Di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil 40 Tahun 2013 urusan DG29,DG32,DG34 dan DG38 ke DG42 ialah urusan naik pangkat dengan calon-calon memenuhi:
- disahkan dalam perkhidmatan
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan
- memiliki ijazah sarjana muda dan yang setaraf
- diperaku oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan
Kita menerima pelbagai pertanyaan yang sukar dan kurang jelas untuk dijawab. Ada yang bertanya perlukah mereka yang telah dilantik ke DG41 memohon ke DG42? Ada yang berpendapat kalau habis belajar mohon DG41 dapat satu kenaikan, kalau mohon DG42 hanya pindah gaji terdekat sahaja. Ada pula mengatakan ppld yang tidak boleh sambung belajar kemudian pergi kursus nanti dapat dilantik ke DG42. Macam-macam lagilah. Benda baru banyaklah hujah dan spekulasinya.
Pada pandangan admin sekali pandang seakan ada dua pihak yang berkuasa melantik pegawai ppld yang sambung belajar. Satu ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran yang bertanggungjawab melantik mereka yang baru dan sambung belajar ke gred awal siswazah DG41. Kedua ialah Lembaga Naik Pangkat Pegawai Pendidikan dari ppld ke gred naik pangkat siswazah DG42. Walaupun nampak berbeza tetapi skim gaji yang ditawarkan adalah sama.
Justru itu adalah lebih molek dan tersusun jika selepas ini dan seterusnya ppld yang sambung belajar dan memperolehi ijazah dilantik ke gred naik pangkat DG42 terus dan tidak perlu lagi memohon ke SPP untuk dilantik kerana sewaktu awal perkhidmatan mereka dilantik dan telah disahkan dalam perkhidmatan oleh SPP. Rekod perkhidmatan mereka diteruskan dengan urusan pelantikan dan pengesahan kenaikan pangkat dari BPSM dari satu tahap ke satu tahap. Sementara bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan baru keluar dari Universiti atau IPGM peranan pelantikan dan pengesahan jawatan dilaksanakan seperti mana sekarang oleh SPP.
Begitu juga bagi memberi keadilan kepada ppld DG41 dan DG42 asas kenaikan pangkat ke DG44 adalah sama seperti sekarang di mana mereka boleh menggunakan perkhidmatan 3 tahun semasa ppld sebagai satu tahun siswazah dan masa lantikan ke gred masing-masing (DG41 dan DG42) sebagai asas perkiraan untuk ke DG44. Kita ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Kesatuan-Kesatuan Guru yang berjuang perkara ini dan terima kasih kepada kerajaan yang mempermudahkan urusan ppld yang sam bung belajar ke skim siswazah.
Selain isu di atas yang jelas termaktub dalam pekeliling cara penyelesaiannya terdapat bertiup kencang dan hangat diperkatakan termasuk di media sosial bahawa mereka yang berumur lima puluh ke atas dan tiada kesempatan untuk sambung belajar akan diberi kursus khas untuk membolehkan mereka dilantik ke jawatan naik pangkat DG42. Betul ker ? Bahkan kurikulum oleh insitusi latihan juga telah ada disiapkan. Dan dikatakan latihan berdasarkan mengikut kohort. Dengar kata perbincangan peringkat tertinggi kesatuan dan KPM juga telah ada. Jika benar bagai digembar-gemburkan bersyukurlah. Mana-mana guru yang berminat, sihat dan bertenaga lagi untuk berkhidmat tentu merasa gembira jika ini benar-benar menjadi kenyataan.
Walau bagaimanapun kita juga harus tidak lupa sejarah dan perlu mengambil iktibar. Jangan bila terdengar guruh di langit air tempayan dicurahkan. Kita takut kuat lajak pada laju hasil ketidak fahaman tentang dasar dan sesuatu perkara. Saya masih teringat satu ketika dulu sewaktu NPQH diperkenalkan ramai guru-guru muda memohon dengan harapan jika habis NPQH mereka boleh dilantik sebagai Pengetua atau Guru Besar. Kesilapfahaman tentang dasar dan asas naik pangkat menyebabkan ramai kalangan mereka kecewa kerana tidak dapat dilantik kerana terlalu muda dan tidak masuk bakul. Sebilangan kecil hanya layak dilantik GPK dan menyambung belajar melalui NPQH itu dan hingga kini kekal sebagai GPK DG44(KUP). Mulai Julai 2014 yakni selepas sepuluh tahun lebih barulah benar-benar kita melaksanakan NPQEL sebagai syarat wajib menjadi Guru Besar. Mereka yang sudah ada NPQEL telah memiliki ijazah dan memegang jawatan GPK tidak lagi peluang menjadi Guru Besar.
Oleh yang demikian kita benar-benar berharap agar kaedah dan makanisme kursus dan pelantikkan ppld yang tidak berpeluang sambung belajar ke DG42 benar-benar konkrit dan selari dengan prinsip serta dasar yang ditetapkan . Kita tidak mahu ianya sebagai panglipulara sahaja. Alasan kita dulu berjaya berjuang dari sijil kepada diploma bukanlah alasan untuk kita memperjuangkan perkara ini dengan selesa kerana ia agak berbeza. Apatah lagi dalam persijilan guru , ada yang dilaksanakan 3 tahun dan ada yang termasuk praktikum tidak kurang dari dua tahun setengah. Maka adalah munasabah jika taraf sijil dinaikkan ke diploma perguruan apa lagi asas kemasukan ke maktab perguruan atau ipgm SPM dan STPM.
Rasanya tidak perlu saya ulas dan kupas panjang dan mendalam. Cukuplah cetusan sedikit untuk sama-sama kita merenung dan berfikir agar kita jangan terlalu melangkolik dengan ilusi yang belum tentu lagi ada kepastiaan. Apa yang penting kita perlu mantapkan barisan dan melaksanakan agenda pendidikan bangsa dengan sepenuh jiwa dan tenaga. Inilah natijah perjuangan paling besar kita. Insyaallah Allah akan mencampakkan rezeki dan maruah serta martabat kita melalui pimpinan kita yang ada. Kita percaya KPM dan kerajaan akan sentiasa melaksanakan tranformasi perkhidmatan perguruan dari masa ke semasa.
Kerana terlalu inginkan guru atau GB dapat ijazah, ada sindiran sinis dari pensyarah IPG, " Kalau Beruk masukpun tentu lulus"...
ReplyDeleteKetaksuban utk menjawat jawatan Guru Besar memungkinkan segalanya berlaku.Bagi Guru Besar pulak yg rasa terpukul dgn gred anak-anak buah yg lebih tinggi,melalui Majlis Guru Besar terus memberi tekanan utk mendapat title "IJAZAH" free.Kemampuan utk menyambung pelajaran terhad.Maka melalui MGB golongan GB lapuk ni memberi tekanan demi tekanan.Pihak berwajib pulak "melayan" karenah sebegini.Apalah sgt kuasa belasan ribu jika dibandingkan dgn bilangan ratusan ribu guru-guru penolong?Berfikirlah guna otak!!!Guru Besar yg tak layak janganlah dok mengada-ngada sgt.Mmg patut ler seandainya ada/wujud sindiran drp mereka yg bertungkus-lumus sambung belajar demi mendapatkan segulung ijazah!!!Fikir-fikirkan...
ReplyDeleteramai yg mngutuk GB2 lapuk ini yang telah mengajar mereka ada yg hingga dapat PhD.Banyak koperat yg berjaya di dunia ini mengambil kira pengalaman dan kematangan pekerjanya bukan sahaja kecemerlangan akademik
ReplyDeleteItu sebab kerja guru muda sekarang tak rasa selesa walaupun gaji besar, kelulusan besar, pangkat besar, kerana tak berterima kasih kat cikgu-cikgu lulus SPM yang pernah ajar mereka dulu.Bila cikgu tua ini mohon keselesaan sikit, bekas anak murid, bekas guru yang guru besar tu pernah beri prestasi tinggi kata kat depa tak sedar diri, samakan macam beruk lulus masuk universiti dll. Insaflah perjalanan hidup ini.Inilah manusia yang dapat rezeki banyak, tetapi tidak mendapat rahmat akhirnya. Tetapkan Guru Besar setaraf SPM lagi baik dari yang ada ijazah tetapi tak beradap.
ReplyDeleteWahai guru2 muda usah biadap tutur Kata,jangan butakan Mata sendiri.Carilah ruang utk berterima kasih kpd manusia Dan bersyukur kpd Allah.Kan kita kaum guru orang beradab Dan bersopan.Lebih baik tanpa ijazah drp berijazah berhati syaitan Dan penuh hasad dengki.juga Ada fikiran tempat iblis bersarang.
ReplyDeletePensyarah IPG lagi bertuah bila guru sambung belajar.yg mrk kata beruk.kadang2 bg lecture lbih kurang jer.de yg berebut2 nk ngajar partime..ngajo beruk lh tu...
ReplyDeleteOrg buta pun dpt ijazah guna braille, gb yg celek buta2 dpt ijazah.
ReplyDeleteMinta nama pensyarah dan nama IPG yg mengutuk itu..............saya nak daftar beruk seekor .....awas kalau dia x dapat bagi ijazah
ReplyDeletecantiknya bahasa guru-guru kita...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteGuru-Guru yang berbahasa begini...akan menjadi contoh ikutan pada anak-anak didik....berhati-hatilah ketika bertutur kata..
ReplyDeleteBagilah peluang pada GB yang memang hampir nak bersara mendapat ijazah...Dulu mereka tak dapat peluang nak masuk U...mungkin masalah keluarga...masalah kewangan...gaji dulu kecil...tak da pun OUM dan Universiti Swasta untuk mereka masuk..GB dah tua...dah nak pencen...baru dtg peluang utk belajar...dah tua...Universiti Swasta dan OUM baru wujud...Jgnlah dampai GB ni dampai digelar GB lapuk...Beruk dan sebagainya...Mereka pun guru...perlu dihargai..Terima kasih cg!!!
Guru-guru yang baru..Guru-Guru Muda....waima Perdana Menteri sekalipun..takkan bergelar guru...takkan bergelar Perdana Menteri...TANPA GURU-GURU LAMA...tanpa Guru-Guru Lapuk ...tanpa Guru-Guru tanpa ijazah yang hanya ada SPM or STP...Guru-Guru muda takkan bergelar GURU...hayatilah puisi Usman Awang..Guru Oh Guru...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSedihnya.... bila ada sesrorg pensyarah yg dididik oleh seorg guru lapuk yg hnya mmpunyai spm suatu ketika dulu kini mengutuk dan nerendah2kan guru mereka. Pensyarah mcm ni sbnarnya TIDAK LAYAK mnjadi pensyarah krn dia tidak prnah mghargai org lain yg mmdidiknya. Senang ckp org mcm ni TAK SEDAR DIRI......Ego sampai ke langit..mm
ReplyDeleteSaya bersetuju dgn Anymous saya juga guru bermula dari bawah,iaitu spm,sijil guru,diploma baharulah mendapat ijazah sekarang.Wlaubgai manapun saya rasa kita perlu memnghormati guru besar lapuk kerana drpd mereka kita melangkah naik
ReplyDelete.
Sekarang jadi GB pun tertekan kerana birokrasi KPM/MP. Ramai yang sudah mula bosan dan ingin bersara awal sebelum masanya. Saya lebih rela jadi guru biasa daripada jadi GB/PK.
ReplyDeleteWAHAI INSAN YG BERGELAR PENDIDIK,HORMATI LAH PENDIDIK2 YG MENDIDIK KITA.SEDARILAH APA YG DIPEROLEHI BERKAT DR TUNJUK AJAR DAN DOA DR SEORANG GURU/PENDIDIK YG BERTARAF SPM/STP. AMIN......
ReplyDeleteAku guru dga34, mengajar di sekolah menengah, ngajar 6 tahun di Sabah.....balik ke negeri asal.Tak pernah minta jadi PK/GB/GC.Aku tak bosan mengajar tapi aku bosan dan meluat dengan kerja-kerja key- in dan kerja2 perkeranian,disiplin pelajar menengah dan kerenah2 pentadbiran dari JPN/PPD/SEK.Paling aku meluat kehadiran pemantau-pemantau JPN/PPD yang lagak pandai walhal ngajar disekolah dulu lima enam tahun saja, minta masuk JPN/PPD.Ada yang lama di jabatan dan dihantar menjadi pengetua tapi sekolah dibawah tadbirannya pun kucar kacir (masa dijabatan jumpa guru dan bagi taklimat kepada guru masa kursus berdegar-degar dengan teori2 ,saranan dan komen (sekali sekala nampak macam ugutan kepada guru-guru). Setelah meneliti keadaan semasa (yang mungkin tiada kesudahannya)..........Langkah terbaik aku ambik (aku sendiri rasa lah.....cikgu2 lain aku tak tau lah.......) BERSARA PILIHAN mulai Januari 2015 walau pun tak cukup servis 30 tahun. Pada Cikgu2 semua aku tak suruh ikut aku...Tepuk dada tanya selera. Selamat mendidik!
ReplyDeleteGuru-guru sekarang jgn berbangga ada ijazah dengan laluan mudah. Kualiti lebih teruk dari guru lepasan PMR. Siang malam kira gaji , tuntut gaji, kerja berkira. Kalau anda betul-betul jujur dan berkelulusan sarjana, sila buat kajian kualiti guru yang yang memegang ijazah ini dengan guru lulusan spm. Sekarang kita nak kira degree atau nak kira kualiti guru.
ReplyDeleteguru besar bersara..
ReplyDeletewahai guru-guru dan pendidik yang cakap besar, tanpa guru besar lapok ini kamu tidak akan rasa kecemerlangan yg kamu milik sekarang'
guru besar lapok sekarang apa yang tau buat. IT pun buta. Jadi guru besar dari KDC . Kalau sekarang jangan haraplah puak ni. Tgk SPM mereka. Jadi Peon pun tak dapat.
ReplyDeleteMendidik dan mengajar tk perlu kelulusan sbgi isu besar..yg utama keikhlasan..kesungguhan..pelajaran tinggi mana pn klu tk ilkhlas bekerja...tk layak jd guru...guru yg sbnar ialah yang dilatih di mn2 ipg selama 3 tahun..dan keluar sbgai guru...bkn latihan ekspres kalangan ijazah menganggur...tk de kj lain jd la guru...
ReplyDeletekami guru lama lulusan sijil IPG 3 tahun kecewa kerana tak dianugerahkan diploma.
ReplyDeleteknapa dg42 tak dapat HKG
ReplyDeleteKeadaan tidak sama dulu dan sekarang, ada pro dan kontra. Paling penting kita berterima kasih kepada guru yang pernah mengajar kita. Jgn banding-bandingkan mereka, kerana tiada satu pun kajian yang mewakili keseluruhan sikap, prestasi, kerja dan ciri-ciri guru yang umum mahupun khusus. Nilailah dari sudut positif, dan harus disedari segelintir tidak mewakili semua. Manakala majoriti juga tidak membentuk fakta yang mewakili setiap guru atau ciri guru. Setiap manusia ada kelemahan dalam semua bidang pekerjaan didunia ini.Jangan label atau berkata sesuatu yang tidak baik terhadap orang lain, kerana kita masih tak tahu apa akan terjadi kepada keturunan kita pada masa akan datang. Belajar memperbaiki kelemahan sendiri dari menilai kelemahan orang lain adalah lebih baik. Berubahlah menjadi bangsa berjaya.
ReplyDeleteSaya guru besar yg memiliki degree di usia akhir 40an. Siapa kata kami dgn mudah dpt degree...tidak sama sekali. Kami pergi kuliah, tinggal di hostel, buat assignment, ke sana ke mari buat kajian, buat tesis, utk pengijazahan muet wajib sekurang2nya band 3. Bersengkang mata mcm student lain, tiada jln mudah malahan bila dilihat soalan pep dan assignment yg diberi lebih berat dr student biasa krn kami dianggap mahir dan berpengalaman. Secara jujurnya ada sesetengah pensyarah menimba ilmu dan pengalaman dr kami. Tesis kami boleh didapati di rak perpustakaan universiti, dijadikan bahan rujukan,itu menggambarkan kualiti.Kebanyakan kami mendapat pointer 3.5 ke atas, malah kami ditawarkan utk sambung master....jadi mana dtgnya 'lembu'boleh lulus.
ReplyDeleteBersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan.. Jika kita berada di Puncak kejayaan, jangan lupakan asal usul kita..
ReplyDeletepatutnya gb mulai 2017 bermula dg44 ke atas.
ReplyDeletepatutnya gb mulai 2017 bermula dg44 ke atas.
ReplyDeleteSebenarnya apa pun jawatan kita..setinggi mana pun ilmu kita..sebanyak manapun harta kita..
ReplyDeleteTapi,kalau rendah nilai murni,rendah budi pekerti,suka berhasad dengki,org tidak akan hormat kita..
Generasi muda..kamu perlu bersyukur..nak belajar zaman ini mmg bnyk sgt peluang.
Dulu2 org susah..
Tapi, kualiti sijil spm dlu dan kini..dulu kebih berkuaiti.
Cth..dulu2 nk jawab matematik..xada kalkulator..sifir dlm kepala..buku log memang mahir tak sangga..budak2 muda skrg..semua harap kalkulator..xada kalkulator,mmg xdpt jawab matematik la jwbnya..
Kesimpulannya..tak pyh banding2kan dulu dan kini..masa makin berubah,pendekatan pendidikan amat berbeza..
Apa pun tida yg dulu..tiada kini..
Saya setuju sangat2. Melalui kata2 yg dikeluarkan juga sebenarnya kita telah menunjukkan diri kita yg sebenar. Apalah guna Ijazah, Master, PHD jika tidak seiring dengan kejayaan menitipkan kata2 yang baik dan positif.
Delete