KUALA LUMPUR,
3 April (Bernama) -- Kementerian Pendidikan memberi jaminan tiada unsur bias
dalam pemarkahan pelajar menerusi sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
yang dilaksana bermula 1 April lalu.
Timbalan Menterinya P. Kamalanathan berkata ini kerana pemarkahan yang dibuat oleh guru akan dinilai oleh jawatankuasa pemeriksa luar yang akan dilantik oleh kementerian.
"Jawatankuasa ini akan menilai cara soalan diperiksa di sekolah, maka tidak wujud bias," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau turut meminta semua pihak terutama ibu bapa, agar memberi kerjasama kepada guru bagi membolehkan PBS yang sudah ditambah baik itu dapat dilaksana dengan berkesan.
"Kita harus percaya kepada guru yang akan melaksanakan tugas ini...saya percaya semua guru akan melakukan yang terbaik dan tidak akan sesekali inginkan yang tidak baik untuk murid," katanya.
Kamalanathan juga berkata sistem PBS yang ditambah baik itu mengurangkan 80 peratus bebanan tugas guru memandangkan pelaksanaannya tidak lagi secara dalam talian.
Beliau turut meminta ibu bapa menaruh keyakinan kepada sistem PBS dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara.
"Sistem ini dipraktik di beberapa negara maju dan hasilnya amat memberangsangkan...maka PBS tidak lain bertujuan memartabatkan sistem pendidikan," katanya.
Dalam masa yang sama kata Kamalanathan, kementerian itu sentiasa terbuka menerima pandangan pihak berkepentingan untuk terus memperbaiki sebarang kelemahan dalam PBS.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment