Monday, February 28, 2011

Tahniah ! 30 Sekolah Terengganu meraih Anugerah Tawaran Baru (New Deals) Tahun 2010

586 guru besar dapat ganjaran

28/02/2011 11:19am

JASIN 28 Feb. - Seramai 586 guru besar hari ini menerima ganjaran RM7,500 seorang bagi anugerah tawaran baru berikutan pencapaian prestasi yang memberangsangkan. Mereka menerima ganjaran itu daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada satu majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Zahiruddin, Ayer Tawar, Merlimau, di sini pagi ini. - Utusan

Tahniah dan Syabas kepada 30 daripada 45 buah sekolah rendah negeri Terengganu  yang berjaya menerima Anugerah Tawaran Baru (New Deals) bagi Tahun 2010.Sekolah yang menerima anugerah ini melalui program Sub NKRA Pendidikan difahamkan Guru Besarnya akan menerima RM7,500, 5% guru akan menerima RM1,900 dan 95% guru lagi akan menerima RM900.00 setiap seorang.

Kita sangat berharap pengiktirafan ini akan memberi inspirasi dan dorongan kepada setiap sekolah untuk membuat lonjakan dan sentiasa berada dalam kualiti tinggi dalam semua aspek pengurusan persekolahan.Kita juga tidak mahu mendengar "cerita" sekolah yang memperolehi anugerah ini seperti "cerita" anugerah lain yang diterima oleh warga sekolah sebelum ini.Bersyukur dan teruskan usaha ,insyaalah kecemerlangan akan dicapai,anugerah  bakal digapai..

Senarai Sekolah Rendah Terengganu yang menerima Anugerah Tawaran Baru 2010
boleh dilihat di sini


Sunday, February 27, 2011

Permohonan Pengelola Cemerlang DGA38(KUP) 2011

Permohonan terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan DIploma (PPLD) Gred DGA34 hakiki yang berkhidmat di Bahagian KPM,IPGM,JPN dan PPD yang memenuhi syarat-syarat berikut:
  1. Calon perlu mengisi borang permohonan PC38/11/A
  2. Mencapai prestasi(85% ke atas) berdasar LNP Tahun 2008,2009,2010
  3. Bebas Tindakan Tatatertib
  4. Lulus Istihar harta
  5. Lulus Tapisan SPRM
  6. Bebas dari pinjaman tegar Institusi Pinjaman/Tabung Pendidikan
  7. Diperaku oleh Pengarah Pelajaran Negeri
  8. Sedang berkhidmat sebagai Pengelola Gred DGA34 hakiki sekurang-kurang 3 tahun secara berterusan
  9. Tarikh naik pangkat Pengelola  DGA34 hakiki ialah sebelum atau pada 28 Jun 2008
  10. Mempunyai sekurangnya 1 tahun lagi perkhidmatan sebelum bersara wajib pada tarikh permohonan
SEMUA PERMOHONAN YANG LENGKAP  MESTI SAMPAI KEPADA:

Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu
Jalan Bukit Kecil
20604 Kuala Terengganu
(U.P: Ketua Unit,Naik Pangkat)

PADA ATAU SEBELUM 15 MAC 2011

Catatan : Borang Permohonan dan semua dokumen hanya cukup ditebuk dan diikat dengan tali (tidak perlu binding) dan dimasukkan ke dalam sampul sebelum dipos di alamat di atas.

PERMARKAHAN DGA38(KUP) PENGELOLA CEMERLANG 
  • Markah LNPT 2008,2009,2010       -  40 %
  • Penilaian (Borang Permohonan)      -  30 %    -  calon mesti isi dengan lengkap berserta dokumen sokongan sebagai aviden
  • Pemantauan Pengurusan                  - 30%
Dokumen berkaitan permohonan boleh didownload melalui link di bawah:
  1. Surat Iklan Pengelola Cemerlang DGA38(KUP)
  2. Borang Permohonan Bahagian A
  3. Borang Permohonan Bahagian B
  4. Akuan Ketua Jabatan
  5. Lampiran T1 - Tapisan SPRM
Sehubungan dengan itu Urusetia Unit Naik Pangkat dan Tatatertib JPN Terengganu akan mengadakan taklimat khas kepada semua Pengelola Gred Hakiki DGA34 di JPN,PPD dan BTPN sama ada yang lama atau baru bagi memberi pendedahan dan tatacara permohonan sebagaimana berikut:

Tarikh      : 6 Mac 2011 (Ahad)
Jam          : 9.45 pagi
Tempat    : Rumah Tamu JPNT (Berhampiran SK Sultan Sulaiman 2,K.Terengganu)

Sekian untuk makluman dan tindakan Pengelola berkenaan.

Perkongsian - Selayang Pandang,SK Kampung Rahmat,Setiu

Bilik Makan Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
 
Sempena lawatan penilaian dan pemantauan Anugerah Pengurusan Cemerlang Kategori Sekolah Rendah,Hari Guru 2011,kami rakamkan Selayang Pandang sudut yang boleh kita nikmati dan kongsikan di SK Kampung Rahmat,Setiu...TAHNIAH KEPADA SELURUH WARGA SK KAMPUNG RAHMAT,SETIU.

Perkongsian - Selayang Pandang,SK Tengku Mahmud,Besut.

Sempena lawatan penilaian dan pemantauan Anugerah Pengurusan Cemerlang Kategori Sekolah Rendah,Hari Guru 2011,kami rakamkan Selayang Pandang sudut yang boleh kita nikmati dan kongsikan di SK Tengku Mahmud,Besut...TAHNIAH KEPADA SELURUH WARGA SK TENGKU MAHMUD,BESUT.

Perkongsian - Selayang Pandang,SK Seri Berang,Hulu Terengganu

Sempena lawatan penilaian dan pemantauan Anugerah Pengurusan Cemerlang Kategori Sekolah Rendah,Hari Guru 2011,kami rakamkan Selayang Pandang sudut yang boleh kita nikmati dan kongsikan di SK Seri Berang,Hulu Terengganu...TAHNIAH KEPADA SELURUH WARGA SK SERI BERANG,HULU TERENGGANU

Laporan Minggu ke 4 - Ujian UKM1 - Permatapintar

Negeri Terengganu
SK - 337 buah
SJKC - 10 buah
SMK - 111 buah
SMKA - 6 buah
SABK -14 buah
SBP -5 buah
SMT - 5 buah
 
Negara

DAFTAR DAN AMBIL UJIAN DI SINI

Friday, February 25, 2011

Persediaan Pencalonan Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Negeri



Menjelang 2015 sebayak 300 buah  Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) akan diujudkan. Sekarang terdapat  120 buah (36 buah SR + 84 buah SM) sekolah SKK.
Tidak lama lagi Pemilihan Fasa 5 akan dilaksanakan. Berikut ialah kreteria yang melayakkan sesebuah sekolah layak dicalonkan sebagai SKK. Guru Besar boleh mengambil tindakan awal jika sekolah mereka memenuhi kreteria berkaitan kerana besar kemungkinan sekolah mereka dicalonkan:

1.    Dalam memilih SKK perlu dilihat kelompok mana sekolah itu berada

1.1    Tahap A – cemerlang dan boleh menjadi model dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa
1.2    Tahap B – cemerlang dan dan boleh menjadi model serta mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan seterusnya antarabangsa
1.3    Tahap C – potensi mencapai kecemerlangan  hingga kebangsaan

2.    Memenuhi syarat generic sebagaimana berikut:

2.1   Skor komposit SKPM 2010 – 80% ke atas
2.2   GPS : -
2.2.1   SK(Tahap A,B,C) – GPS UPSR tidak lebih 2.0 selama 3 tahun berturut-turut
2.2.2   SBP – GPS PMR dan SPM tidak lebih 2,50 selama 3 tahun
2.2.3   SMK/SMKA- GPS PMR,SPM tidak lebih 3.0(Tahap A) 4,0(Tahap B,C) selama 3 tahun berturut

2.3   Kejayaan Kokurikulum diperingkat negeri dalam masa 3 tahun
2.4   Anugerah Kecemerlangan diperingkat negeri sekurangnya 3 tahun terakhir
2.5   Audit tiga tahun terakhir tanpa berteguran
2.6   Tiada kes kecurian harta kerajaan disebabkan kecuaian
2.7   Tiada pelanggaran punca kuasa dalam tempuh 3 tahun terakhir
2.8   Tiada tindakan tatatertib warga sekolah mulai 2007 tiga tahun terakhir
2.9   Tiada tersenarai dalam aduan KPM yg terbukti kesalahan dalam 3 tahun terakhir
2.10Mengurus masalah 3M (kurang) dalam masa 3 tahun
2.11Pengetua/Guru Besar melaksanakan p & p spt SPI

3.    Proses Pencalonan

3.1   Sekolah – mengisi borang pencalonan dan profil (boleh didownlod dari internet nanti)
3.2   JPN – menyebar maklumat,kumpul borang,hantar ke JNJK negeri
3.3   JNJK Negeri – menerima borang,semak dan hantar ke JNJK Pusat
3.4   JNJK Pusat – terima calon dari JNJK negeri dan membuat varifikasi dan hantar ke BPSBPSK
3.5   BPSBPSK –calon SKK yang layak dan melaksanakan proses pemilihan

4.     Keperluan Untuk Verifikasi Jemaah Nazir

4.1    Menyediakan segala dokumen lengkap spt diisi dalam borang permohonan SKK
4.2    Segala bentuk dokumen sebagai sokongan dan bukt
4.3    Dokumen hendaklah disusun dan ditempatkan dalam keadaan mudah (bilik khas) untuk varifikasi
4.4    Dokumen yang disediakan boleh dalam bentuk:
4.4.1   Pelaporan
4.4.2   Bahan bergambar
4.4.3   Tayangan video
4.4.4   Laporan di laman sesawang atau
4.4.5   Bentuk laporan yang difikirkan berkesan

5.    Persediaan Sekolah

5.1  Persembahan Power Point

5.1.1      Sejarah Sekolah
5.1.2      Misi dan Visi
5.1.3      Keputusan Peperiksaan (3 tahun)\
5.1.4      Kemudahan Sekolah (Bilik Khas,Asrama,PSS dll)
5.1.5      Kemenjadian Murid
5.1.5.1  Koakademik
5.1.5.2  Kokurikulum
5.1.5.3  Disiplin
5.1.6      Anugerah (negeri,kebangsaan,antara bangsa)
5.1.7      Jaringan dan jalinan (kebangsaan dan antarabangsa)

5.2  Persediaan Fizikal

5.2.1      Bilik dokumentasi (mempamerkan semua dokumen dan bahan bukti sokongan)
5.2.2      Persekitaran sekolah – bersih,ceria,kemas
5.2.3      Pencerapan Guru – Jadual Induk dan Guru,fail pemantauan
5.2.4      SKPM (Elemen 9 – Pengajaran Dan Pembelajaran)

5.3  Senarai Semak Dokumen

5.3.1      Dokumen Profil Sekolah
5.3.2      Dokumen Pencapaian Sekolah
5.3.2.1  Akademik
5.3.2.2  Kokurikulum
5.3.3      Dokumen Aktiviti Sekolah
5.3.4      Laporan
5.3.4.1  SKPM
5.3.4.2  Penyertaan
5.3.4.3  Kejayaan
5.3.4.4  Penandaarasan
5.3.4.5  Laporan Audit
5.3.5  Bahan bukti dan kejayaan (negeri,kebangsaan dan antarabangsa)
5.3.6  Lain-lain dokumen yang boleh menjadi dokumen sokongan

Renungan Jumaat - Berkat Kerana Membaca Bismillah

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
 
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja

Wednesday, February 23, 2011

Perkongsian - Selayang Pandang, SK Seri Bandi 2,Kemaman

Sempena lawatan penilaian dan pemantauan Anugerah Pengurusan Cemerlang Kategori Sekolah Rendah,Hari Guru 2011,kami rakamkan Selayang Pandang sudut yang boleh kita nikmati dan kongsikan di SK Seri Bandi 2,Kemaman...TAHNIAH KEPADA SELURUH WARGA SK SERI BANDI 2,KEMAMAN

Perkongsian - Selayang Pandang, SK Sura,Dungun

Sempena lawatan penilaian dan pemantauan Anugerah Pengurusan Cemerlang Kategori Sekolah Rendah,Hari Guru 2011,kami rakamkan Selayang Pandang sudut yang boleh kita nikmati dan kongsikan di SK Sura,Dungun...TAHNIAH KEPADA SELURUH WARGA SK SURA,DUNGUN

Tuesday, February 22, 2011

Perkongsian - Selayang Pandang, SK Beladau Kolam

Sempena lawatan penilaian dan pemantauan Anugerah Pengurusan Cemerlang Kategori Sekolah Rendah,Hari Guru 2011,kami rakamkan Selayang Pandang sudut yang boleh kita nikmati dan kongsikan di SK Beladau Kolam,Kuala Terengganu...TAHNIAH KEPADA SELURUH WARGA SK BELADAU KOLAM

Monday, February 21, 2011

Perkongsian - Selayang Pandang,SK Padang Mengkuang

Kantin - dicalonkan ke peringkat kebangsaan pertandingan Kantin Bersih

Sempena lawatan penilaian dan pemantauan Anugerah Pengurusan Cemerlang Kategori Sekolah Rendah,Hari Guru 2011,kami rakamkan Selayang Pandang sudut yang boleh kita nikmati dan kongsikan di SK Padang Mengkuang,Marang,Terengganu...TAHNIAH KEPADA SELURUH WARGA SK PADANG MENGKUANG

Jadual Penilaian Anugerah Sekolah Pengurusan Cemerlang SR ,Hari Guru Negeri 2011

Sebagaimana tradisi tahun sebelumnya Jawatankuasa Hari Guru Negeri 2011 akan mengadakan pelbagai aktiviti bagi memeriahkan sambutan. Antaranya ialah memilih sekolah rendah yang terbaik dari segi aspek pengurusan dan pencapaian untuk dianugerahkan sebagai Anugerah Pengurusan Sekolah Terbaik Kategori Sekolah Rendah,Hari Guru Negeri 2011.

Berikut ialah sekolah yang telah dicalon oleh PPD masing-masing bagi merebut anugerah tersebut dan Panel Penilaian akan melaksanakan pemantauan sebagaimana jadual. Diharap sekolah-sekolah yang dicalonkan dapat membuat persediaan;


Panduan penilaian klik di sini

Sunday, February 20, 2011

Sekitar Taklimat dan Penyampaian Surat Penempatan Sekolah Untuk LPBS J-Qaf Ambilan Jan 2011

Seramai 138 orang daripada 150 orang LPBS J-Qaf Ambilan Jan 2011 menerima surat penempatan sekolah untuk latihan perguruan di bawah mod LPBS selama satu setengah tahun mulai besok. Mulai esok semua pelatih J-Qaf ini akan melapor diri di sekolah yang akan melaksanakan program berkenaan sama ada sekolah peluasan ataupun pembukaan program baru J-Qaf.

Sementara dua belas lagi tidak hadir melapor diri kerana ada yang mendapat tawaran jawatan lain dan sebahagiannya lagi tidak layak ditawarkan kerana mengandung.

Ketua Unit Rendah,En.Jelani Sulong dalam taklimatnya dalam program yang diadakan di SK Sultan Sulaiman 1 mengingatkan pelatih-pelatih J-Qaf supaya dalam masa latihan setahun setengah ini mereka tidak boleh mengandung setelah menandatangani perjanjian kerana jika berlaku mereka akan diberi penangguhan selama setahun. Beliau juga menambah bahawa mengikut Perjanjian LPBS pelatih yang berjaya dalam latihan akan dilantik sebagai Guru Siswazah di sekolah yang sama dan mesti bertugas sekurang-kurangnya selama 36 bulan sebelum layak mohon bertukar ke sekolah lain.

Penolong Pengarah Operasi Program J-Qaf, Ustaz Wan Fauzi berharap semua pelatih perlu memberi imej yang baik semasa melapor diri esok di samping memberi sepenuh komitmen kepada latihan ini dan program lain di peringkat sekolah. Beliau juga mengingatkan terutama Guru Besar bahawa guru latihan J-Qaf tidak boleh dilibatkan dengan apa juga kursus anjuran PPD dan JPN atau menjadi hakim dan pengiring di peringkat luar dari sekolah kerana mereka berstatus "bukan guru" atau 'pegawai tetap".

Semua pelatih J-Qaf telah menerima surat penempatan mereka daripada En.Zakariah bin ALI,Ketua Sektor,Sektor Pengurusan Sekolah. Sebelum itu semasa ucapannya beliau mengingatkan guru agar sentiasa prograsif dan sentiasa kehadapan bukan seperti "cikru" yang lembab dan sentiasa berjalan mengundur ke belakang.

Laporan Minggu 3 - Ujian UKM1 - Permatapintar

Negeri Terengganu
SK - 337 buah
SJKC - 10 buah
SMK - 111 buah
SMKA - 6 buah
SABK -14 buah
SBP -5 buah
SMT - 5 buah

 
 Negara
MENGAMBIL UJIAN KLIK

Saturday, February 19, 2011

2 sekolah Terengganu diiktiraf SBT

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI

utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 18 Feb. - Pengiktirafan dua buah sekolah di negeri ini sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort Kedua 2011 menjadi asas kepada pencapaian yang lebih besar pada masa depan.

Selain membanggakan seluruh warga pendidik di negeri ini, ia menjadi perangsang bagi sekolah-sekolah lain meningkatkan kecemerlangan akademik dan menempa nama dalam pelbagai pertandingan di persada negara dan antarabangsa.


Ketua Sektor Pengurusan dan Akademik Jabatan Pelajaran negeri, Mohd. Zubir Embong, pemilihan Sekolah Menengah Imtiaz Besut dan Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail, Kemaman adalah tepat.
''Biarpun pihak jabatan mensasarkan tiga buah sekolah setiap tahun menerima pengiktarafan tersebut namun dua buah sekolah itu sudah memadai untuk peringkat permulaan," ujar beliau.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang menyenaraikan 23 buah sekolah lagi yang diiktiraf sebagai SBT bagi Kohort Dua menjadikan jumlah keseluruhannya 43 buah setakat ini.


Sebelum ini, sebanyak 20 buah sekolah telah diumumkan sebagai SBT pada tahun 2010 namun tiada sekolah di negeri ini tersenarai dalam kelompok perintis itu.


Menurut Zuber, apa yang penting langkah untuk mengekalkan prestasi sekolah berkenaan di tahap yang paling cemerlang terus dilakukan selain merealisasikan sasaran tiga buah sekolah SBT setiap tahun pada masa akan datang.


"Dalam usaha ke arah itu, pelaksanaan melalui pelan induk Hala Tuju Pembangunan Pendidikan Negeri Terengganu akan digerakkan merangkumi pelbagai agenda dan program untuk sekolah tersebut.


"Pengiktirafan ini juga membakar semangat kita untuk terus melahirkan mereka-mereka yang berjaya dalam bidang pendidikan seterusnya mencapai hasrat kerajaan melaksanakan pendidikan terbilang Terengganu pada masa depan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam usaha menempatkan sekolah-sekolah dalam kelompok SBT, pihak jabatan telah melakukan lawatan ke beberapa buah sekolah yang telah diiktiraf untuk meninjau perkembangannya.
"Kecemerlangan kita di dalam bidang pendidikan telah diakui namun ada beberapa perkara yang kita masih tidak memenuhi spesifikasi kementerian pada tahun lalu menyebabkan kita gagal terpilih.


"Justeru itu, dengan pengiktirafan dua buah sekolah ini membolehkan ia menjadi penanda aras buat sekolah-sekolah lain untuk meningkatkan kecemerlangan mereka.


''Kita mahu memastikan sasaran untuk mencapai tiga buah sekolah SBT setiap tahun tercapai dan ini menuntut komitmen semua pihak," ujarnya.

Friday, February 18, 2011

Renungan Jumaat - Jangan Celupar Mulut Dengan Anak-Anak


Do'a ibu bapa kepada anak-anak adalah mustajab dan cepat diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Oleh kerana itu, janganlah diucapkan kata - kata yang jahat - jahat dan tidak baik kepada anak - anak yang nakal atau cerdas, kerana tersebut di dalam sebuah hadis yang bermaksud:

"Ada tiga do'a yang diterima oleh Allah Ta'ala iaitu do'a orang yang kena zalim atau kena aniaya ke atas orang yang menzaliminya, do'a orang yang sedang belayar dan do'a ibu bapa ke atas anaknya." (Hadis riwayat Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Kanak - kanak yang nakal atau cerdas menunjukkan ia cerdik dan pandai. Mereka akan sentiasa bergerak, dan ada sahaja perkara yang hendak dibuatnya. Mereka tidak ingin duduk diam. Kelakuan ini adalah sifat semula jadi kanak - kanak. Karenah seperti ini kadang-kadang menimbulkan rasa tidak menyenangkan kepada setengah ibu bapa. Bagi ibu bapa yang kurang kesabaran, mereka akan mengeluarkan kata - kata yang tidak baik seperti menyumpah seranah dan lain-lain perkataan yang boleh membawa akibat yang tidak baik ke atas anak mereka.


Ibu bapa haruslah mengelak dari menggunakan perkataan - perkataan negatif kepada anak - anak seperti berkata bodoh, tak faham bahasa, tak dengar kata, pemalas, samseng, degil, keras kepaladan lain lain

Dari itu, ibu bapa hendaklah melayani anak-anak mereka dengan penuh sabar dan sifat kasih sayang, sebab di tangan ibu bapalah yang akan mencorakkan warna - warni kehidupan anak - anak mereka. Setiap ibu bapa tentulah berharap anak-anak mereka akan menjadi orang yang berguna kepada keluarga, bangsa, agama dan negara pada masa yang akan datang. Bahagia anak-anak ada di tangan ibu bapa, demikian juga sebaliknya. Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam maksudnya:

"Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu katanya: Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam: "Tidak ada seorang kanak-kanak yang dilahirkan melainkan dalam keadaan suci (fitrah), maka kedua ibu bapanya yang bertanggungjawab menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Allah Subhanahu Wata'ala memerintahkan ibu bapa supaya menjaga anak-anak mereka daripada terjerumus ke jurang api neraka. Dalam hubungan ini, tanggungjawab ibu bapa ialah mendidik, mengajar dan membimbing mereka dengan tunjuk ajar, nasihat, adab sopan, pelajaran agama, mengerjakan ibadat sembahyang dan lain-lain ibadat wajib, cara berpakaian dan sebagainya dari sejak mereka kecil lagi. 

"Hai mereka yang beriman, ambil perlindungan diri kamu dan ahli-ahli kamu, isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu daripada api neraka dengan berbuat taat kepada Allah dan beramal dengan hukum-hakam Allah."
(Surat at-Tahrim:6)

Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan isnad yang sahih daripada sahabat Jabir Radhiallahu Anhu telah berkata : "Telah bersabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam maksudnya:

"Jangan kamu do'akan (menyumpah seranah) di atas diri kamu, jangan kamu menyeranah di atas anak - anak kamu, jangan kamu menyeranah di atas pakaian kamu, jangan kamu menyeranah di atas pekerjaan kamu, jangan kamu menyeranah di atas harta - harta kamu, jangan kamu berjumpa suatu saat yang diterima do'a kamu dengan seranah kamu itu, maka Allah akan menerimanya daripada kamu, yakni ada saat-  saat dan waktu yang sangat dilulus permintaan dan do'a seseorang itu. Oleh takutilah kamu akan saat yang baik jadi tempat diterima do'a jahat dan seranah kamu itu." (Hadis ini tersebut dalam Sahih Muslim)

Di dalam hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Sunni, daripada sahabat Huzaifah Radhiallahu Anhuma telah berkata: "Saya mengadu kepada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam akan jahat mulut saya," sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang bermaksud:

"Di mana kamu daripada mengucap istighfar, yakni jangan jauh daripada istighfar, bahawa demi saya (Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang mengucapkan yakni mohon ampun daripada Azzawajalla tiap-tiap hari 100 kali."

Di dalam kitab Sunan Abu Daud dan Ibnu Majah daripada sahabat Ibnu Abbas Radhiallahu 'Anhu telah berkata: 'Telah bersabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang bermaksud:

"Barangsiapa selalu mengucap Istighfar nescaya Allah lepaskan dia daripada segala kesusahan dan daripada segala masalah dan daripada segala perkara berbangkit yang menyusahkan, dan Allah Ta'ala lepaskan dia daripada segala sedih dan bimbang dan Allah Ta'ala murahkan rezekinya dan diberi rezeki daripada pihak yang tidak disangka."

Oleh yang demikian, khusus kepada ibu bapa atau siapa saja yang celupar mulutnya hendaklah memperbanyak ucapan istighfar setiap hari supaya terhindar daripada ucapan - ucapan yang tidak baik kepada anak atau orang lain.

Rencana Sumbangan: 
Ustaz Hatta Che Man,Guru Besar,SK Pasir Puteh,Merchang.

Thursday, February 17, 2011

Tahniah SM Imtiaz dan SK Sultan Ismail Kemaman antara 23 buah diiktiraf SBT Kohort 2

SK Sultan Ismail, Kemaman

LIMBANG: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan nama 23 sekolah lagi yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) selepas ia didapati memenuhi kriteria yang diperlukan.

Beliau membuat pengumuman nama-nama sekolah itu semasa melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, kira-kira 55 kilometer dari sini, yang juga salah satu daripada sekolah yang tersenarai di bawah pengiktirafan itu
 
Katanya, sekolah-sekolah itu terdiri daripada Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu; Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor; Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang; Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan; Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak; Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang dan Sekolah Menengah Sains Muar, Johor;

Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak; SK Convent Muar, Johor; SK Seri Biram, Pahang; SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah; SK Setiawangsa, Kuala Lumpur; SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang; SK Sultan Ismail, Terengganu; SK Jalan Tiga, Selangor; SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang dan SJK(C) Lick Hung, Selangor.


Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, tahun lalu 20 sekolah diumum sebagai SBT.
Berhubung pencapaian SK Ulu Lubai, Muhyiddin berkata, sekolah ini menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang sejak 2006 dengan memperolehi kelulusan 100 peratus dalam UPSR.

Katanya, sekolah itu mengambil pelbagai inisiatif yang cukup luarbiasa sehingga membolehkan ia menjadi sekolah pedalaman pertama mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi.

Beliau berkata, sekolah itu juga pernah memenangi dua anugerah di peringkat antarabangsa, lima anugerah peringkat kebangsaan dan 14 peringkat negeri. - BERNAMA

Majlis Budi Abadi Sektor Pengurusan Sekolah

Tengahari tadi (17 Feb 2011) berlangsung Majlis Budi Abadi Sektor Pengurusan Sekolah di Motel Desa,Kuala Terengganu. Majlis ini diadakan bagi meraikan pegawai dan staf Sektor Pengurusan Sekolah yang bertukar atau bersara.

Pengarah Pelajaran Terengganu,En.Razali bin Daud  turut hadir dan menyampaikan cenderamata kepada pegawai dan staf yang bertukar. Semua Ketua Unit daripada empat unit di bawah Sektor Sekolah berserta pegawai dan staf juga hadir sama.Terdahulu majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Othman bin Abdullah dari Unit Perhubungan Dan Pendaftaran dan diikuti dengan ucapan dari Ketua Sektor Pengurusan Sekolah,En.Zakariah bin Ali.

Kita berdoa semoga rakan-rakan seperjuangan yang pernah bersama di Sektor Pengurusan Sekolah sentiasa bahagia dan gembira di tempat baru serta berdoa semoga persahabatan akan terus berkekalan.

Pelancaran Buku Sempena Hari Guru Kebangsaan 2011

Bahagian Pendidikan Guru selaku Jawatankuasa Kecil Pelancaran Buku Sempena Perayaan Hari Guru Kebangsaan 2011 mempelawa penulis buku dari kalangan pendidik melancarkan buku-buku tulisan mereka. Mana-mana penulis pendidikan dari Terengganu ataupun seluruh negara boleh mengemukakan buku mereka kepada Bahagian Pendidikan Guru pada atau sebelum 1 Mac 2011.

Keterangan lanjut boleh diperoelehi di sini

Wednesday, February 16, 2011

Pertukaran dan Penempatan Guru Besar Dan GPK Berkuatkuasa 16 Feb 2011

"Buatlah kerja kita kerana Allah dan Rasul pasti kita akan merasai keseronokan dan kepuasan yang sebenar",begitulah antara ucapan En.Zakariah Ali,Ketua Sektor Pengurusan Sekolah sewaktu upacara penyampaian surat Pertukaran dan penempatan Guru Besar dan GPK kuatkuasa 16 Februari 2011 di pejabat beliau pagi tadi.

Beliau juga mengingatkan bakal Guru Besar dan GPK agar mempunyai visi dan misi disamping mengamalkan kebijaksanaan dalam melaksanakan tanggungjawab di sekolah. Selain dari itu beliau berharap Guru Besar dan GPK sentiasa berganding bahu dan menjauhi sebarang perselisihan yang boleh menyebabkan lunturnya keyakinan guru,murid,ibubapa dan masyarakat kepada pihak pengurusan sekolah.

Senarai Guru Besar dan GPK klik di sini

Taklimat dan Penyerahan Surat Penempatan Sekolah bagi LPBS J-Qaf Ambilan Jan 2011

Seramai 150 orang Guru Dalam Latihan,Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) J-Qaf Ambilan 2011 akan diberi surat penempatan sekolah untuk melaksanakan latihan selama setahun setengah sebelum mereka diposting lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di sekolah yang sama sekurang-kurangnya selama 36 bulan sebelum mereka layak mohon bertukar ke sekolah lain atau mereka hanya boleh dibenarkan bertukar sebelum 36 bulan atas kes-kes yang sangat kritikal. Frasa ini kita ulang berkali-kali kerana kita tidak mahu guru pelatih sesi ini mengulangi kes-kes lalu selepas mereka posting dengan sewenangnya melanggar Perjanjian LPBS. Mulai Julai 2010 semua penempatan dan pertukaran guru J-Qaf  diurus oleh Unit Pengurusan Sekolah Rendah,Jabatan Pelajaran Negeri.

Kita berharap mereka yang ditempatkan di Terengganu terutama anak negeri bersyukur ditempatkan di negeri sendiri kerana saya pasti ada kalangan anak negeri Terengganu yang ditempatkan di negeri lain. Oleh itu suatu perkara yang mesti difahami oleh setiap pelatih, bahawa J-Qaf adalah bukan perjawatan tetapi program pelaksanaan kurikulum yang diperuntukkan dengan perjawatan  khas dan hanya sekolah tertentu sahaja yang melaksanakan program ini. Oleh itu mereka tidak boleh sewenangnya untuk memilih sekolah itu dan ini dalam penempatan dan pertukaran. Program J-Qaf sama ada perluasan dan pembukaan baru telah ditetapkan berdasarkan ABM Perjawatan berasaskan "school base" dan bukan boleh dibuat pindaan sembarangan tetapi memerlukan kelulusan BPSM,KPM. Lagipun semua sekolah Terengganu yang diperuntukkan program J-Qaf boleh dihubungi kenderaan. Oleh itu kita tidak mahu mendengar ada isu remeh-temeh atau pelbagai karenah yang boleh menjejaskan integriti,kredebaliti dan keyakinan semua pihak terhadap guru J-Qaf walau di mana mereka berada.

Oleh itu semua pelatih J-Qaf seperti lampiran diwajibkan hadir ke Majlis Taklimat dan Penyampaian Surat
Penempatan Sekolah sebagaimana berikut:
  • Tarikh          :  20 Februari 2011 (Ahad)
  • Masa           :  9.00 pagi
  • Tempat        :  Dewan SK Sultan Sulaiman 1,Kuala Terengganu.
  • Pakaian       :  Pakaian Kerja - berkot
Klik link di bawah untuk maklumat lanjut:
  1. Aturcara Majlis
  2. Senarai Pelatih klik di sini  @  di sini

Tuesday, February 15, 2011

Sempena Maulidur Rasul - Rasulullah S.A.W dan Pengemis Buta Yahudi

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang Nabi Muhammad s.a.w. wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.
Dipetik dari : Forum Putera.Com

Monday, February 14, 2011

Yaa Nabi Salam Alaika

Salam Maulidur Rasul

Pemantauan Pengurusan Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting

Pagi tadi Ketua Unit Rendah bersama beberapa orang pegawai dan penyelia PPD Kuala Terengganu telah mengadakan pemantau pengurusan di SK Padang Kemunting. Tujuan utama lawatan dan pemantauan ialah bagi membantu pengurusan sekolah mengenal pasti masalah serta strategi mengatasi dengan lebih berkesan agar SK Padang Kemunting terus cemerlang kerana sejak kebelakangan ini legasi kecemerlangan dalam UPSR yang pernah tercipta  mengalami graf penurunan.

Pihak jabatan percaya jika Guru Besar dan GPK atau pasukan pengurusan ini dapat sepakat,sehati,sejiwa segala tembok yang menghalang lonjakan kecemerlangan sekolah dapat diruntuhkan.Kita sangat berharap sebagai tanda pernyataan syukur dan terima kasih para guru yang ditempatkan mengajar di SK Padang Kemunting dekat dengan tempat tinggal mereka, dapat memberi sepenuh iltizam dan komitmen bersama pasukan pengurusan menjana kecemerlangan sekolah. Kita yakin dengan petunjuk-petunjuk yang ada bahawa gabungan semangat dan kerjasama para guru dengan pengurusan sekolah ,SK Padang Kemunting akan teguh berdiri gagah sebagai insitusi pendidikan yang dihormati dan menjadi kebanggaan masyarakat setempat.

Manusia di sekeliling adalah aset Kecemerlangan Sekolah

'Biarpun turun seorang Guru Besar dari langit ketujuh atau terbitnya seorang Guru Besar dari lapisan bumi ketujuh tanpa sokongan guru,staf,ibubapa dan masyarakat mereka tidak boleh buat apa-apa'.Itulah frasa yang selalu saya ucapkan kepada guru dan staf dalam mesyuarat pertama setelah saya berpindah atau bertukar ke sesebuah sekolah sebagai Guru Besar suatu ketika dahulu. Bagi saya guru,staf,ibubapa dan masyarakat setempat adalah sumber yang sangat utama untuk dipugar segar bagi menyokong dan mendokong kecemerlangan sekolah.Bagaimana kaedah dan caranya terpulang kepada kreativiti Guru Besar atau Pengurus Sekolah mentafsir dan mengimplimentasi makna "kepimpinan" secara yang lebih praktikal.

Apabila kita meletakkan sikap dan pandangan kita bahawa mereka itu sumber keutamaan sudah tentu kita akan menjaga dan mengurusnya  sebaik mungkin.Perkara asas mengurus sumber manusia ialah keupayaan kita mengenal hatibudi,keperluan,kemahiran dan potensinya.Mereka adalah sumber unik yang mempunyai perasaan dan harga diri.Mereka perlukan penghormatan dan pengiktirafan.Justru itu kita sebagai Guru Besar memerlukan "the art of management". Guru Besar mesti memiliki seni komunikasi agar arahan "pemerintahan" tidak dilihat sebagai pemaksaan tetapi berupaya menolak naluri anak buah untuk berbuat secara sedar,bersengaja dan sedia rela.Bahkan merasai satu kepuasan dan keseronokan kerana diberi kepercayaan serta dihargai dengan ucapan "terima kasih" daripada Guru Besar.

Adalah lebih bermakna jika kita turut sama merasakan mereka itu sebagai sebahagian dari diri atau keluarga kita.Pastinya sebagai keluarga kita mahu mereka seronok bekerja di bawah pemerintahan kita.Keseronokan lahir apabila mereka selesa. Keselesaan lahir apabila mereka dilayan sebagai insan.Keselesaan lahir apabila tutur bicara kita tidak menyakitkan hati. Keselesaan lahir apabila kita perihatin dan jaga kebajikan mereka.Kebajikan mereka meliputi soal perjawatan,beban tugas,ruang kerja,perkakasan serta iklim kerja yang kondusif dan harmonis.Keselesaan inilah menyebabkan mereka tidak "berkira" tentang masa,tentang tenaga,tentang wang ringgit untuk melakasanakan visi dan misi yang dikongsi serta dikomunikasi bersama.

Walau dalam keadaan apapun, Guru Besar mesti "memerintah sekolah dan anak buah mesti bekerja kuat. Semua itu dilaksanakan secara bijaksana dan bijaklaksana. Gibran Agil berkata " Sebuah negara yang rajanya tidak mahu memerintah,negaranya tidak akan maju dan sesebuah negara yang ramai rakyatnya mahu menjadi raja,negara itu akan huru-hara".Bagaimana nak memerintah sekolah dengan hebat ?

Sunday, February 13, 2011

Mesyuarat Penempatan LPBS J-QAF Ambilan Januari 2011


Unit Sekolah Rendah - 13 Feb,Seramai 141 orang LPBS J-Qaf Ambilan Januari 2011 daripada 2,164 orang dijangka ditempatkan di negeri Terengganu menurut Ustaz Wan Mohd Fauzi bin Wan Mahmud,Penolong Pengarah J-Qaf,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Beliau melaporkan kedudukan berkenaan dalam Mesyuarat Penempatan LPBS J-Qaf Ambilan Januari 2011 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Anjung Ilmu,Jabatan Pelajaran Terengganu petang tadi.Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh En.Jelani Sulong,Ketua Unit Sekolah Rendah,Jabatan Pelajaran Negeri.

Menurut Ustaz Wan Mohd Fauzi lagi jumlah berkenaan masih belum mencukupi keperluan negeri seramai 364 orang. Walau bagaimanapun ianya dapat menampung keperluan 42 buah sekolah SKM dan sekolah baru.Daripada 141 orang itu, 103 orang pengkhususan Pengajian Agama Islam  dan 38 orang pengkhususan Bahasa Arab.

Calon-calon yang ditawar dan ditempatkan di sekolah-sekolah  ini mesti berada setahun setengah dan wajib mengikuti latihan di IPGM sewaktu sekolah cuti. Selepas lulus latihan mereka akan ditempatkan di sekolah yang sama selama 36 bulan sebelum boleh mohon bertukar ke sekolah lain. Di samping itu,bagi calon yang ditawarkan program ini dan didapati mengandung sebelum menandatangani perjanjian dengan IPGM akan dibatalkan tawarannya. Bagi yang telah menandatangani perjanjian dan didapati mengandung akan ditangguhkan latihan selama setahun.

Kita berharap para calon LPBS J-Qaf Ambilan Januari 2011 ini membaca dengan teliti dan memahami perjanjian mereka dengan sebenar-benarnya.

Sementara itu tarikh , masa dan tempat taklimat  dan penyerahan surat penempatan akan dimaklumkan sedikit masa lagi melalui laman ini.

Laporan Minggu 2 - Ujian UKM1 - Permatapintar

Negeri Terengganu
SK - 337 buah
SJKC - 10 buah
SMK - 111 buah
SMKA - 6 buah
SABK -14 buah
SBP -5 buah
SMT - 5 buah

 Negara

DAFTAR DAN AMBIL UJIAN DI SINI

Friday, February 11, 2011

924 guru besar terima RM7,500

GURU besar sekolah yang berjaya mencatat prestasi cemerlang akan diberi insentif bernilai RM7,500 setiap seorang

PUTRAJAYA - Seramai 924 daripada 9,943 guru besar besar di seluruh negara disenarai pendek untuk menerima insentif sebanyak RM7,500 seorang sebagai ganjaran kerana berjaya meningkatkan prestasi sekolah masing-masing di bawah Tawaran Baru (Bai'ah).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, seramai 12.1 peratus guru besar berjaya memimpin sekolah untuk melepasi sasaran prestasi ditetapkan dan ia merupakan pertambahan sebanyak 600 peratus daripada jangkaan asal sebanyak dua peratus.

Katanya, senarai pengetua dan guru-guru sekolah menengah yang layak menerima ganjaran di bawah Tawaran Baru akan diumumkan pada pertengahan tahun ini dan ia dijangka dibuat selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan.

"Jemaah Nazir sedang membuat pengesahan mengenai prestasi 924 guru besar yang disenarai pendek. Insya-Allah saya akan umumkan senarai guru besar yang layak dalam masa terdekat," katanya pada majlis Perutusan Khas 2011 Kementerian Pelajaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam
.
Sumber : Kosmo Online

Renungan Jumaat - Kisah Pemuda beribu-bapakan babi

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.


Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu di lap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian di lap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara ! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibu bapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibu bapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibu bapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibu bapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibu bapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibu bapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.