Pagi tadi kami menerima panggilan telefon dari seorang pegawai di salah sebuah PPD bertanyakan waktu mengajar Guru Besar. Kami merasa hairan mengapa isu jumlah waktu mengajar Guru Besar ditimbulkan. Adakah ada Guru Besar di daerahnya yang mengajar kurang dari 5 waktu seminggu atau terlalu banyak waktu atau tidak mengajar langsung. Kami kata rujuk dalam blog ini ada pekeliling waktu mengajar Guru Besar dan juga Guru Penolong Kanan.
Sebenarnya kita tidak merasa terlalu pelik bila mana ada Guru Besar yang mengajar tidak mengikut sebagaimana pekeliling yang ditetapkan. Pengalaman pemantauan kami ada Guru Besar yang mengajar kurang dari 5 waktu seminggu sedangkan dalam pekeliling sekurang-kurangnya 5 waktu seminggu. Apa yang menariknya Guru Besar berkaitan ikut sahaja apa yang disediakan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Guru Penolong Kanan Pentadbiran menggunakan sumber kuasa mana kita kurang pasti.
Sebenarnya perlanggaran apa sahaja pekeliling atau arahan pentadbiran merupakan kesalahan yang serious. Jika sekolah kita layak untuk apa-apa pencalonan seperti Bai'ah, SKK, SBT yang melibatkan verifikasi oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ketidakakuran kepada pekeliling atau sumber kuasa yang ada menyebabkan ia terkeluar dan tidak layak dinilai. Soal kita masuk mengajar atau tidak adalah soal kedua. Namun jika peruntukan waktu mengajar terang-terang melanggar dasar ia adalah satu kesalahan yang tidak patut berlaku. Kita percaya ada kalangan Guru Besar ataupun Guru Penolong Kanan tidak mematuhi pekeliling jumlah waktu mengajar kerana kerap terdapat rungutan dan aduan tentang perkara tersebut.
Sememangnya selagi kita bernama guru dan berada di sekolah salah satu kerja utama ialah mengajar. Kita percaya semua guru akan seronok bila mana Guru Besar dan Guru Penolong Kanan dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan berkesan apalagi mengajar di kelas-kelas peperiksaan. Situasi ini memberi motivasi kepada guru-guru dan juga membuktikan teori saikologi dan pedagogi yang kita war-warkan dapat kita laksanakan dengan berkesan.
Kita berharap kepada pegawai PPD dan rakan-rakan Majlis Guru Besar Daerah akan sentiasa dapat memimpin pengurusan sekolah terhadap perkara dasar dan pokok dalam pengurusan sekolah seperti pengurusan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran. Instrument penyeliaan dan pemantauan pdp telah ada dalam SKPM Versi 2010 dan Instrument Keseluruhan Aspek Pengurusan Sekolah boleh dimuat turun di sini. Pihak sekolah boleh menjadikan elemen dalam instrument ini sebagai asas persediaan pengurusan sekolah mereka.
Kita menekankan betapa pentingnya proses pdp kerana di sinilah bermula asas kemenjadiaan murid yang digariskan dalam PPPM. Janganlah kita hanya fokus bahawa pdp yang baik murid boleh lulus cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi di sinilah kemahiran berfikir dan kemahiran berfikir aras tinggi bermula. Di sinilah segala nilai baik dapat dibentuk dan dipupuk. Di sinilah bakat dan kebolehan boleh dikembang.. Justru inilah makmal melahirkan modal insan terbilang di sekolah di mana Guru Besar memainkan peranan sebagai Pemimpin Instruksional yang hebat dan berkesan. Jika di sini gagal maka gagallah pendidikan..
Tuan perlu nasihatkan pegawai PPD berkenaan, pekeliling waktu mengajar GB ada dalam blog usr ini. Itu maknanya diapun tak guna blog usr ini. Cuba juga tanya GPK samada GB sekolahnya selalu hilang ke tidak?
ReplyDeleteGb hilang dari radar ke..
ReplyDeleteAsyik nampak salah org je....salah kita xnampak ke cikgu2
ReplyDeleteTak apa, yang betul dapat dua pahala, yang salah dapat satu. Bukan ke admin sedang beritahu kesalahan orang lain tu? Salah kita, orang lainlah yang tunjuk...macam tak biasa je..
ReplyDeleteTak kan berdengki dg guru besar pulak...skt kerja masing2 dah ada kan.selesaikanlah...
ReplyDeleteKalau jenis pemikiran negatif walau berlambak org beritahu yg baik yg negatif juga nampak biarpun salah tungging
ReplyDeleteApakah saluran guru utk mengadu berkenaan gpk tidak mengajar 12 waktu dan cuba mengelak subjek peperiksaan spt PJk.
ReplyDeletekes kt setiu ari tu ke? hehe.. entahlah... orang yang selalu mengajak untuk membuat kebaikan, cabarannya byk keburukan yg org jauh tak tahu.. semakin terpandang kita ini, ingatlah semakin tinggi harapan orang terhadap kita.... buat ingatan untuk diri sendiri dan orang lain.
ReplyDelete