Sekurang-kurangnya
ada dua perkara besar yang berlaku dalam hidup saya pada tarikh 16 Mei.
Pertama, pada tarikh itulah saya diberikan kepercayaan memulakan tugas sebagai
Menteri Pendidikan Kedua. Kedua, dan lebih penting, pada tarikh itu jugalah
seluruh negara menyambut Hari Guru sebagai penghargaan kepada pengorbanan warga
pendidik.
Salah satu elemen penting dalam pendidikan adalah peranan guru. Oleh sebab itu, sambutan Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun amat tinggi nilainya kepada saya. Saya meletakkan martabat profesion guru ini pada kedudukan amat tinggi.

Dalam
Islam sendiri, banyak hadis yang menekankan betapa mulianya seorang guru. Imam
At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Abu ‘Umamah al-Bahili telah berkata bahawasanya
Rasulullah SAW bersabda: “Kelebihan orang alim (ulama) atas ahli ibadat seperti
kelebihanku ke atas orang yang paling rendah antara kamu. Baginda bersabda
lagi, sesungguhnya malaikat dan penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam
lubangnya berserta ikan berselawat (berdoa) untuk orang yang mengajar kebaikan
kepada manusia.
Melihat
kepada hadis ini sahaja sudah cukup menggambarkan betapa tingginya martabat
guru. Hari Guru mengingatkan saya kepada bekas Pengetua Cemerlang di Sekolah
Menengah Tengku Mahmud, Besut, Allahyarham Cikgu Fatimah yang sentiasa berjumpa
dengan ibu bapa untuk mengatasi isu murid kesayangan.
Sentiasa beri motivasi
Beliau sentiasa memberi motivasi dan sokongan kepada muridnya walaupun di luar waktu persekolahan. Ketika Cikgu Fatimah sakit, murid menjaganya sehinggalah beliau meninggal dunia. Sayangnya murid kepada guru apabila guru sayang kepada murid.
Saya sendiri tidak dapat melupakan jasa dan budi guru yang begitu sabar mengajar saya ketika bersekolah dahulu. Ketika saya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh, Besut, Terengganu, saya masih ingat kesabaran Cikgu Masnah, Cikgu Mariam, Cikgu Ali Yusof, Mr Wong, Cikgu Rahim dan Cikgu Tengku Norizan melayan kerenah budak-budak kampung termasuk saya.

Mereka begitu komited memastikan kami memahami setiap apa yang mereka ajar. Masih terbayang dalam ingatan saya wajah Cikgu Ali Yaacob, Guru Besar sekolah saya dahulu. Beliau masih melawatnya dari semasa ke semasa.
Berkat
kesabaran cikgu Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh, keputusan yang baik dalam
peperiksaan melayakkan saya memasuki Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR).
Pengalaman di STAR banyak mematangkan saya. Gurunya amat berdedikasi. Di
hadapan saya bagaikan terlihat semula kelibat Cikgu Lau Hut Yee yang begitu
bersemangat mengajar Sains. Tidak dapat saya lupakan Cikgu Sarjit Singh, warden
Rumah Hijau yang amat saya hormati walaupun garang.
Wajah guru STAR seperti Cikgu Ong Bee Jeng, Ustaz Mohamad dan Cikgu Ali masih kekal dalam ingatan saya. Mereka tanpa mengenal bangsa dan agama, gigih mengajar saya menjadi pemikir, olahragawan dan pemimpin. Merekalah yang membentuk persepsi saya bahawa menjadi guru bukan setakat satu profesion, tetapi menuntut lebih daripada itu. Profesion ini menuntut seluruh jiwa, keikhlasan dan pengorbanan. Profesion ini memerlukan ‘jiwa guru’.
Kemungkinan itulah sebabnya saya tertarik hati dan ditakdirkan berkahwin dengan seorang guru. Secara dekat saya berpeluang melihat bagaimana isteri saya memainkan peranan sebagai guru dengan bersungguh-sungguh dan sabar, dan pada masa yang sama di rumah sebagai ibu yang mendidik lima orang cahaya mata kami.

Bincang
cabaran dihadapi guru
Semua anak kami mendapat pendidikan awal di dalam negara. Ada yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi tempatan dan ada yang murah rezeki berjaya ke luar negara. Kami bersyukur, semua mereka sekarang menjadi anak kebanggaan kami dan kini kami dikurniakan tiga cucu. Alhamdulillah. Saya juga kadangkala berbincang dengan isteri mengenai cabaran yang dihadapi guru. Insya-Allah, pandangannya memberi perspektif berbeza kepada saya dalam menjalankan tugasan saya.
Di peringkat Kementerian Pendidikan, usaha memperkasakan profesion guru ini tidak pernah ada noktahnya. Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025), kementerian komited menjadikan profesion guru ini pada masa yang akan datang, hanya dipilih dalam kalangan graduan yang cemerlang dari segi akademiknya dan terbaik dalam pencapaian kokurikulumnya.
Stigma sebelum ini yang menyatakan bahawa profesion guru adalah pilihan terakhir harus segera dikikis. Bukan itu guru yang kita mahukan untuk mendidik anak bangsa kita menjadi bangsa yang dikagumi dunia.
Saya sedar cabaran guru sekarang dalam mendidik murid sudah jauh berbeza daripada zaman ketika saya bersekolah dahulu. Ekoran kepesatan pembangunan teknologi komunikasi, murid sekarang adalah Generasi Y yang sentiasa terdedah dengan pelbagai pengaruh di sekeliling mahupun di dunia langit terbuka.
Murid sekarang bukan sahaja bersaing dengan rakan sekelas, tetapi juga dengan rakan media sosialnya di dunia. Senario ini menuntut perhatian dan iltizam guru yang bukan sedikit. Namun percayalah, Kementerian Pendidikan tidak akan membiarkan guru mengharungi gelombang perubahan ini bersendirian. Kementerian menyusun pelbagai strategi sebagai persediaan.
Secara peribadi, saya sentiasa menghulurkan tangan membantu guru melaksanakan tugas mulia mereka. Guru mempunyai tempat yang istimewa di hati saya. Selamat menyambut Hari Guru untuk semua guru yang tercinta

Sumber : Rencana ini adalah tulisan YB Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan 11 dan disiarkan oleh Berita Harian pada 15 Mei 2014.
No comments:
Post a Comment