Tuesday, April 1, 2014

Penempatan Pegawai Perkhidmatan Siswazah DG41

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu melalui urusetia Penempatan Guru telah mengadakan taklimat kepada 74 orang guru baru di Muzium Negeri pagi tadi. Daripada 74 orang itu 25 orang untuk sekolah menengah dan 49 orang untuk sekolah rendah. Kesemua guru menengah itu difahamkan guru Bahasa Inggeris manakala sekolah rendah terdiri dari pelbagai opsyen.

Turut serta dalam taklimat berkaitan ialah pegawai dari jabatan dan ppd yang berkaitan pengurusan sekolah. Sesi pertama taklimat disampai oleh En. Mazlan bin Salah, Penyelia Unit Latihan mengenai Program Pembangunan Guru Baru. Manakala En. Mohd Ariffin Ismail, Penolong Pengarah Data dan ABM Menengah menyampaikan taklimat bekaitan maklum balas guru baru yang perlu diisi oleh guru-guru baru melalui web e-operasi.

En. Ibrahim Ismail, Ketua Unit Pengurusan Sekolah Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah menyampaikan taklimat mengenai perkhidmatan, perjawatan dan peluang kerjaya. Perkara berkaitan Tatakelakuan Pegawai Awam 1993 serta lalaun kerjaya juga disentuh. Taklimat asas seperti ini bukan sahaja memberi maklumat tetapi juga membina motivasi guru baru agar lebih positif menerima cabaran dengan matang dan bijaksana.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Tuan Haji Md.Yasin bin Salleh telah menyampaikan surat-surat penempatan kepada guru-guru baru berkenaan. Sebelum itu beliau meminta semua guru yang ditempatkan ke Terengganu perlu bersyukur kerana bukan sahaja semua sekolah dapat dihubungi dengan rangkaian perhubungan yang baik tetapi kemudahan-kemudahan pendidikan yang ada. Beliau juga berharap guru-guru baru dapat memainkan peranan berkesan bagi merealisasikan PPPM 2013-2015 dengan memberi penekanan kepada kemenjadiaan murid agar wawasan 2020 negara dapat diisi dengan kemajuan dan kekayaan hasil pendidikan rakyatnya..

Selamat bertugas kepada guru-guru baru di negeri Terengganu Anjung Ilmu.


No comments:

Post a Comment