Syed Ali Al Habshee (kanan) dan Habib Ali Zaenal Abidin bersama warga
guru Zon Bangsar dan Pudu Kuala Lumpur mengikuti program ceramah
agama
di Dewan YPC, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kerjaya guru bukan sahaja diterima sebagai ibadah tetapi
lebih merupakan satu ibadah tertinggi daripada ibadah fardu kifayah yang lain,
dan akan mendapat ganjaran yang tinggi daripada Allah, kata Habib Ali Zaenal
Abidin.
Menurut pendakwah itu, segala usaha titik peluh dan
pengorbanan guru akan memberikan kebaikan dan manfaat kepada orang lain, lebih
daripada untuk dirinya sendiri.
"Semua ilmu yang diperoleh akan dapat diperluas
penyebaran dan penggunaannya bukan sahaja untuk tujuan ibadah fardu ain seperti
solat, zakat dan sebagainya tetapi merangkumi ibadah fardu kifayah termasuk
bidang kerjaya, antaranya perniagaan, kedoktoran, ekonomi dan politik,"
katanya.
Beliau berkata demikian dihadapan 300 pengetua, guru besar
dan guru dari sekolah-sekolah Zon Bangsar dan Pudu Kuala Lumpur yang menghadiri
ceramah anjuran Biro Pendidikan, Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) di Kuala
lumpur baru-baru ini.
Sementara itu, Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Al Habshee
menegaskan, yayasan tidak hanya memberikan fokus kepada program akademik
sahaja, dan ceramah agama ini merupakan satu pendekatan bersepadu yang dapat
memberikan manfaat kepada guru.
Profesyen Guru Sebagai Satu Ibadah sangat releven dengan
sambutan Hari Guru tahun ini kerana dapat membentuk satu kefahaman dan
kesepakatan di kalangan guru Islam untuk melaksanakan tugas harian mereka
dengan lebih yakin, terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala
Lumpur," ujarnya.
sumber : Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment