Sunday, April 20, 2014

Handholding SBT Sekolah Menengah Terenggganu

KEMAMAN - Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan dengan kerjasama Sekolah Kecemerlangan Negeri mengadakan program handholding atau bimbingan terus kepada sekolah menengah yang berpotensi untuk dicalonkan sebagai sekolah SBT. Pencalonan sekolah SBT mestilah memenuhi syarat asas iaitu berada pada Band 1.

Kedudukan band sekolah menengah dijangka dapat diketahui 23 April 2014 nanti namun BPSBPSK telah memilih SMK Mak Lagam, Kemaman dan SM Sains Hulu Terengganu (SAHUT) untuk program handholding pada 20 April dan 21 April 2014 berasaskan tahun lepas mereka telah berjaya mendapat band 1. Bagaimanapun mengikut Cik Suraya Hani, pegawai BPSBPSK jika ada sekolah lain yang termasuk dalam Band 1 dan memenuhi syarat-syarat pencalonan SBT mereka juga akan diberi program yang sama.

Fokus handholding kali ini agak berbeza dengan tahun-tahun lepas di masa penekanan cara pengisian Annex 2.0 dalam portal ditekankan kerana melalui pengalaman sekolah rendah banyak yang tidak melepasi exit target yang barangkali kerana kesilapan pengisian dalam portal NKRA. Selain itu semakan aviden Annex juga ditekankan terutama mengenai aviden-aviden bagi proses verifikasi.

Berasaskan pemerhatian admin bahawa satu bengkel pengisian dan penyediaan aviden sangat wajar diberi kepada calon-calon SBT khasnya sekolah SKK kerana ramai  yang kurang fahaman tentang Annex dan keliru tentang konsep serta termalogi tertentu. Langkah awal ini pastinya mampu memberi fokus dalam penyediaan diri ke arah SBT.

Kita berharap dengan bimbingan seupama ini sekolah-sekolah yang telah lama menjadi SKK lebih yakin dan bersedia ke arah SBT.


No comments:

Post a Comment