dicalon dan dipugarkan sebagai SKK terdiri Sekolah Menengah Sains, SMKA, SABK, SMK yang berada pada Band 1,2 dan 3. Alhamdulillah Terengganu mempunyai bilangan sekolah yang berpotensi dari pelbagai kategori.

Sementara itu Pn. Rohaya Mohd Noor, Penolong Pengarah Projek Khas / SBP / Kluster menyampaikan taklimat berkaitan konsep SKK dan Panduan Pemilihan Bidang Kebitaraan dengan dibantu oleh En. Mat Lazim Noor , Penyelia Kanan Projek Khas / Asli / Kluster. Beliau menyampaikan taklimat berkaitan proses pencalonan, penyediaan borang pencalonan, folio, slaid pembentangan verifikasi, profil sekolah dan slaid pencalonan.

Pembentangan pencalonan SKK Fasa 6 peringkat kementerian dijangka diadakan pada bulan Jun. Sehubungan itu urusetia Sekolah Kecemerlangan Negeri merancang untuk mengadakan bengkel pemurnian dan pembentangan peringkat negeri selain khidmat bimbingan melibatkan rakan Pengetua dan Guru Besar dari SBT dan SKK serta AJK Sekolah Kecemerlangan Negeri.

Bahan taklkimat boleh muat turun di SINI


No comments:

Post a Comment