Hari ini bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah mengadakan Program Hari Bertemu Pelanggan dan Sambutan Hari Raya.Sambutan telah diadakan di lobi jabatan dan dataran perhimpunan jabatan.Knopi telah dipasang di sepanjang dataran untuk diletakkan juadah dan juga tempat makan tetamu.
Suasananya sungguh meriah kerana tuan rumah,iaitu pegawai dan kakitangan jabatan memakai baju kebangsaan dan baju raya. Suasana sambutan warna-warni ini juga dimeriahkan lagi dengan persembahan lagu-lagu hari raya oleh kakitangan jabatan dan penyanyi jemputan terdiri dari para pelajar yang berbakat.
Pelbagai kuih-muih serta masakan tradisi seperti nasi dagang,nasi minyak,sate,nasi goreng disediakan sama ada ditempah oleh unit atau sektor yang ditugaskan atau disediakan terus oleh sekolah yang berkebolehan yang dijemput.Para tetamu setengah dapat menikmati makanan panas dan segar dari gerai-gerai yang disediakan.
Pengarah Pelajaran Negeri,Timbalan Pengarah,Ketua-Ketua Sektor dan Pegawai-pegawai jabatan menerima kunjungan tetamu .Tetamu yang dijemput dan hadir adalah terdiri daripada Ketua Jabatan atau pegawai-pegawai pelbagai jabatan persekutuan dan negeri.Selain itu pesara-pesara pendidikan dari tahun 2007,2008 dan 2009 turut dijemput . Mereka terdiri bekas pengetua,guru besar dan juga pegawai di jabatan atau ppd. Selain dari itu pengetua,guru besar,wakil guru serta wakil PIBG sekolah daerah Kuala Terengganu turut dijemput.
Pengarah Pelajaran Negeri juga turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada para pelajar dan kanak-kanak yang hadir.
Sesungguhnya Program Hari Bertemu Pelanggan dan Sambutan Hari Raya tahun 2010 sangat berjaya besar ertinya khususnya dalam konteks komitment pegawai dan staf jabatan bersatu tenaga,mengeratkan tali persaudaraan sesama warga jabatan dan rangkaian rakan strategik pendidikan selain terus mengukuhkan jaringan warga pendidikan sama ada yang masih berkhidmat dan yang telah bersara.Tahniah dan terima kasih.
No comments:
Post a Comment