Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Zakat Fitrah juga dikenali sebagai Zakat Diri dan Zakat Ramadan/Fitri. Zakat Fitrah diwajibkan pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun diwajibkan puasa dalam bulan Ramadan.
Zakat Fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa dari perkataan-perkataan keji dan buruk yang mereka lakukan sewaktu berpuasa dan untuk menjadi makanan kepada orang yang miskin.
"Sesungguhnya Rasulullah (saw) telah mewajibkan Zakat Fitrah, pada bulan Ramadan satu sa’ kurma atau satu sa’ gandum pada setiap orang yangmerdeka, hamba, lelaki atau perempuan dari kaum Muslim." [Ibn Umar] SYARAT WAJIB ZAKAT
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya. | |
Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari. | |
Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya. | |
Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan. |
| |||
MASA UNTUK MEMBAYAR ZAKAT FIRAH
Zakat Fitrah boleh ditunaikan sepanjang bulan Ramadhan tetapi sebelum bermulanya Sembahyang Hari Raya Aidil Fitri. Jika ia dibayar selepas solat Hari Raya Aidil Fitri dia telah menjadi sedekah biasa
8 GOLONGAN PENERIMA (ASNAF) ZAKAT
Tidak seperti sedekah secara biasa, penerima Zakat telah
ditetapkan oleh Allah (S.W.T) dalam Surah At-Taubah, ayat 60.
8 golongan penerima ini dikenali sebagai 8 asnaf:
Fakir
Seseorang yang tidak mempunyai harta mahupun mata pencarian; yang sangat sengsara, yang tidak mempunyai apa-apa untuk menampung keperluan harian.
Miskin
Seseorang yang tidak mempunyai mata pencarian yang mencukupi untuk menampung keperluan asas harian.
Amil
Seseorang yang dilantik untuk memungut Zakat dan perbelanjaan yang berkaitan dengan urusan Zakat.
Muallaf
Seseorang yang baru memeluk agama Islam.
Riqab
Seseorang yang mahu membebaskan dirinya daripada perhambaan. Di Singapura kategori ini dibelanjakan
untuk mereka yang memerlukan bantuan meneruskan pendidikan.
untuk mereka yang memerlukan bantuan meneruskan pendidikan.
Gharimin
Seseorang yang terpaksa berhutang untuk menampung keperluan asasnya.
Fisabilillah
Seseorang yang berjuang kerana Allah demi kebaikan masyarakat.
Ibnussabil Musafir
No comments:
Post a Comment