Monday, April 14, 2014

Redeployment Antara Negeri - Masuk ke Terengganu kuatkuasa 1 April 2014

Seramai 60 orang guru dari pelbagai opsyen dan dari beberapa negeri telah ditempatkan di Terengganu melalui kaedah penempatan semula ataupun redeployment yang  berkuatkuasa pada 1 April lalu. Ada sesetengah rakan guru yang bertugas di pedalaman Sabah dan Serawak lewat menerima berita ini ataupun sebilangan kecil belum mengetahuinya. JPN telah melakukan pelbagai usaha sama ada memaklumkan secara telefon atau email kepada sekolah dan juga ppd/bahagian.

Kita berharap rakan-rakan mereka dapat saling memaklumkan mengenai perkara ini. Manakala kepada yang masih belum berpeluang pulang ke Terengganu harap bersabar dan kemukakan permohonan secara online e-gtukar sekarang dan rayuan pertukaran kemudian.

Senarai penuh guru terbabit redeployment 1 April 2014. KLIK

1 comment:

  1. Ada moleknya guru2 yang ditukar , dirujuk kepada guru besar sebelum ditarik keluar supaya guru besar boleh menentukan siapa yang patut ditukarkan berdasar tempoh berkhidmat...

    ReplyDelete